BUDDIES

Tuesday, December 21, 2010

MAHASISWA SALAHKAN KERAJAAN ???

Salam Menara Gading, 




Pelik kerana mahasiswa yang hanya menanggung dirinya sendiri di sepanjang pengajian menghadapi masalah kewangan yang teruk mengalahkan orang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. 

Kenaikan harga barang mendatangkan bencana kepada mahasiswa UIAM ??? Melalui pengamatan saya, dan soal selidik kepada rakan-rakan saya, soal harga barang naik di dalam KAMPUS UIAM tidak menjejaskan faktor kewangan mahasiswa. Faktor yang menjejaskan kewangan Mahasiswa apabila duit PTPTN itu digunakan untuk berhujung minggu ke sana ke mari, menyewa kereta untuk keluar makan ke 'Kubur' (tempat makan popular berhampiran kubur Islam ), ke Jaya Jusco, dll. Itu punca utamanya. Melebihkan kepada kehendak berbanding keperluan. Melebihkan kepada perasaan berjoli daripada mengaji. Itulah faktor PTPTN tidak cukup.

Hal yang tiada kaitan dengan kenaikan barang dalam kampus mahu di ajak berdemo dalam kampus. Ini agenda siapakah  ??? Budaya siapa yang mengajak kepada perbuatan demonstrasi ini ?? Sahih ini ajaran Pakatan Rakyat apatah lagi ahli parlimen pembangkang menjadikan Parlimen seperti Safari atau Zoo. 

Ini lah antara penyebab mahasiswa harus menumpukan kepada pelajaran sebelum cenderung untuk turun padang berpolitik secara terbuka dan lantang. Fikirkan dan bertindak secara matang, bukan melalui emosi yang diganggu Syaitan Durjana.


Monday, December 20, 2010

IZZAH INDOKTRIN PELAJAR UNIVERSITI

Salam Menara Gading, 




Keadaan terdesak menyebabkan Pakatan Rakyat mula merancang untuk menaikkan Universiti Felda. Ianya dijadikan Agenda UTAMA PAKATAN .


Diketahui umum, FELDA diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.  Kerajaan memberi bermacam bantuan kepada peneroka Felda untuk meneroka tanah. Jasa Tun Abdul Razak sangat besar kepada peneroka. Peneroka yang dulunya ada rumah kecil, kini rumah peneroka kian melebar dan luas untuk memberi keselesaan kepada anak dan cucu mereka di rumah itu. Tun Abdul Razak telah memberikan sebuah tempat yang sangat kaya dengan hasil bumi kepada peneroka untuk mencari hasil bumi. Peneroka MELAYU sudah menarik nafas lega apabila hasil jerit perih selama ini makin kelihatan di mata mereka dengan kesenangan yang mereka terima dan perolehi.


Akan tetapi, segala usaha yang dibangun dan di ilhamkan oleh BN, hendak dirampas PR yang terlalu teruja untuk memerintah. Hingga sanggup menggadai jati diri dan agama. - Matlamat tidak menghalalkan cara. 


Nurul Izzah pula ingin mensasarkan Universiti Felda sebagai salah satu agenda PR. Ya, kebiadaban ANAK terhadap BAPAK membuatkan Izzah ingin menjadikan Universiti Felda sebagai Universiti  PR, yang membolehkan, kebiadaban ANAK akan kekal menjadi lebih biadap terhadap BAPAK. 


Mencontohi Barisan Nasional, menubuhkan UITM adalah untuk kesenangan anak-anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran mereka, tanpa mengklasifikasi itu adalah universiti agenda BN. BN tidak menubuhkan Universiti kerana politik, tetapi memikirkan masa depan rakyat generasi akan datang. 


BN sentiasa mahukan kemudahan untuk rakyatnya maka UITM ditubuhkan selain daripada Universiti lain di Malaysia ini.


Akan tetapi, Izzah mensasarkan Universiti Felda sebagai agenda UTAMA PR. Apabila utama, PR memberi fokus utama kepada Universiti berkenaan yang dihuni berjuta-juta pelajar yakni orang muda. Apa PR lupa kepada agenda Utama rakyat yang lain yang lebih memerlukan ???


DS Najib tidak mengenepikan lapisan masyarakatnya kerana itu, beliau melancarkan 1 Malaysia kerana kita semua hidup sebumbung dan berkongsi apa sahaja hasil bumi yang ada di Malaysia ini dengan aman. Daripada generasi muda hingga lah tua, DS Najib menjadikan kesemua itu sebagai agenda utama !!!


1 MALAYSIA
menghimpunkan segenap lapisan masyarakat, agama, budaya dan kaum.


Kerana itu, DS Najib mahu semua jentera BN turun padang berjumpa rakyat - RAKYAT yakni kesemua lapisan masyarakat, bukan sekadar Orang Muda yang dilafazkan Izzah menjadi agenda utama.


Lihat, BN tidak meminggirkan mana-mana lapisan masyarakatnya, malah memberi tumpuan penuh kepada mereka. TETAPI, PR menumpukan kepada orang muda sahaja, hingga mereka lupa dan alpa kepada orang lain.


Inikah pemimpin yang diperlukan untuk rakyat ?? Pemimpin yang mahukan rakyat untuk menyokongnya dan sampai satu ketika, dibuang kerana sudah tidak berguna. habis madu sepah dibuang.


BN di bawah pimpinan DS Najib menghargai setiap rakyatnya kerana itu adalah tanggungjawabnya. Dan beliau menggalasnya dengan rasa tangunggjawab apabila turun hingga ke peringkat akar umbi.

Tuesday, December 14, 2010

PAS GELABAH DEK KUASA UITM

SALAM ILMUAN TERBILANG


MEREKA TAHU MELAYU ITU ADA KEUNIKKAN
YANG ALLAH KURNIAKAN


Pas mula cuak dan gelabah yang teramat sangat apabila, mereka dilaporkan oleh seorang pelajar UITM bahawa, ada satu program yang mengasak pelajar-pelajar tentang MELAYU.


Artikel ini disiarkan dalam HARAKAH, mengatakan bahawa, program itu ditaja sepenuhnya oleh BTN. Sedari dulu hingga kini, BTN bukan mengasak sentimen Melayu, tetapi BTN memperlihatkan mengenai hal sejarah yang sebenar bagaimana Melayu itu sebagai bumiputera. BTN melahirkan rasa kagum dan bangga kepada Melayu kerana lahir nya di Malaysia, satu negara yang cukup aman dan bertuah.


Tambahan pula, pelajar UITM tu kan melayu dan bumiputera. Apa ke salahnya bercakap mengenai Melayu ??? Kalau dalam ceramah Cina, mereka akan bercakap mengenai kaum mereka. Kalau India pun, akan bercakap mengenai India. 


Adanya PERKASA kerana PERKASA adalah NGO yang menghimpunkan orang Melayu. Dah topiknya tentang Melayu, kene lah panggil NGO Melayu, takkan NGO Cina atau India pulak. aiseyman... Pas dah gelabah la tuuuu...


Ini di akhir petikan artikel :


"Turut memberikan ceramahnya adalah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Harussani dalam ceramahnya telah cuba mempertahankan pendapatnya bahawa orang bukan Islam tidak boleh membaca ayat-ayat Al Quran "

Apakah PAS ini tidak membaca berita terkini ??? oooo...mungkin PAS hanya baca Harakah saja, dan tertutup dengan berita luar...

Mufti Perak berkata begitu kerana telah difatwakan bahawa, orang bukan Islam tidak dibenarkan membaca ayat-ayat Quran. Dan SAHIH pun. Kenapa nak mempersoalkan lagi ???

Pas memang terdesak kerana PAS tahu, undi mereka telah lari. PAS sengaja mencari pelbagai helah untuk melepaskan diri daripada dirasakan mereka yang bersalah dan buruk perangai dan tindakan.

Kenyataan ini jelas menunjukkan, PAS duduk di bawah tempurung. 



SEKSINYA DIA...

Salam...



Ketaksuban anak-anak muda mengenali politik semakin luar biasa. Masing-masing dengan kefahaman ideologi yang berbeza-beza. Itu juga tanda manusia itu unik, tetapi, apa guna akal kalu yang haq pun tidak nampak ??? Itu bukan unik, tapi mereka bebal dan sombong kerana tidak mahu gunakan akal yang sangat berharga itu.

Tidak kurang juga mahasiswa yang mula bersikap ganas dengan mengadakan demo anjuran mereka sendiri. Tidakkah mereka terfikir, pelbagai agenda atau perkara lain yang perlu dititikberatkan ???




Sebagai contoh, lewat ini, artis Malaysia wanita semakin berani berpakaian menjolok mata seolah-olah artis Hollywood. Sebagai seorang pelajar universiti, saya sangat terpukul dengan gejala ini.



Gejala ini semakin menular dan bimbang akan menjadi satu trend tidak sihat pada negara. Hal ini yang perlu dititkberatkan melebihi ketaksuban pelajar terhadap politik.

Suara-suara mahasiswa mengenai artis yang semakin biadap dalam etika berpakaian perlu dilontarkan selalu. Media massa kini merentasi segalanya dan kita dikurniakan pelbagai alternative untuk bersuara.

Hatta didalam facebook pun, mahasiswa mampu untuk menyatakan rasa tidak suka, benci dan meluat mengenai perkara pakaian artis wanita di Malaysia ini. Dan ketika ini, saya juga sedang menyuarakan rasa marah didalam blog ini.

Sering kali dilihat, artis wanita yang bercerai atau putus cinta akan buat come back dengan pakaian yang seksi hingga naik jelak lelaki memandang. Benar, mereka boleh berkata, kalau tak suka, jangan pandang.

Hakikatnya, mata tidak boleh ditutup sepanjang masa. Gaya ini menyebabkan remaja terpengaruh dengan cara berpakaian mereka. Artis mudah menafikan hal ini, tetapi hakikatnya, ianya memang menjadi punca remaja terikut-ikut trend fesyen yang tidak sihat ini.


Kata... mahasiswa ada power voice untuk menggegar dunia, jadi kenapa gunakan power mereka itu untuk hal politik yang merugikan, lebih baik kepada sesuatu yang dapat membantu rakyat secara ikhlas dan tertib. itu lebih wajar.

Mengapa hanya tahu membantah Adam Lambert datang ke Malaysia kerana dia GAY, tetapi tidak mahu suarakan rasa kecewa artis wanita yang berpakaian ibarat kain tak cukup atau kain balut nangka ???

Mahasiswa kini hanya bersuara mengikut hal politik, tetapi bukan untuk niat yang baik demi masa depan generasi muda akan datang. 

Mahasiswa jangan jadi hipokrit konon menyuarakan mewakili rakyat, tetapi suara kalian ada yang menyimpang demi politik mereka. 

Berjuang dan menyuarakan yang haq haruslah bebas daripada unsur politik yang dibayar untuk membuat kecoh di dalam negara. Jagalah nama baik negara ataupun nama baik Universiti hatta nama baik anda sendiri.

renung-renungkan untuk insafi diri yang mungkin tersasar dari landasan perjuangan.








Monday, December 13, 2010

PELAJAR UNIVERSITI PENGSAN KERANA HARAKAH

SALAM MENARA GADING

Tajuk pun tak kena, apatah lagi penulisan penulis ini. :




Hal ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat terutamanya mahasiswa yang akan menempuh semester baru tidak lama lagi. Bagaimana hendak cukup biasiswa/pinjaman diberikan jika keperluan sara hidup semakin naik jika hendak dibandingkan pinjaman yang diberikan? Sepatutnya perkara seperti ini patut dimbil kira memandangkan lebih 300,000 ribu mahasiswa sedang berada di IPT seluruh negara sama ada di IPTA, IPTS, Kolej-kolej Komuniti, Politeknik dan sebagainya.
PENGSAN BILA BALIK DARI DEMONSTRASI DI PUTRAJAYA
Kesannya, lebih ramai mahasiswa terpaksa ikat perut untuk meneruskan pengajian bahkan ada yang berkerja sambilan untuk menampung kos sara hidup dan lebih malang terdapat mahasiswa yang pengsan dek kerana 'exhausted' dan pengsan semasa bekerja untuk menampung keperluan diri di samping dalam pada masa yang sama perlu fokus dalam pengajian.
Dalam pada masa yang sama akan berlaku kenaikan harga makanan di kampus pusat pengajian dan perkara ini memang tidak dapat dielak lagi kerana pengusaha kafe/kantin terpaksa menanggung kos pengangkutan lebih dari biasa kerana kenaikan petrol dan diesel serta kos bahan makanan seperti gula.



Ini PULASAN ku :
"Pinjaman/biasiswa dikatakan tidak cukup menampung kos sara hidup pelajar di kampus." 

YA ker??? Ianya ibarat penulisan berbentuk peribadi. Merujuk kepada pengamatan saya dalam campus life ni, pinjaman/biasiswa yang diberikan mencukupi menampung sara hidup pelajar JIKA pelajar itu cermat menggunakan perbelanjaan nya. Dan mengikut kepada respons kawan-kawan saya di IPTA/S di Malaysia, harga makanan dalam kampus lebih murah dan terkawal kerana ada Unit KHAS untuk penjagaan cafeteria di Universiti dan pelajar boleh melaporkan sebarang ketidakpuasan kepada unit berkenaan.

Hal ini benar-benar berlaku di Universiti tempatan di mana tempat saya belajar, harga makanan di sebuah cafe ini memang agak mahal berbanding cafe yang lain. maka, tindakan untuk membuat laporan pun dijalankan dan akhirnya, harga makanan diturunkan seperti harga di cafe yang lain. Sudah selaras. So, soal harga barang naik dan harga makanan dalam kampus naik itu, BUKAN MENJADI ISU. Ternyata, ini isu yang dipolitikkan penulis.

Isu kerja sambilan itu adalah pilihan kepada pelajar terbabit. YA, memang untuk menampung kos sara diri, itu tak dinafikan. TETAPI, PENGALAMAN SAYA DAN RAKAN YANG LAIN, MEREKA YANG BEKERJA SAMBILAN INI ADALAH MEREKA YANG TELAH SEWENANG-WENANGNYA MENGHABISKAN DUIT PINJAMAN/BIASISWA KERANA SHOPPING, BELANJA AWEKS DAN MELABUR SKIM PIRAMID. oleh itu, kes kerja sambilan itu adalah dek kerana kecuaian mereka, bukan kerana kes tak cukup untuk kos sara diri. 

Itupun tak reti nak bersyukur KERAJAAN dah beri kewangan untuk belajar, kalu tak, setakap SPM atau STPM jer la...

Helah mengatakan mahasiswa hilang fokus kerana tak cukup zat makanan dan keletihan kerja sambilan kerana kenaikan harga barang sangat tidak munasabah. KERANA, hilang fokus itu boleh jadi daripada pelbagai punca seperti stress belajar, putus cinta, assingment yang bertimbun kerana time management yang teruk AND EVEN HILANG FOKUS KERANA SIBUK BERDEMONSTRASI MEMBANTAH TINDAKAN KERAJAAN. INI ADALAH PUNCA PALING UTAMA HILANG FOKUS. Fokus nya adalah mencari ilmu, bukan untuk berpolitik. SAHIH, INI PUNCA PALING UTAMA.

PERSOALAN BESAR DI SINI, apakah relevannya 1 Malaysia dengan kenaikan harga barang bagi mahasiswa???? sepanjang pembacaan saya pada penulisan ini, tiada kaitan dengan 1 Malaysia, DAN INI MENUNJUKKAN, PENULIS SENGAJA MENJATUHKAN KONSEP 1 MALAYSIA YANG DIBAWA DS NAJIB TUN RAZAK.

1 MALAYSIA semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang persendirian mahupun badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Terbaru berkenaan Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia yang mendapat sambutan terhangat hingga mencecah 19 ribu orang, mengatasi rekod sebelum ini. INI BUKTI YANG JELAS 1 MALAYSIA SEMAKIN DITERIMA DAN DISAMBUT BAIK RAKYAT.


Friday, December 10, 2010

PR 'TIKAM' MAHASISWA


SALAM BAHAGIA DAN SALAM PEMIKIR...


POSTER BANTAHAN YANG MELAMPAU
DAN TAK MASUK AKAL

Tindakan mahasiswa yang turut serta membuat bantahan kepada kerajaan berkaitan isu harga barang naik dan harga petrol naik ini adalah sangat tidak wajar. Kerap kali bantahan yang didalangi pembangkang diadakan pada Hari Jumaat yang mulia.

Kelak, hari Jumaat bukan lagi hari yang mulia dengan adanya Khutbah Jumaat dan sebagainya, tetapi, Hari Jumaat akan merubah tanggapan dan persepsi rakyat dan masyarakat kepada satu tanggapan yang baru iaitu - HARI BERDEMONSTRASI.

Ini adalah satu kesalahan dari aspek sosial dan akhlaq. Adakah kerajaan disalahkan dalam hal ini ??? 

Mahasiswa kini dengan berani untuk melakukan sesuatu yang di luar undang-undang. Ternyata, kaedah ini bukan kaedah golongan Mahasiswa, tapi kaedah pembangkang.

Mahasiswa telah berjaya di indoktrin pembangkang untuk melakukan serangan murahan seperti ini. kenyataan Mahasiswa yang mengatakan mereka tiada tempat mengadu kerana kerajaan telah mencatas aduan mereka itu adalah tidak benar sama sekali.

Ini adalah kerana, kerajaan cukup prihatin kepada permasalahan mahasiswa sekiranya tidak melibatkan aspek politik. 

Isu kenaikan harga barang menjadi agenda utama mahasiswa hingga mengatakan mereka terpaksa makan mee segera setiap hari. tidakkah ini satu kenyataan melampau yang tidak akan berlaku pada mahasiswa ???

MEE SEGERA MAKANAN KECEMASAN MAHASISWA
BUKAN MAKANAN RUJI WALAU EKONOMI MELESET

Senario biasa mahasiswa ,memang akan akan mee segera, itu pun waktu malam sebab lapar. Bukan dek kerana harga barang naik. Tiada kes mahasiswa mati kebuluran atau mati tercekik sebab makan mee segera gara-gara makanan lain yang dijual mahal. Mee segera pun mahal. Kalu beli nasi dan ayam seketul, baru mencecah harga RM2.00. 
MAKANAN INI JAUH LEBIH MURAH BERBANDING MEE SEGERA

Juga, mahasiswa diberi pinjaman atau biasiswa oleh kerajaan. Jika dikaji, pinjaman itu cukup untuk belanja makan dan juga yuran pengajian. Tetapi, apa yg berlaku, mahasiswa sendiri yang tidak pandai menguruskan wang, tetapi menyalahkan kerajaan. Mahasiswa sendiri yang boros dengan membeli perkara tidak perlu untuk keperluan peribadi seperti gajet terbaru, fesyen terbaru dan lain lain.

Mahasiswa begini memang tidak tahu malu. Mengambil pemberian orang, kemudian di ludah kepada si pemberi. Akhlaq yang disanjungkah begini ??

Juga, makanan yang dijual dalam kawasan kampus sebenarnya adalah, jauh lebih murah berbanding luar kampus. Pihak universiti akan memantau senarai harga makanan dan jika pelajar tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tinggi, pelajar punya hak untuk melaporkan pada pihak universiti. Ini tidak menjadi persoalan kepada pelajar..

TETAPI, mengapa mahasiswa ini berterusan mahu membuat bantahan kenaikan harga barang sedangkan mereka cukup untuk makan dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa di kampus. Tidak kah kita nampak bahawa, ada dalang disebalik politik mahasiswa yang turut serta dalam demonstrasi itu ???? siapakah dalangnya ??? Tepuk dada tanya selera. 

Isu ini bukan isu besar kepada Mahasiswa, tetapi dek kerana hasutan pembangkang, mahasiswa yang rupa-rupanya cetek pemikirannya, termakan hasutan lalu menerima bantahan ini dengan gembiranya.

Inilah yang dikatakan, mahasiswa pengkhianat bilamana, kerajaan menjaga mereka dengan memberikan pinjaman dan biasiswa atau tempat pengajian yang hebat, dibalas pula dengan tuba dan racun berbisa. Tatkala mahasiswa inginkan bantuan, kerajaan menyalurkan bantuan hingga dikurangkan kadar bayaran PTPTN kepada 1% dengan sistem Ujrah.

Mahasiswa, tanya kepada pembangkang, apakah yang mereka telah berikan kepada anda semua ?? Adakah mereka menyediakan sejumlah wang pengajian ?? adakah mereka menawarkan anda belajar hingga ke menara gading ??? 

Mahasiswa mudah untuk membangkang kerajaan, tetapi mahasiswa sendiri tidak tahu apakah sumbangan pembangkang kepada mereka. Mahasiswa mungkin gagap apabila disoal tentang ini.

Akhir kata, perhalusi tiap langkah dan tindakan agar tidak tempang dipandang orang sebagai golongan mahasiswa yang terbilang.



Thursday, December 9, 2010

MAHASISWA JADI TALI BARUT

Salam Generasi Terbilang, Salam 1 Malaysia..


Mahasiswa - satu nama yang bila orang pandang dan sebut, akan terpancar satu rasa yang gah dan hebat pada mereka. Yalah, bukan semua orang mampu bergelar mahasiswa.


Tetapi malangnya, MAHASISWA ini mewujudkan satu budaya yang kurang enak apabila  dewasa ini, mahasiswa kerap mengikuti demonstrasi bantahan kepada kerajaan. Ideologi siapakah yang membawa budaya tak elok ini di negara ini???


DARURAT DI THAILAND
 MERENCATKAN EKONOMI.


DEMONSTRASI YANG AKHIRNYA
 MENJADI PERTUMPAHAN DARAH


Tidak rasa kasihankah apabila melihat negara lain merusuh dan berdemonstrasi ? tidak rasa bersyukurkah bila negara ini aman , tidak seperti negara lain seperti Thailand ???   


YA, pada mulanya demonstrasi  aman, tetapi, ianya mampu bertukar liar jika tanpa kawalan.


MALAYSIA tidak menjadikan DEMONSTRASI itu satu budaya apabila ingin membantah tindakan kerajaan. Ini adalah budaya pembangkang untuk menunjukkan mereka selalu menjadi mangsa walhal, satu demi satu kerajaan berusaha untuk memberi kemudahan kepada rakyat.


Kesenangan atau kemudahan itu tidak boleh datang sederap atau sekaligus. Ianya bergantung kepada keadaan semasa negara samada dari sudut ekonomi, sosial, permintaan dan sebagainya.


Tindakan yang hanya merugikan dan mencemarkan nama Malaysia ini, tidak akan memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat lain walhal mengeruhkan suasana.




Terbaru, satu demonstrasi aman ingin dijalankan di masjid Putrajaya Jumaat ini, 10 Disember 2010, dengan tema berbaju hitam.


Yang peliknya, mengapa tiada demonstrasi aman untuk mengatakan rasa setuju atas tindakan kerajaan ??? sebagai contoh,perarakan aman bersetuju dengan SKIM RUMAH PERTAMA yang dianjurkan DS Najib pada Bajet 2011 tempoh hari. Bukankah ini lebih baik kerana memberi sokongan kepada kerajaan dan kerajaan mengetahui apakah kehendak rakyat secara tidak langsung.


Menyatakan perkara yang tak suka memang digemari. Itu memang tabiat orang Malaysia. Tapi, untuk menghargai apa jasa kerajaan pada rakyat, rakyat susah nak berterima kasih. INI SATU BUDAYA YANG TIDAK SIHAT.


Sebagai mahasiswa, anda adalah orang terpilih yang di angkat rakyat dan kerajaan untuk menjadi generasi yang terbilang pada masa hadapan. tetapi, kalau intelek nya tinggi (IQ) hingga mencecah 4 flat setiap semester, tetapi akhlaq ataupun EQ nya rendah, orang itu tidak layak untuk di angkat menjadi pemimpin apatah lagi seorang yang budiman.


Jangan terikut-ikut dengan budaya pembangkang, kelak akan menunjukkan siapa yang akan terpecah tembelang.




Mahasiswa harus menjadi contoh kepada generasi akan datang dengan sifat dan sikap yang baik. Bukan sekadar IQ tetapi juga EQ mahupun SQ. Ingatlah, mahasiswa umpama berlian yang semakin menyinar untuk memberi sinaran cahaya kepada adik-adik yang semakin membesar. Tunjukkan keperibadian yang baik, bukan negatif.


Salam keamanan ....

Wednesday, December 8, 2010

AKTA 555 - DEMONSTRASI MAHASISWA



SALAM GENERASI PENUNTUT ILMU, 


DEMONSTRASI TARIF AIR NAIK, MEREKA TERUS DAPAT AIR.


Demonstrasi bantahan kenaikan tarif air di Selangor baru - baru ini hebat diperkatakan. Ibarat kekecohan di Thailand apabila pihak yang membuat bantahan beramai-ramai memakai baju merah. kekecohan ini berlaku pada hari Jumaat yang mulia. 


Yang menghairankan, PAS mengucapkan tahniah kepada golongan mahasiswa/i yang turun padang bersama-sama membuat demonstrasi jalanan itu. Tidakkah kita sedar, sebenarnya, POLITIK PAS MAHUPUN Pakatan Rakyat, telah menganggu mahasiswa/i negara. Dulu, PR marahkan kerajaan kerana menggunakan Mahasiswa/i untuk kepentingan politik kerajaan....


Namun kali ini, POLITIK PR makin menjadi-jadi apabila menghalalkan cara mereka menggunakan mahasiswa dalam demonstrasi jalanan murahan ini. PR tidak memikirkan mengenai masa depan mahasiswa/i ini kerana, mereka hanya mahukan kuasa.


inilah fahaman PR yang merosakkan pemikiran mahasiswa/i negara. PR lah puncanya dan PAS pula menghalalkan nya.


Tidak kah mahasiswa/i tahu, bahawa AKTA 555 melarang mereka terjebak dalam sebarang demonstrasi politik ???? 


Tidakkah politik Pakatan Rakyat sedar, mereka telah menghasut mahasiswa/i untuk melakukan kesalahan negara ???


Pemikiran mahasiswa/i yang mula rosak apabila PR menggunakan mereka perlu dipandang serius kerana, fokus mahasiswa adalah untuk menimba ilmu dan hanya bermain dalam politik kampus sahaja, bukan menceburkan diri dalam demonstrasi politik seperti itu. 


ANAK-ANAK KECIL DIBAWA SERTAI AKTIVITI MEROSAKKAN MINDA


Lebih menyedihkan lagi apabila, ada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab sanggup membawa anak kecil dan ada juga anak yang cacat (OKU) dalam demonstrasi berkenaan. Jangan mencemarkan masa muda anak2 kecil itu yang tidak mengerti apa-apa. Sebagai ibu bapa, sepatutnya memberikan contoh yang baik, bukan mengikuti contoh yang tak sewajarnya berlaku. 


Oleh itu, sebagai mahasiswa/i negara, fokus dan matlamat kita perlu istiqamah dalam menjamin kualiti generasi  muda akan datang.



PTPTN - KREDIT UNTUK PELAJAR



SALAM CENDIAKAWAN, SALAM GENERASI PENERAJU NEGARA




 Baru - baru ini, aku ada tengok TV tentang PTPTN. biasalah, akan ramai pelajar sakit hati dengan PTPTN ni. mana tak nya, charge pemprosesan mencecah 3% .


Aku sebagai mahasiswa universiti, marah dengan PTPTN yang kenakan charge yang tidak berbaloi. Sebab tu ada di antara kengkawan aku yg cakap, PTPTN ni adalah PTPTipu. Huhh...


Namun, gambaran PTPTipu ini mungkin akan mengubah sekaligus menceriakan kesemua mahasiswa/i  negara. ini kerana, PTPTN telah memperkenalkan sistem UJRAH yang mana, hanya 1% charge pemprosesan sahaja yang di ambil. 


Bayangkan, betapa kerajaan sangat prihatin kepada pelajar-pelajar. Asalnya 5%, menurun kepada 3%, dan kini hanya 1% sahaja. 


Kerajaan byk membantu golongan muda yang baru nak menapak ilmu di menara gading. Kerajaan peka terhadap beban hutang pelajar selepas tamat belajar maka diperkenalkan sistem Ujrah ini yang dapat meringankan beban pelajar untuk membayar semula pinjaman pembelajaran mereka.


SKIM RUMAH PERTAMAKU


Dan juga, kerajaan prihatin kepada golongan yang baru nak melangkah ke alam hidup berdikari selepas tamat belajar iaitu ingin membeli rumah pertama mereka. Mereka mendapat pengecualian bayaran selama 1 tahun !!!


Ini semua menunjukkan, rakyat memang didahulukan. Dengan tindakan yang kerajaan telah ambil ini, meringakan beban pelajar yang baru nk bekerja mencari sumber pendapatan. 


oleh itu, untuk keterangan lanjut mengenai SISTEM UJRAH, sila klik di sini : SISTEM UJRAH PTPTN


Akhir kata, jangan lah kita hanya tahu nak membenci kerajaan dan menyalahkan kerajaan semata-mata. Jangan terlalu meminta-minta hingga nilai usaha yang perlu ada,kelak akan berkurangan. Islam sendiri menganjurkan kita untuk lebih tekun dan berusaha.


Salam 1 Malaysia !!!!

Sunday, December 5, 2010

RAJA BERPERLEMBAGAAN - RAMAI BUTA

Salam Cendiakawan, dan Salam 1 Malaysia...


TUN M, TELAH MEMBAWA MALAYSIA DIKENALI NEGARA LAIN.

Mungkin ada yang masih tidak tahu, mengapa Tun Mahathir menggubal perlembagaan untuk Institusi Raja. Untuk lebih lanjut, disertakan teks ucapan Tun M mengenainya. 


Ambil masa untuk baca dan fahaminya. luaskan pemikiran daripada anasir negatif dan bacalah dengan hati yang terbuka. mudah2an, kita akan memahaminya. 





Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993
Penyampai: DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk: SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi: DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh: 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang.Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat.Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia.Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis.Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa.Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan.Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini.Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal.Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah.Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan.Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara.Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971.Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja.Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja.Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri.Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan
tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka.Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas.Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan.Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan.Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah.Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor.Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup.Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan.Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan.Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja.Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka.Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini - (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem
Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan.Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja.Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan.Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu.Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah.Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja.Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British.Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari
takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah.Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan.Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar.Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud.Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja.Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang.Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira.Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud.Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira.Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud.Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang.Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam.Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri.Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri.Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat.Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja.Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan.Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat
Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan.Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik.Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah.Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.