BUDDIES

Friday, May 27, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA BERMULA HARI INI !

Salam 1 Malaysia, 




Bagi menghargai belia yang menyambut Hari Belia, satu HIMPUNAN SEJUTA BELIA diadakan di Putrajaya bermula 27 - 28 Mei 2011 ini. 


pelbagai acara menarik dirancang untuk para belia seperti Paint Ball, Jamboree, Memancing dan macam - macam lagi.



TENTATIVE PROGRAM HARI BELIA


Ayuh belia di luar sana, segeralah bersama rakan2 belia anda untuk hadir ke Putrajaya bagi meraikan hari belia anda !!!


Kongsikan pengalaman anda ke sana di sini yer !!!

Wednesday, May 25, 2011

BIASISWA KEPADA YANG CEMERLANG. BUKTI KERAJAAN ZALIM ?

salam 1 Mahasiswa, 1 Malaysia...



PELAJAR BARU MENDAFTAR MENDAPAT BIASISWA
-GAMBAR HIASAN-



JPA sedia RM1.44 bilion tawar 4,000 biasiswa

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan 4,000 biasiswa kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang memperoleh minimum 9A- bagi sesi pengajian 
tinggi 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,500 biasiswa diperuntukkan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) manakala 2,500 biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Beliau memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.44 bilion bagi menampung jumlah biasiswa tersebut iaitu RM1.08 bilion bagi biasiswa PILN dan RM0.36 bilion bagi biasiswa PIDN.

"Daripada 1,500 biasiswa PILN itu pula, 882 daripadanya diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 618 biasiswa kepada pelajar bukan bumiputera.

"Bagi PIDN pula, seramai 1,301 pelajar bumiputera ditawarkan biasiswa itu manakala selebihnya iaitu 1,199 kepada pelajar bukan bumiputera.

"Secara keseluruhan pula, sebanyak 2,183 tempat atau 55 peratus biasiswa diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 1,817 atau 45 peratus kepada pelajar bukan bumiputera," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Mohamed Nazri menambah, daripada 1,500 biasiswa di bawah PILN pula, hanya 300 diberikan berdasarkan merit kepada pelajar yang mendapat 9A+.

Bakinya kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Januari 2009.

Kategori itu tambahnya, adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (20 peratus), populasi kaum (60 peratus), bumiputera Sabah dan Sarawak (masing-masing lima peratus) dan orang kurang upaya (OKU) sebanyak 10 peratus.

"Keutamaan biasiswa kepada PILN ini ialah dalam bidang-bidang yang difikirkan kritikal dan profesional oleh JPA seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, seni bina dan beberapa bidang lain," katanya.

Jelas beliau, sebanyak 16,900 permohonan biasiswa diterima dengan 8,857 permohonan adalah dari kalangan calon yang melepasi syarat minimum yang ditetapkan mengikut bidang pengajian.


--------------------

Tahniah kepada bakal mahasiswa negara yang akan mendapat biasiswa untuk pengajian mereka nanti. Timbalah ilmu sedalamnya dan hargailah peluang keemasan ini.

Lihatlah, dimanakan orang bukan bumiputera mengatakan mereka dipinggirkan ??? 45% biasiswa diberikan kepada mereka dan ini adalah jumlah yang besar. bersyukurlah kerana mereka tidak dipinggirkan badan kerajaan yang prihatin terhadap keperluan pelajar.

Jangan pula jadi seperti orang yang tak tahu bersyukur dan jangan lupa pada jasa mereka yang berusaha untuk memberikan biasiswa ini kepada anda semua, bakal mahasiswa negara.

MAHASISWA MENUNJUKKAN ISYARAT 1 MALAYSIA

Jangan pula ada yg kata kerajaan ini zalim lagi yer... :)

Monday, May 23, 2011

MAHFOZ BEAN MAHU BUDAK DAN PELAJAR HANYA LEPAS SRP/SPM JER !!!

Salam 1 Malaysia, 1 Mahasiswa bersatu,




Sudah lama TL tak update story dalam blog ni. TL agak busy sedikit membuat kerja2 kebajikan. sambil tu, TL terjumpa la, satu artikel dalam Harakah ni mengatakan, PAS tidak kisah pelajar terlibat politik.


Hmmm.... TL tak hairan dengan kenyataan ini. Memang inilah kerja PAS. mengindoktrin budak2, pelajar2, dan mahasiswa2 untuk menyokong PAS dan membenci kerajaan. saban hari itulah sajian mereka iaitu, Kerajaan ni zalim lah, murtad lah, kafir lah. 


Ada pelajar yang semakin dewasa memahami, siapa yg zalim, dan siapa yang mengabaikan islam sejati untuk dimartabatkan. UMNO  tidak pula ternampak mengotori Islam dengan adakan demo hari jumaat lah, adakah upacara membawa kafir ke masjid negara la, bersenam aerobik dalam kawasan masjid campur laki perempuanlah.... Seburuk umno pun, UMNO tak kotorkan imej Islam seteruk PAS lakukan...




Mahfoz Omar mengatakan, ada sekolah yang tidak mahu mengambil wakil daripada penyokong PKR untuk merasmikan mesyuarat PIBG. kalau benar ada, silalah buat laporan. jangan main tulis dan kata jer, tapi laporan nya tiada. Kalau camtu, sesiapa pun boleh canangkan perkara yang sama !


Mahfoz Bean ni kata lagi, budak sekarang sudah cerdik, tak macam dulu. cerdik mcm mana tu Mahfoz oii ??? Kalau cerdik hanya taksub sokong satu parti secara totok tanpa dapat menganalisa, itu bukan cerdik, itu kurang cerdik. orang cerdik akan buat analisa dan perbandingan.


Juga, Mahfoz Bean in yang lepasan SPM je, tidak tahu, perkembangan otak dan minda budak, walaupun cerdik, tapi perkembangan nya tidak sampai tahap membuat perbandingan secara serius. Cerdik dan pandai adalah berbeza Mahfoz ! belajarlah Children development dulu sebelum nak cakap budak sekarang itu cerdik hingga tahu hal politik. Agak2 la mahfoz Bean.


Kalau cerdik, masakan masih ada kategori bawah umur ?? Kenapa taknak perjuangkan , had umur bawah umur hanya sekitar 6 tahun ???? Maklum lah, mahfuz kata budak sekarang dah cerdik tahu tentang politik ??!!! 


Apa yang TL nampak, PAS menggunakan budak dan pelajar untuk di indoktrinkan agar menyokong PAS dan membenci kerajaan. kerana itu mereka tidak menghalang pelajar terlibat politik kerana itu lah senjata kotor PAS untuk merosakkan pemikiran anak muda. 


Tambahan pula, pemikiran anak muda yang rosak itu adalah bangsa Melayu rata2nya, dan bangsa Melayu yang akan ketinggalan nanti untuk menguasai ekonomi dan pelbagai sektor lain. Lihat sahaja,mereka yang terlibat dalam demo menentang kerajaan adalah pelajar Melayu. 


Mana pelajar cina dan india ??? Ooo..mereka dibiarkan PAS untuk diberikan didikan pendidikan sempurna untuk mengecapi kejayaan dalam bidang yang diceburi dan anak melayu bakal cemerlang dalam pusat serenti ??? itulah harapan PAS yang tidak memikirkan masa depan anak melayu !!!


Mahasiswa sekalian, 
UMNO BN berusaha meningkatkan kualiti anak muda untuk berjaya dalam pelajaran dan berusaha mendapatkan tempat yang baik di dalam mahupun luar negara. Akan tetapi, PAS mensia2kan akal yang unik ini hanya demi kepentingan politik mereka sahaja. 


Maka, buat apa sokong pemusnah generasi. Bebaliklah kita kepada parti politik yang lebih menjamin masa depan generasi muda agar tidak songsang pemikirannya.

Tuesday, May 10, 2011

INIKAH MAHASISWA PARTI ISLAM MALAYSIA ???

Salam 1 Malaysia, 


UTUSAN TIDAK KISAH
MAHASISWA YANG MENTAL NANTI


TL rasa, mahasiswa atau sesiapa sahaja ada tengok cerita Labu dan Labi. Alah, cerita P.Ramlee tu... Teringat sedutan Labu dan Labi mengambil kertas untuk dijadikan kepala bapak masing2 untuk dipijak2 lawan. Kepala bapak Labi di pijak Labu dan sebaliknya. 


Nampak mcm kelakar, tapi di situ, terselit moral yang tidak baik kerana perbuatan sebegitu mengundang rasa marah, hasad dengki, dan juga dendam. Inilah hasilnya apabila perbuatan itu dibiarkan sahaja tanpa teguran daripada sesiapa. 


Serupa juga dengan tinkahlaku segelintir mahasiswa taksub seperti Gamis dan Mahasiswa Persatuan Islam, tetapi perbuatan tiada serupa Islam itu. Bertudung labuh menutup dada, tapi di dadanya kotor dan penuh daki2 dendam. 




Mereka telah mengoyak dan memijak akhbar Utusan Malaysia atas sebab akhbar Utusan Malaysia ini akhbar paling teruk pada pandangan mereka. Ini katanya :


"Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog yang bersifat pandangan peribadi penulis"

Itulah, orang2 tua ada kata, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Cuba kita baca harakahdaily, ada banyak kolum yang bersifat pandangan peribadi. Banyaakkkkkk sangat. Langsung tiada tapisan. Ingat lagi dulu, seorang pelajar Mesir yang tidak tahu berterimakasih kepada kerajaan kerana menyelamatkan mereka daripada pergolakan di Mesir. Heh, ini pun bersifat peribadi dan mencabar kredibilit kerajaan pula. Seolah-olah segala usaha itu, kerajaan tidak lakukan. Itu kah akhbar yang tiada permit mampu buat  ??? Hanya mengambil artikel yang menyokong mereka sahaja ??

Soalnya kini. bukan TL membela Utusan Malaysia, tetapi, mahu mahasiswa berfikir, seburuk Utusan pun, apa yang mampu Harakah sebarkan ??? Harakah juga tiada fitnah dan hasutan ??? Bohonglah kalau tiada. Harakah juga mempamerkan cerita bergenre fitnah kerana tiada bukti, tapi cakap hentam keromo jer. Hanya menuduh kerajaan, siapa2 pun boleh buat. cakap jer, bukti hampeh. MMm....harakah pun sama malah lagi teruk pun ada.

jadi kepada mahasiswa yang bertindak demikian, kalian hanyalah mengundang rasa dendam di jiwa sahaja. Tiada solusi yang dapat dilakukan mereka dengan hanya sekadar memijak. Walaupun sekadar contoh, tapi contoh itu juga akan dijadikan ikutan yang tidak berfaedah.

Mahasiswa yang masih waras di luar sana, bertindak bijak lah untuk melakukan sesuatu perkara. Bertindak ikut akal, bukan emosi.

Friday, May 6, 2011

UUM : AZIZAN CAKAP PUTAR BELIT

salam 1 Malaysia, 




TL dulu pernah dengar, Mb Kedah kata, UUM tidak mohon untuk lanjutkan rebat cukai UUM. tetapi, Naib Canselor nya memberitahu, sudah 2 kali ditolak mengenai rebat cukai tu. Hmm...


Pemerintahan PAS di Kedah semakin kekurangan dana. Dah la tak cukup dana, pulak tu, mencantas keistimewaan yang sepatutnya diperolehi oleh individu atau badan kerajaan dan bukan kerajaan. Ada ke patut ??


Mahasisa UUM mungkin tidak mengendahkan hal ini, tetapi, sebagai Mahasiswa, tidakkah terasa seolah-oleh UUM ini tidak diterima kerajaan KEDAH ??? dahlah di anaktirikan soal air, ini pulak, tak beri kemudahan kepada UUM.


Azizan seolah-olah melayan UUM itu sebagai pembangkang, kerana itu tak di endahkan permintaan UUM. Kedah kata akan rugi kalau beri rebat. Itu adalah kelemahan pemerintahan negeri Kedah la. Masa BN memerintah dulu, boleh je kasi rebat. Tak ada masalah pun. Pernah juga Kedah rugi, tapi tetap diberi rebat. Jadi, kenapa nak sekat rebat UUM ??? Macam tak masuk akal, Sebab tu lah TL cakap, Azizan ni layan UUM kerana politik dan kerana UUM itu adalah pembangkang baginya.


Tak perlu usul IPT lain, kerana sedari dulu, UUM menikmati rebat dan sekarang ini tidak ada pulak semenjak PAS memerintah. Azizan mahu ambil kesempatan ke atas keuntungan yang diperolehi UUM. Patut ker seorang MB buat mcm tu ??? Itu namanya amik kesempatan MB. Tak baik buat mcm tu. 


Bayangkan kalau keluarga MB membayar sewa murah sebab tuan tanah kasi murah, tapi, bila tukar tuan tanah, dia naikkan sewa rumah. MB takkan tak marah kot ?? Walaupun MB dah kaya skit, tapi kenaikan sewa umah tu memberi kesan kepada keluarga MB kan ?? Inilah analoginya...




Mohon MB Kedah jawab permohonan yang telah ditolak 2 kali ini. Pandai kata, media kerajaan putar belit, tapi siapa yg putar belit ni...


p/s : pelik ngan Azizan ni, hari tu kata kalu nak rebat, mintak kat depa, tapi bila da mintak kali kedua pun, habuk tarak. mcm mana tu ??? cakap tak serupa bikin.

UUM kesal permohonan sambung rebat cukai tanah ditolak




ALOR SETAR 5 Mei – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak kesal dengan keputusan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah yang menolak permohonan untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akur dengan keputusan itu dan akan menjelaskan jumlah bayaran yang ditetapkan, namun akan mengadakan perbincangan untuk membayarnya secara ansuran.
"UUM tidak ada pilihan melainkan terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.

"Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kerajaaan negeri sepatutnya menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.


Thursday, May 5, 2011

MAHASISWA DISERU SERTAI HARI KEMARAHAN RAKYAT ESOK ?

salam 1 malaysia, 




mahasiswa diseru untuk menjadi tauladan kepada generasi akan datang dengan ilmu akal dan ilmu sahsiahnya. Tetapi, TL pelik sangat dengan sekumpulan mahasiswa ini yang terlalu taksub kepada politik di Malaysia hingga melanggar budaya mahasiswa yang sebenar. 


Apakah mahasiswa tidak rasa malu kerana mencemarkan nama mereka untuk turut serta politik pembangkang untuk adakah tunjuk perasaan ???? Kerap kali TL dengar dan baca, mahasiswa yang melakukan perbuatan begini adalah mahasiswa pembangkang. Kenapa yer ??? TL pelik, adakah mahasiswa pembangkang sudah terlebih tarbiyyah hingga melimpah ruah dengan melakukan perbuatan tidak berfaedah ???


Mahasiswa perlu tahu isu semasa samada ekonomi, moral, sosial mahupun politik. Tapi, mahasiswa ada batasnya dalam melontarkan pendapat mereka. bukan dengan menyertai politik pembangkang yang gila kuasa . Pelik sungguh pada mereka ini.


kerana perangai dan ideologi mahasiswa sebegini yang merosakkan mahasiswa lain. Merosakkan minda generasi muda akan datang., Merosakkan nama baik institusi. Merosakkan peranan mahasiswa dan universiti sebagai GEDUNG ILMU !!!


Mahasiswa diluar sana disarankan untuk tidak turut serta kerana ianya merugikan anda semua. Habuan yang anda dapat adalah dengan melempiaskan nafsu dendam dan amarah, bukan melempiaskan ilmu untuk dilontarkan kepada umum. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara yang kotor. Fikirkan... 




HARI KEMARAHAN RAKYAT MENYERU MAHASISWA ?

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara esok bagi menyatakan anak muda menolak politik fitnah dan jijik.
Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata seluruh mahasiswa wajar untuk turut sertai perhimpunan itu, bagi menyatakan pendirian sebagai anak muda yang menolak sama sekali politik fitnah dan jijik yang kian parah serta menjadi permainan dalam pentas politik negara sekarang ini.
“Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada kerajaan dan juga masyarakat bahawa mahasiswa dan anak muda tegas menolak budaya politik kotor dan inginkan kembalinya nilai-nilai kebaikan dalam berpolitik iaitu kembali kepada politik Islam.
“Oleh itu, saya selaku Ketua Penerangan Gamis menggesa dan menyeru mahasiswa dan anak muda sekitar Lembah Klang terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan pendirian kita,” tegasnya.
Menurutnya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.
"Kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini,” tegas beliau.
‘Hari Kemarahan Rakyat’ anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf), Angkatan Muda Keadilan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Masjid Negara, esok.
Program tersebut akan bermula jam 12 tengah hari dengan mengumpulkan kesemua NGO dan demonstrasi akan bermula selesai solat Jumaat.