BUDDIES

Friday, January 28, 2011

PELAJAR SPLIT PERSONALITY DISORDER KE TENANG !!!

Salam 1 Malaysia, Salam Mahasiswa, 


Biarlah menjadi diri sendiri


Cuti mid semester pun bermula lah pada hari ini setelah tamat kelas pada hari ini. Sure ramai la yang berada di stesen dan terminal berhampiran. Maklumlah, cuti seminggu. Ada yang tak lepas peluang untuk pulang ke kampung halaman.


Teringat kawan ada cakap sebelum dia balik kampung malam semalam. "Untuk menyedapkan rasa hati, better la aku bawak buku dan assingment. Buat tak buat tu, belakang kira lah, yang penting, tak rasa bersalah sebab langsung tak bawa buku. Nanti gundah gulana la plak. So, bawak je lah buku-buku " 


heheheh.... Biasalah, balik kampung, tak terlepas daripada berborak dan bersantai bersama family. Ada yang kata menjadi surirumah sebab kene mengemas rumah dan sebagainya. Itu bagi anak gadis lah. Biasalah, apa guna anak balik kampung tapi tak tolong buat kerja dapur...


Tapi, ada juga kes yang tak balik kampung sebab nak siapkan assingment ataupun tesis. Yelah, bila balik kampung, banyak la gangguannya. Hilang fokus katanya. So, mendiamkan diri di dalam blik menyiapkan projek paper. Tapi tak apalah, masing2 tahu kelemahan dan kekuatan diri untuk menjayakan sesuatu perkara itu.


Lain pula cerita dengan mahasiswa yang tidak tahu peranan dan amanah ni. Yelah, orang sibuk balik kampung, wat assingment, tapi ada pulak yang wat assingment di kawasan panas seperti di TENANG. Apa kes tu ??? Lupa benar mahasiswa itu pada tanggungjawab nya sebagai mahasiswa. Kalau nak sangat tolong berkempen, tak yah la jadi mahasiswa. Kesian orang lain yang nak jadi mahasiswa, tapi tak dapat. Ni, yang dah dapat ni, senang-senang jer buat sesuka hati. Tak syukur dengan rezeki yang diberi.


Mahasiswa yang turut serta berkempen di TENANG itu mungkin mengalami masalah psikologi yang kritikal. Ataupun dipanggil split personality disorder. Yelah, mahasiswa itu mengalami kecelaruan personaliti iaitu tidak tahu membezakan peranannya sebagai mahasiswa hingga terjun ke personaliti lain iaitu peraih undi di TENANG. Bahaya sungguh mahasiswa itu kerana penyakitnya kronik !!!


LABIS – Tindakan parti pembangkang yang mengunakan talian hayat terakhir, memperalatkan golongan mahasiswa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menunjukkan parti itu semakin terdesak kerana menuju ‘kekalahan’.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang ditemui di sini, hari ini ketika diminta mengulas tindakan pembangkang menggunakan golongan mahasiswa untuk berkempen dari rumah ke rumah berkata:
“Tindakan guna golongan mahasiswa ini bukan sahaja tidak beretika, tetapi juga tindakan orang yang nak kalah.”
Menurutnya, lebih tidak beretika apabila kumpulan mahasiswa itu menyamar sebagai Pemuda dan Puteri UMNO supaya dibenarkan masuk ke rumah penduduk.
“Saya berharap pengundi di DUN Tenang tidak terpedaya dengan tindakan kumpulan mahasiswa tersebut yang datang memburuk-burukkan kerajaan BN (Barisan Nasional),” katanya.
Semalam, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali mendedahkan taktik kotor parti pembangkang yang memperalatkan golongan mahasiswa menyamar dengan berpakaian seperti ahli Pemuda dan Puteri supaya dibenarkan masuk ke rumah.
Apabila dibenarkan masuk, mereka kemudian cuba meracuni pemikiran pengundi dengan memburuk-burukkan kerajaan BN.
Samsol Bari memberitahu, setakat ini pihak menerima tiga aduan daripada masyarakat yang tidak senang dengan tindakan tersebut.
Antara kawasan yang dikesan pernah dikunjungi kumpulan mahasiswa tersebut di Air Panas, Kampung Tenang, Felda Tenang, Felda Chemplak dan Chemplak Barat.



Mahasiswa, apakah sebenarnya peranan anda hingga anda terjerumus dalam politik  luar yang tidak menjaminkan masa depan anda.


Tidakkah anda berasa rugi kerana anda sudah mengabaikan amanah yang Allah kurniakan kepada anda sebagai seorang mahasiswa ??? 


Tidak kah anda telah menyeksa dan menyakiti diri anda sendiri kerana anda gagal menjadi mahasiswa yang sebenar iaitu menumpukan kepada pelajaran dan kampus ??? 


Tidak takutkan anda apabila disoal mengenai amanah dan tangunggjawab anda sebagai mahasiswa hingga sanggup menjadi jentera pilihanraya yang di luar lingkungan peranan anda ??? 


Tanyalah pada hati, samada anda amanah pada peranan anda sebagai mahasiswa. jawapan itu ada pada anda.


Mahasiswa, SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER. JAGA DIRI DAN PULANG DENGAN SELAMAT.

Wednesday, January 12, 2011

Buku Interlok Sudah Dikumpul..Tunggu Masa Nak Bakar

SALAM,

ATAS RASA MENGHARGAI KARYA SASTERA YANG TIDAK TERNILAI KERANA TERCATAT SEJARAH SEORANG YANG BERTUAH HIDUP DI BUMI MALAYSIA INI, MAKA, AKU INGIN, SEMUA LAPANGKAN MASA MEMBACA ISU INTERLOK INI YANG INGIN DIBAKAR LAGI... SEDIHHHHH.....


Laksamana Bentan: Buku Interlok Sudah Dikumpul..Tunggu Masa Nak Baka...:

"Buku Interlok sudahpun dikumpul cuma agaknya menunggu masa untuk dibakar. Harap-harap janganlah jadi begitu. Patuhilah arahan kementerian, ..."


Tuesday, January 11, 2011

PARIA WUJUD DI MALAYSIA ???

Salam Mahasiswa sekalian, 


Tajuk utama mengenai Interlok


Saya cukup terkilan dan bersimpati kepada Sasterawan Negara,  Datuk Abdullah Hussain, 91, apabila, di hari tua beliau, beliau mengalami kemelut yang tidak indah untuk di nikmati sementara nyawa di kandung badan. Novel yang telah mencetuskan kontroversi kaum India di Malaysia ini telah menghancur luluhkan penulisannya dalam NOVEL INTERLOK. 


Selalunya, semakin tua dan berjasa seseorang itu apatah lagi telah diangkat sebagai SASTERAWAN NEGARA, maka akan semakin kita menghargai karya dan jasa penulisan beliau yang mungkin kita tidak akan rasai berpuluh tahun lagi. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menghina karya seorang sasterawan negara,  yang nilai seni dan sasteranya sukar dicari ganti dewasa ini.


Di sini, saya sertakan keratan akhbar Utusan hari ini :  11.1.11  :

Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.


Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.


Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.


Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?
ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.


Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.


Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.


Datuk masih menulis?
ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.


-----------------------------------

Demikian kata Sasterawan negara apabila MANIAM berasa seronok datang ke tanah melayu ketika itu kerana di sini, tiada kasta diamalkan sepertimana di India. Dan kita semua tahu, PARIA adalah golongan paling rendah kastanya. Hingga kini, kasta masih wujud di India. Lihat sendiri drama dan Movie mereka yang masih lagi mengisah dan mengambil kisah tentang kedudukan dan pangkat. Ianya masih jelas lagi di sana. Dan di India, mereka yang kaya akan terus kaya dan miskin iaitu umumnya golongan kasta rendah sentiasa dihimpit kemiskinan.



Tetapi di Malaysia, India tidak mengikut kasta dan bebas untuk mencari rezeki dan mengumpul kekayaan di Malaysia. Pokok pangkalnya adalah usaha untuk menjadi kaya. Tengok sahaja contoh antara orang India yang kaya di Malaysia yang menerajui Air Asia dan Maxis. Apakah mereka ini disekat ??? Tidak kerana mereka bebas menjana ekonomi.

Teringkat kawan saya yang berbangsa India bernama Malini yang bapanya dulu hanya bekerja jual surat khabar di tepi jalan dan menghantar suratkhabar dari rumah ke rumah. Tapi kini, bapanya sudah boleh memajukan bisnes dengan membuka kedai buku dan sudah ada beberapa cawangan berhampiran. Ini menunjukkan, India di Malaysia tidak dikastakan dan tidak disekat ekonomi mereka.

Novel Interlok dibakar oleh 100 orang India.

Jadi, mereka yang membakar karya seni dan sastera Datuk Abdullah ini adalah tergolong daripada golongan PARIA ker ??? yelah, hanya mereka yang merasakan mereka itu PARIA sahaja yang akan bertindak sedemikian rupa. Orang yang merasakan cerita novel ini adalah perkara sebenar apatah lagi kaum INDIA sudah berubah di Malaysia malah semakin maju, tidak akan bersetuju dengan tindakan membakar karya sastera Sasterawan Negara.


Interlok ini menghimpunkan kesemua bangsa di Malaysia - melayu, cina dan india. Masing-masing ditonjolkan peranan dan sifat semulajadi norma kehidupan mereka. Apakah kebodohan melayu dalam novel Interlok ini tidak mendapat reaksi negatif melayu ???? Tidak, kerana cerita itu adalah fakta sebenar Melayu dahulu. tetapi sekarang, Melayu sendiri boleh melihat perubahan positif daripada kebodohan Melayu ketika itu.

Kepada kaum India, baca dan fahami dulu karya ini. Bandingkan jika anda berada di INDIA. Apa berlaku ??? Dan realitinya, anda di MALAYSIA yang mana, jauh bertuahnya anda sebagai kaum India di Malaysia. Bersyukurlah kerana itu hanya kisah seorang India yang datang ke Malaysia bertuah ini. Dan mungkin, anda adalah pewaris MANIAM itu dan andai MANIAM itu wujud, tentu dia berasa bersyukur dan bertuah kerana dapat hidup dan mempunyai famili di Malaysia yang tidak mengamalkan kasta.

Akhir kata, interlok bukan karya yang perlu diperlekehkan tapi untuk di insafi.



Monday, January 10, 2011

PTPTN : Anak muda mesti sokong PR ek ???

Salam Mahasiswa.

FIKIR DAN GUNAKAN AKAL FAKTA ITU

Biar gelaran selari dengan akal fikiran. Mahasiswa bukan memandang pendekatan sempit, tetapi mengkaji pelbagai aspek dan segi untuk mengetahui kebenaran. Anda hanya melihat kepada aspek kiri tanpa melihat aspek kanan, itu bukan mahasiswa, itu MAWAS SISWA, kerana ada otak, tiada akal. Rugi nya mereka ini andai tergolong dalam golongan ini.


ISU pembayaran balik semula PTPTN sentiasa menjadi ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing. Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak.

Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang. Jika peminjam meminjam sebanyak RM19,000, maka ditambah kos pentadbiran 3% sebanyak RM3,800, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23,000. (Secara purata).

------------------------------
Penulis artikel ini mungkin kurang periksa mengenai polisi PTPTN. Sudahkan penulis artikel ini berhubung sendiri dengan PTPTN berkenaan bayaran balik pinjaman ??? sepertinya, penulis artikel ini tidak update otak dan akalnya. Maklum la, mugkin berkurung dalam ruang litup yang sempit yg dibawa fahaman politiknya sahaja. Maka, ini lah hasilnya kot....
 
DAPATKAN DAHULU PEKERJAAN, BARU BAYAR. PTPTN OK JER.
Isu bayaran balik tidak menjadi masalah kepada peminjam kerana, andai peminjam tidak lagi mendapatkan pekerjaan, maka, dikecualikan membayar pinjaman sehingga peminjam telah mendapatkan pekerjaan. Ini boleh dilakukan si peminjam dengan menyatakan kepada pihak PTPTN bahawa anda tidak lagi memperoleh pekerjaan. Maka pihak PTPTN akan sedia maklum hal itu. Sebaliknya yg terjadi apabila, ada peminjam yang sudah mendapat kerja tetapi LIAT untuk membayar semula pinjaman. Ini yang dikatakan, peminjam itu yg bermasalah, walhal polisi PTPTN tiada masalah pun. Inilah hantu peminjam yang setelah selesai menggenggam segulung ijazah, mahu lari daripada membayar pinjaman. Peminjam ni tak tahu hukum agama ker???? 
 
Penulis artikel ini juga memang terbukti berada di bawah tempurung apabila mengatakan charge servis 3% dicampur dengan Ujrah 1% pula  !!!! hahahahahahah..... Weh brother, mana letak akal haa???? Main terjah jer, baca tak habis, lepas tu nak salahkan kerajaan balik , kemudian nak pengaruhi orang lain sokong PR... pirahhhhhh....... kenyataan kamu tu memang aku boleh sangkal.
 
Mana tidak nya, sekarang ini, peminjam hanya membayar 1% sahaja sebagai servis charge kepada PTPTN yang mengendalikan dan menguruskan hal2 peminjam. Mana2 pun, kene bayar servis charge, dan ini kira murah sbb ada restoran segera yang menawarkan servis charge hingga 5%. Fikir sendiri lah, da la peminjam hantar borang kepada PTPTN untuk PTPTN uruskan dan seterusnya PTPTN uruskan dengan bank dan sebagainya untuk memberi kita duit belanja, lepas tu, tak nak bayar pulak servis perkhidmatan mereka. Ingat, mereka itu robot ke ??? Keringat dibayar tau, bukan diberi percuma kerana ini adalah perkhidmatan kepakaran mereka. 
 
Maka, sekarang ini, kita boleh menikmati hanya 1% sahaja servis charge kepada PTPTN. Segeralah menukarkan kepada sistem Ujrah. Peminjam perlu update kepada sistem ujrah samada melalui online, atau ke kaunter mereka di Ibu Negara. Bayangkan, daripada 3%, kerajaan menurunkan kepada 1% sahaja.


Tambahan pula, peminjam tidak perlu membayar pinjaman JIKA peminjam berjaya memperoleh ijazah kelas pertama !!!!! Ianya adalah satu hadiah kepada peminjam. Sekaligus, sebagai satu motivasi dan pendorong kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran sekaligus berasa lega kerana tidak perlu membayar semula pinjaman. Lihat, INI BUKTI KERAJAAN PRIHATIN KEPADA ANAK MUDA  !!! Siapa kata kerajaan kejam dan zalim ???? Ini bermakna, peminjam ada potensi untuk tidak membayar pinjaman mereka dan pinjaman mereka akan SETTLE atas tangunggan kerajaan. 
 
Apa akan jadi kalau semua nya FREE ??? Semua anak muda dapat belajar secara FREE di mana2 IPTA/S !!! Yang akan terjadi adalah, pembaziran duit kerajaan kerana gagal melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam akademik. Mana tidaknya, mahasiswa tidak akan khuatir kalau gagal pelajaran kerana mereka tidak perlu bayar pinjaman kerana PR nak bagi FREE tuhhhh..... tidak mustahil, mahasiswa di Malaysia paling corot mengalahkan mahasiswa dunia ketiga!!!! Ini semua propa pembangkang yang mahukan sokongan anak muda tanpa memikirkan masa depan anak muda sebagai generasi pelapis negara !!!
 
Tentang pengecualian pinjaman ini , kenapa PENULIS ARTIKEL TIDAK NYATAKAN???? INI KERANA, PENULIS ITU INGIN MERACUNI ANAK MUDA TANPA MEMBERITAHU FAKTA SEBENAR, DAN AKHIRNYA, PENULIS INI AKAN MENGIGIT JARI KERANA BERBOHONG KEPADA PEMBACA ARTIKEL ITU.
 
Sebenarnya, apa yg telah ditulis dalam BUKU JINGGA itu, kerajaan sekarang telah lakukan lebih awal. Dan ini menunjukkan, kerajaan terlebih dahulu prihatin kepada golongan muda, dan menunjukkan, kerajaan lebih mempunyai akal untuk mengatasi masalah dan dilema anak muda. 
 
penulis artikel juga menulis : 
Selain itu juga usaha mendapatkan pendidikan tinggi kepada rakyat pada kadar yang paling minima juga wajar diperhatikan disini:

“Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.”

Disamping mengusahakan setiap rakyat mendapat biasiswa dalam pendidikan bagi mereka yang layak dan menghentikan budaya ‘bisnes’ di dalam pendidikan wajar juga disokong:

“Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.”
 
--------------------
Kerajaan telah memberi jaminan bahawa, rakyat Malaysia layak mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar maksimum. Baca sini : SEMUA MAMPU BELAJAR TINGGI

Penulis sendiri ada menulis perkataan LAYAK untuk mendapatkan biasiswa kan ??? Kerajaan sudah sekian lama mengaplikasikan polisi ini dan terbaru, pengecualian kepada ijazah kelas pertama . Itu kerana, mereka LAYAK untuk menerima HADIAH daripada kecemerlangan pengajian mereka. Jadi, dimana realistiknya agenda PR daripada agenda BN yang sudah dijalankan sekarang ???? Bukankah agenda PR itu sama seperti yang telah dilaksana BN hari ini ???? Sama kan..kan...kan... 

Oleh yang demikian, daripada mahasiswa sokong PR yang tiada idea untuk tawan hati anak muda, bergantunglah kepada KERAJAAN BN yang stabil dan terbukti pelaksanaan nya. Buat apa menaruh harapan pada kerajaan yang belum pasti kehendak anak muda dapat ditunaikan. Janji boleh ditulis berjela-jela, tetapi, janji yang ditepati, belum tentu berjela seperti yang telah dijanjikan. 
 
Sedarlah mahasiswa, mengapa mahu mencampakkan diri kepada kebinasaan, sedangkan , apa yang telah ada ini, sudah cukup memuaskan. Ramai mahasiswa menyambut baik sistem ujrah dan ijazah kelas pertama. Mengapa mahu ubah sedangkan yang sudah ada lebih baik !!!
 
Fikirkan dengan waras dan lihat dari pelbagai aspek yang mana kerajaan telah banyak membantu. Bukan sekadar melihat satu perspektif hingga lupa jasa yang lebih banyak kerajaan telah salurkan. 
  
 
Anak muda sekarang ini, akan sokong Kerajaan BN yang jauh lebih stabil dan memuaskan mahasiswa semua !!!
 
ANAK MUDA SOKONG DS NAJIB TUN RAZAK
 
 

Tuesday, January 4, 2011

IJAZAH DALAM ANGAN - KERAJAAN PRIHATIN LAA

Salam Mahasiswa....




Dato Sri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi ingin menyelaras tarikh kemasukan pelajar ke Universiti yang dijadualkan pada bulan september.


Ini berikutan, Dato Sri Khaled Nordin sangat prihatin kepada mereka yang tidak berjaya menempatkan diri dalam mengikuti pengajian di peringkat Universiti. Mana kan tidaknya, mereka yang telah berjaya menempatkan diri dalam Universiti tempatan bertukar fikiran untuk menerima tawaran universiti luar negara. Pulak tu, tempat mereka itu dibiarkan kosong dan memusnahkan harapan pelajar lain yang ingin mendapatkan peluang belajar di Universiti.


Maka, langkah untuk melambatkan proses kemasukkan dicadangkan, agar pelajar yang menerima tawaran universiti luar negara akan dapat memberi peluang kepada mereka yang lain untuk belajar di universiti tempatan. Maka, ini memberi peluang yang sangat besar kepada lepasan SPM mahupun STPM untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.


Walaupun terdapat kekurangan yang bakal di alami pihak universiti atau pihak lain, namun, kesan kepada pemohon yang bersemangat untuk menyambung pelajaran ini diberikan keutamaan oleh KPT.


HARAPAN GOLONGAN MUDA TIDAK DI ABAIKAN


Ini sekaligus membuktikan, keprihatinan kerajaan kepada masalah dan dilema yang dihadapi pelajar yang hampa apabila mereka gagal menempatkan diri dalam Universiti. Ini juga jelas membuktikan, kerajaan sangat prihatin kepada kehendak golongan muda yang ingin menempa nama dan harapan mereka untuk mengenggam segulung ijazah.


KPT telah menjalankan amanah dengan baik apabila telah mendahulukan rakyat dalam hal Pengajian Tinggi. Kerana, golongan muda juga adalah rakyat yang perlu di beri perhatian.


Saya merasakan, jutaan pelajar di luar sana akan tersenyum lebar apabila peluang mereka untuk belajar di Universiti sangat cerah. Namun, usaha untuk meloloskan diri jangan la di abaikan. Rezeki tidak datang bergolek. Ini juga perlu usaha.


Kerajaan berusaha memberi kemudahan tetapi, rakyat juga perlu berusaha untuk merebut peluang yang kerajaan berikan. Bulan tidak jatuh ke riba tau adik -adik sekalian.


Apapun, hargailah peluang dan ruang yang diberikan kerajaan untuk anda semua merealisasikan harapan diri sendiri mahupun harapan keluarga anda. 


Kerajaan sentiasa peka kepada kehendak rakyat dan itu sudah terbukti !!! 


Salam 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.



Monday, January 3, 2011

MAHASISWA : SEM BARU

Salam Mahasiswa, 


KEMBALI MENELAAH

Kebanyakkan Universiti di Malaysia memulakan semester baru pada hari ini. Ada juga yang sudah bermula pada bulan disember 2010 yang lepas.

Apapun, Tangga Langit mengucapkan SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN PADA SEMESTER BARU 2011. 

Diharapkan, semester ini, semua mahasiswa berusaha meningkatkan diri dari segi akademik, sahsiah mahupun intelek kita. Mahasiswa adalah generasi cemerlang dan terbilang pada masa akan datang dan rugi kiranya, ruang yang diberikan ini di sia-siakan.

Tangga Langit sangat bersyukur apabila semalam, niat di hati nak ambil duit daripada bank untuk bayar bil telefon, tengok-tengok baki, ada jumlah yang bertambah pulak. Fuyooo....gembira nya rasa hati.

Rupa-rupanya duit PTPTN untuk semester baru ini. Alhamdulillah.. Bolehlah bayar yuran dengan segera. Dan dengan duit itu, aku pun membeli sebuah laptop baru memandangkan laptop lama telah rosak 3 kali walaupun dibaiki. Rosak tempat yang sama, dan habis beratus untuk baiki, baik lah aku beli baru. Murah pun murah dan banyak perisian dalamnya. 

Ini semua hasil daripada bantuan PTPTN untuk aku melanjutkan pelajaran dalam keadaan yang selesa. Kalu lah PTPTN ni tak ada, di manalah nak cekau duit untuk yuran dan sebagainya.

Kerajaan memang telah membantu aku sebagai mahasiswa untuk meningkatkan pencapaian dalam hidup seperti yang aku lakukan sekarang ini. 

Mahasiswa, jangan lupa pada jasa mereka yang membantu kita untuk meneruskan kehidupan untuk mencapai sesuatu yang di ingini. Jangan jadi seperti KACANG LUPAKAN KULIT.