BUDDIES

Thursday, June 23, 2011

BURUKNYA PERANGAI SI ...

Salam 1 Malaysia mahasiswa semua, 




Tangga Langit mahu kita semua jauhi penyakit hati yang merosakkan jiwa. Bila jiwa rosak, perkara dan tindakan yang dilakukan pun akan rosak sama. 




Kenapa mahu rosakkan hati dan akal yang sedia cantik dan indah Allah kurniakan. Alangkah bagus sekiranya cantiknya ciptaan itu secantik tingkahlaku kita juga.


Bukan apa, TL terbaca mengenai ini :


Serah diri: Bekas pelajar ditahan hina gambar Agong


KUALA TERENGGANU 22 Jun - Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Baharu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan dalam laman sosial baru-baru ini.

Lelaki berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 8 malam dua hari lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut merampas sebuah komputer riba yang dibawa oleh lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.

"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terlibat dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.


Cuba la fikir tindakan pemuda ini yang rosak dan kacau jiwanya. Buat apa susah-susahkan diri menghina gambar Agong ? Apa yang dapat hina gambar itu ? Puas ke berbuat demikian ? Kalau ada yang kata puas, puas itu hanya bersifat sementara kerana SYAITAN suka apabila manusia melakukan kejahatan even kecil mana pun perbuatan itu. 

Malu la sikit, seorang pelajar, tetapi perbuatan tak seperti pelajar. Apa kurang ke didikan yang diberikan ? Atau terlebih beri didikan ?

Manusia ini dilahirkan BAIK dan FITRAH, tetapi, manusia itu sendiri yang merosakkan SEKIRANYA dia memilih untuk rosakkannya. Kerana manusia dikurniakan akal untuk memilih samada berbuat baik atau tidak.

Walau apapun, tindakan akan dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah. Undang-undang tetap  undang-undang. Ianya mendidik kita juga untuk bersikap sopan dan hormat orang lain.

Kalau tiada hukuman diberikan kepada si pesalah, nanti pesalah tidak akan gentar untuk mengulanginya. Maka, wajarlah adanya hukuman.


p/s : kerajaan serambi mekah (PAS:parti ISLAM semalaysia) ajar hina gambar orang ker ? Cer ajar adab dan tingkah laku sopan sikit. 


Friday, June 17, 2011

JANGAN KATA KERAJAAN ZALIM TAU !

Salam 1 Malaysia, 1 Mahasiswa, 




Disarankan, graduan yang masih lagi tercari kerja di luar sana, boleh la sertai Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). 


Ini kerana,banyak syarikat GLC menawarkan tempat kepada graduan sesuai dengan kelayakkan yang ada pada graduan ini. 


Apa lagi, rebutlah peluang ini. Jangan pula bila tak dapat kerja, salahkan kerajaan tak beri insiatif !!! Ini dah ada inisiatif, rembat cepat. 


Usaha tangga kejayaan. Rezeki tak datang bergolek. Usaha lah untuk dapat apa yang dihajati.


Untuk keterangan lanjut, mahasiswa semua boleh layari web ini : www.epu.gov.my/sl1m.



Thursday, June 2, 2011

3 MELAYU, 1 BUMIPUTERA, 71 CINA DAN 11 INDIA DAPAT BIASISWA

Salam 1 Malaysia kepada semua, 




Akhirnya, kerajaan mengambil keputusan untuk menawarkan biasiswa kepada 86 pelajar. Mereka akan ditempatkan di IPTS dalam negara. Berikut adalah petikan akhbar mengenai berita ini : 



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kos pengajian di luar negara bagi kesemua 86 pelajar itu adalah RM52.1 juta tetapi dengan meneruskan pengajian di IPTS tempatan, kosnya RM21.6 juta.
Katanya, pelajar terbait boleh mengikut bidang dan jurusan yang mereka pilih di IPTS antaranya Monash Universiti Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia Malaysia dan Universiti Perubatan Antarabangsa. Antara bidang dipilih pelajar itu adalah perubatan, pergigian. Kejuruteraan, sains dan farmasi.
Menurut Nazri, ikut pecahan kaum pelajar berkenaan, tiga adalah Melayu, seorang Bumiputera Sarawak, 71 Cina dan 11 India.
Nazri turut mengumumkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bersedia menawarkan sekurang-kurangnya 500 biasiswa di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan untuk pelajar mendapat 8A+ ke bawah.
Sementara itu, Nazri berkata, pejabat Peguam Negara telah diarah bertindak terhadap bekas pelajar tajaan JPA yang sehingga kini gagal melunaskan hutang pendidikan mereka, selain tidak kembali ke tanah air.
"Kita telah banyak menghabiskan wang untuk mereka dan memandangkan mereka enggan kembali ke tanah air, kita perlu mengemukakan saman tersebut.
"Walaupun Pejabat Peguam Negara telah diarah menyaman mereka bagi menuntut semula wang berkenaan, namun itu bukan apa yang kita mahu, kita hanya minta mereka pulang," katanya.
---------------------------------------
Lihatlah, betapa kerajaan berusaha mencari alternatif untuk memuaskan hati pelajar kita untuk mendapatkan biasiswa menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang tertinggi. 
Dan lihatlah, tiada kuota bangsa pun di selitkan di situ kerana terbukti, majoritinya adalah kaum Cina diikuti India dan Melayu kemudian Bumiputera. 
Ini jelas menunjukkan, konsep 1 Malaysia di amalkan dalam negara ini. Apa lagi yang ingin dibangkang ??? sudah jelas, kerajaan peka terhadap permintaan masyarakat di luar sana.
Adakah ini bukti kerajaan zalim terhadap rakyat ??? Cuba fikirkan, kerajaan menanggung perbelanjaan pengajian mereka kesemuanya. Mereka dapat belajar dengan senang hati tanpa memerlukan kewangan yang banyak. Ini adalah penghargaan kerajaan kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM.
Tahniah kepada mereka yang menerima biasiswa ini.

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA BUKTI BELIA DIHARGAI

Salam 1 Malaysia, 1 Mahasiswa




Sering kali kita mengeluh mengenai masalah pengangguran yang berlaku di dalam negara. pelbagai faktor menyebabkan berlakunya masalah begini dan di antaranya ialah mengenai kehendak pasaran terhadap kos yang di ambil semasa di Universiti dulu.


Ada kos atau fakulti yang memang HOT di pasaran terutama bidang perubatan kerana negara kekurangan kepakaran dalam bidang ni. Namun, ada kos atau fakulti yang susah untuk jual di pasaran dan memerlukan tenaga pelajar sendiri untuk mencari inisiatif bagi mendapatkan pekerjaan.


Sering kali juga dilihat, mereka yg sukar mendapatkan kerja kerap memohon untuk menjadi guru atas sebab, mudah mendapat kerja dan juga pencen. Ini lah yang merosakkan anak bangsa apabila ada cikgu yang mengambil jurusan perguruan tetapi NO HEART untuk menjadi guru. 


Inilah jalan mudah yang mudah di ambil pelajar. Tapi nak buat macam mana, dah tak dapat kerja lain. Mana kan tidak, pelajar sendiri tidak perform dalam akademik, pulak tu, demand kerja tempat selesa. Hmm...mungkin ini adalah mentaliti orang kita yg apabila kluar U jer, sure dapat kerja walhal usaha mendapatkan kerja bukan datang bergolek jer...


namun begitu, atas suara belia yg didengari DS Najib, PM Malaysia yang lembut jiwanya, mengumunkan Skim Latihan 1 Malaysia. Skim ini akan menyediakan latihan praktikal kepada pelajar secara berperingkat sebelum mereka diterima masuk bekerja dalam syarikat GLC.


Ini adalah langkah yang diambil kerajaan untuk membantu pelajar mendapatkan kerja setelah tamat belajar. Dan untuk fasa pertama ini, seramai 3000 siswazah akan di ambil mengikuti skim ini.


namun diharapkan, janganlah dengan adanya skim ini, siswazah dan pelajar terlalu bergantung kepada usaha kerajaan ini. Ini adalah satu alternatif , tetapi, jangan jadikan ianya tempat bergantung dan membuat sambil lewa semasa belajar.


Hidup ini perlu usaha kalau nak dapat apa yang di impikan. Kalau tiada usaha, bagaimana mahu mencapai impian. Kerana itu dikatakan, USAHA TANGGA KEJAYAAN. 


DS Najib adalah pemimpin yang berjiwa baik hati. Mana-mana golongan yang menyuarakan hasrat mereka, akan dicuba sedaya upaya oleh DS NAJIB untuk membantu. Daripada golongan miskin yang sukar mendapatkan ujian kesihatan dengan baik, maka ditubuhkan Klinik 1 Malaysia yg bermodalkan hanya rm1 sahaja. 




Kini, golongan belia pula mendapat sesuatu ganjaran untuk dinikmati sempena Perhimpunan Sejuta Belia baru-baru ini. 


wahai belia di luar sana, apakah DS Najib pemimpin yang kejam ??? Tidak sama sekali kerana beliau ini tidak sombong mendengar nasihat dan pandangan bernas daripada rakyatnya. dan terbukti, segenap rakyat mendapat banyak manfaat sepanjang DS Najib menjadi PM Malaysia.


Berikut sedutan kata-kata DS Najib di dalam akhbar Utusan :


Dalam ucapannya, Najib yakin golongan belia pada masa ini akan memilih kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka selari dengan proses demokrasi yang diamalkan kerajaan.


"Saya mempunyai keyakinan ke atas belia Malaysia dan kerana itulah saya mengambil inisiatif untuk melaburkan masa saya serta kerajaan bagi memastikan kita terus berhubung rapat dengan golongan muda negara," katanya.