BUDDIES

Thursday, June 2, 2011

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA BUKTI BELIA DIHARGAI

Salam 1 Malaysia, 1 Mahasiswa




Sering kali kita mengeluh mengenai masalah pengangguran yang berlaku di dalam negara. pelbagai faktor menyebabkan berlakunya masalah begini dan di antaranya ialah mengenai kehendak pasaran terhadap kos yang di ambil semasa di Universiti dulu.


Ada kos atau fakulti yang memang HOT di pasaran terutama bidang perubatan kerana negara kekurangan kepakaran dalam bidang ni. Namun, ada kos atau fakulti yang susah untuk jual di pasaran dan memerlukan tenaga pelajar sendiri untuk mencari inisiatif bagi mendapatkan pekerjaan.


Sering kali juga dilihat, mereka yg sukar mendapatkan kerja kerap memohon untuk menjadi guru atas sebab, mudah mendapat kerja dan juga pencen. Ini lah yang merosakkan anak bangsa apabila ada cikgu yang mengambil jurusan perguruan tetapi NO HEART untuk menjadi guru. 


Inilah jalan mudah yang mudah di ambil pelajar. Tapi nak buat macam mana, dah tak dapat kerja lain. Mana kan tidak, pelajar sendiri tidak perform dalam akademik, pulak tu, demand kerja tempat selesa. Hmm...mungkin ini adalah mentaliti orang kita yg apabila kluar U jer, sure dapat kerja walhal usaha mendapatkan kerja bukan datang bergolek jer...


namun begitu, atas suara belia yg didengari DS Najib, PM Malaysia yang lembut jiwanya, mengumunkan Skim Latihan 1 Malaysia. Skim ini akan menyediakan latihan praktikal kepada pelajar secara berperingkat sebelum mereka diterima masuk bekerja dalam syarikat GLC.


Ini adalah langkah yang diambil kerajaan untuk membantu pelajar mendapatkan kerja setelah tamat belajar. Dan untuk fasa pertama ini, seramai 3000 siswazah akan di ambil mengikuti skim ini.


namun diharapkan, janganlah dengan adanya skim ini, siswazah dan pelajar terlalu bergantung kepada usaha kerajaan ini. Ini adalah satu alternatif , tetapi, jangan jadikan ianya tempat bergantung dan membuat sambil lewa semasa belajar.


Hidup ini perlu usaha kalau nak dapat apa yang di impikan. Kalau tiada usaha, bagaimana mahu mencapai impian. Kerana itu dikatakan, USAHA TANGGA KEJAYAAN. 


DS Najib adalah pemimpin yang berjiwa baik hati. Mana-mana golongan yang menyuarakan hasrat mereka, akan dicuba sedaya upaya oleh DS NAJIB untuk membantu. Daripada golongan miskin yang sukar mendapatkan ujian kesihatan dengan baik, maka ditubuhkan Klinik 1 Malaysia yg bermodalkan hanya rm1 sahaja. 




Kini, golongan belia pula mendapat sesuatu ganjaran untuk dinikmati sempena Perhimpunan Sejuta Belia baru-baru ini. 


wahai belia di luar sana, apakah DS Najib pemimpin yang kejam ??? Tidak sama sekali kerana beliau ini tidak sombong mendengar nasihat dan pandangan bernas daripada rakyatnya. dan terbukti, segenap rakyat mendapat banyak manfaat sepanjang DS Najib menjadi PM Malaysia.


Berikut sedutan kata-kata DS Najib di dalam akhbar Utusan :


Dalam ucapannya, Najib yakin golongan belia pada masa ini akan memilih kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka selari dengan proses demokrasi yang diamalkan kerajaan.


"Saya mempunyai keyakinan ke atas belia Malaysia dan kerana itulah saya mengambil inisiatif untuk melaburkan masa saya serta kerajaan bagi memastikan kita terus berhubung rapat dengan golongan muda negara," katanya.



No comments: