BUDDIES

Friday, February 25, 2011

PELAJAR MESIR DIHINA ULAMA ???

Salam 1 Malaysia, 


Syukur alhamdulillah, krisis Mesir sudah pulih daripada pemberontakkan besar-besaran.Pelajar kita pun, dapat pulang ke sana bagi meneruskan pengajian mereka daripada ditangguhkan. Juga syukur ke hadrat Allah kerana pelajar kita ini dapat kembali ke sana dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak kerajaan persekutuan. 


SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN.
JANGAN LUPA JASA MEREKA YANG MEMBANTU,
JANGAN BERAT SEBELAH UNTUK BERTERIMA KASIH


Setiap negeri yang dibawah pemerintahan BN sudah bersedia untuk membawa mereka pulang semula ke Mesir. Terbaru, Kelantan juga iaitu kerajaan PAS juga membiaya seramai 1006 pelajar untuk pulang semula ke Mesir. Alhamdulillah kepada kerajaan PAS kerana bersama-sama membantu pelajar kita untuk meneruskan pengajian. Tahniah kerajaan PAS kelantan.


Tapi nya, teringat pulak aku semasa kerajaan melancarkan Ops Piramid, ada pula suara sumbang yang menyanggah tindakan kerajaan yang membantu pelajar kita disana . Katanya, kerajaan telah membazirkan wang rakyat MEMBANTU pelajar MALAYSIA di sana. Siapa yang kata ini ?? tentulah Menteri Besar Kelantan, iaitu kerajaan PAS Nik Aziz. 


Kenapa membazir sedangkan mereka juga adalah rakyat yang wajib untuk kerajaan tolong atas sebab keselamatan dan nyawa. Kerana nyawa ini tiada nilai gantinya.


NIK AZIZ MENGENEPIKAN
 NILAI NYAWA PELAJAR KITA.


kasihan pelajar kita yang dipandang rendah Nik Aziz. Kasihan pelajar kita kerana ada ulamak putar fatwa yang tidak hargai usia muda dan kebolehan mereka menuntut ilmu.  Nik Aziz tidak merestui tindakan kerajaan ketika itu. Walaubagaimanapun, Ops Piramid telah berjaya membawa pulang mereka dengan selamat. 


Kini, tiba pula masa untuk membawa mereka pulang bagi meneruskan pengajian mereka. Dan juga, Kelantan pun memberikan pembiayaan kepada pelajar ini. Haiihhhh.... persoalannya :


Tidak membazir ke Nik Aziz oooiiii....??? Dulu kata, sendiri pergi, sendiri tanggung. kali ini, tukar pulak... Sudah tukar ka??? Nik Aziz, kenapa guna duit rakyat ??? Dah la nasib rakyat kelantan pun tak terurus, orang asli memberontak, disalur pulak duit kerajaan negeri kepada pelajar... Hmmmm.... Nik Aziz ni, siang cakap lain, malam cakap lain dan bikin lain. Dulu kata membazir, kini kata sedekah ???? Hehehehe...


Apepun, lantak la kerajaan PAS tu. Dan tak hairan lah kalu dulu dia kata lain, sekarang lain, sebab usia dia pun dah lanjut. dah tua. dah nyanyuk. dah tak ingat sangat dah. jadi maafkan aje lah... trima kasih aje la.. Kerajaan BN ajar untuk berterima kasih, bukan macam kerajaan PAS Isle, mengajar anak-anak tidak tahu berterima kasih kepada mereka yang membantu. heheheheh....


Kepada pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Mesir, selamat belajar. Belajarlah hingga menjadi ilmu itu sebagai alat untuk bangsa dan agama kita maju. Ilmu itu satu amanah, dan jika kita belajar tanpa mempraktikkannya secara sebenarnya, maka, tanggung la sendiri. Wallahualam....

Thursday, February 24, 2011

MAHASISWA UPM MENGAMUK ???

Salam 1 Malaysia, 


Pilihanraya kampus telah dijalankan dan Pro-M menang besar di beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti UKM, UM, UPSI, UIA, dll.... Syabas la kepada mereka kerana berjaya menjadi MPP kepada universiti masing-masing. Itu bermakna, pelajar lain percaya kepada janji dan manifesto yang dibawa oleh Pro-M.  Pro  Aspirasi hanya menang di beberapa tempat seperti di USM dan UPM. 


Bercakap mengenai UPM, semalam bertarikh 23 februari 2011, HEP UPM ditawan oleh kumpulan Pro-M yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pembatalan calon mereka yang telah menang. Mereka berhimpun beramai2 hingga ada yang tercedera termasuk juga melakukan kerosakkan pada pintu bangunan tersebut.




HINGGA ADA YANG BERDARAH

PINTU KACA YANG TEBAL PUN, MUSNAH KERANA BERDEMO


SERPIHAN KACA YANG DIPECAHKAN 


KEMUSNAHAN YANG MERUGIKAN KERANA BERDEMO


Mahasiswa sekalian, adakah ini yang perlu ditunjukkan untuk memprotes sesuatu hingga merosakkan harta benda dan melukakan orang lain ??? Bagaimana orang nak percaya pada mereka jika membawa sentimen yang merosakkan maruah seorang pelajar itu. kalau ya pun tak berpuas hati, mengapa hingga memecahkan pintu bangunan pentadbiran ini?? Siapa yang nak bayar ganti rugi ?? Pro-M ker? Sure tak punya.


Inilah hasilnya bila Anwar Ibrahim yang membawa ajaran berdemo ini hingga mahasiswa terikut-ikut sama. Berdemo adalah untuk membantah, tetapi bukan dengan cara yang keji serta tak ada otak seperti ini !!! Ini adalah ektremist yang membahayakan. Inilah hasil ajaran Pakatan Rakyat kepada mahasiswa negara. Ini yang nak dijadikan pemimpin masa depan ???? Merusuh hingga mencederakan orang dan benda ???? jangan haraplah mereka ini mempunyai tempat kerana kebiadapan mereka itu tidak boleh diterima pakai.


Mahasiswa sekalian, ini adalah contoh dan bukti, betapa inginkan demokrasi hingga melangkaui batas sebagai mahasiswa. Dari mana ajaran ini ?? Siapakah yang kerap anjurkan DEMO ??? tentulah Pakatan rakyat iaitu Anwar Ibrahim. 


Mahasiswa, fikirkan bersama atas insiden yang berlaku ini. Kerosakkan yang dilakukan oleh pelajar, bukan pelajar yang akan menanggungnya tetapi pihak Universiti itu. Kalau marah, bukan berbuat kasar. inikah Islam yang ingin dibawa??? Bukankah ada cara lain seperti berdiskusi dahulu ?? Cuba untuk bertindak baik, bukan dengan menyerang dan berdemo. 

Tuesday, February 22, 2011

FUYOO!!! MAHASISWA OTAK DI LUTUT ???

Salam 1 Malaysia, Salam Mahasiswa, 


MAHASISWA ADA OTAK KEPALA LUTUT ???


Saya ini, jarang juga hadiri seminar kerana bagi saya, saya lebih suka akrabkan hubungan dengan ahli keluarga. Duduk bersantai, masak bersama, keluar dengan famili membeli belah, ke pantai dan macam-macam lagi.




Cuma, pada beberapa hari yang sudah, saya hadiri Simposium Dilema Melayu di PWTC yang turut dihadiri pada sidang pertama iaitu, mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Wahh...teruja rasa sebab beliau adalah tokoh yang sangat saya kagumi. pemikirannya memang sangat bijak hinggakan, negara lain mahukan otak Tun M untuk jadikan otak mereka. heheheh....


Di sepanjang sidang berlangsung, maka, adalah soal jawab di hujung perbincangan. Memang mendapat sambutan hingga ada yang tidak berpeluang untuk berucap. Memang sambutan yang hangat dan kehadiran di dewan itu pun hampir penuh. Maka, ada wakil mahasiswa juga turut menyumbangkan beberapa soalan.


So, ada lah satu isu mengenai ekonomi orang melayu. Masing-masing dengan soalan masing-masing. Tapi, mahasiswa pakatan ni, atau PRO-Mahasiswa ini, soalan yang ditanya itu memang klise. Soalan yang tidak berubah dan sama and stereotype jer. Soalan yang berbaur politik yang mereka pegang. Soalan yang berbentuk untuk menukar kerajaan sedia ada yang umpama korup. Jika dibandingkan dengan soalan daripada mahasiswa yang menyokong kerajaan ini, soalan yang ditanya sangat bertepatan dengan peranan mahasiswa itu sendiri yang mahukan, apakah sumbangan yang boleh dilakukan mahasiswa untuk menjana ekonomi ??? 


Soalan begini yang betul kerana merujuk kepada ruanglitup sebagai seorang pelajar, bukan sebagai seorang pelajar upahan PAS/PKR untuk menghasut pelajar lain. Mahasiswa PAS/PKR ini memang kronik tahap personaliti mereka kerana mereka keliru dengan peranan sebenar mereka sebagai mahasiswa. Contoh soalan yang membina dan menunjukkan peranan Mahasiswa yang sebenar datangnya daripada mahasiswa yang sokong kerajaan. Baca butiran soalan yang disoal dalam Anak Sufi : PEMIKIRAN PRO KERAJAAN DAN PEMBANGKANG


Inilah hasilnya PAS/PKR dalam menegakkan islam dan anak bangsa. Anak bangsa sendiri dijadikan robot yakni, bertanya soalan yang berulang. Anak bangsa sendiri dijadikan bahan untuk politik DAP. sedangkan masa ini, anak cina dan india, bertungkus lumus belajar tinggi2 kerana mereka percaya, ilmu dapat menaikkan status mereka. Mereka lebih percayakan ilmu , sedangkan ilmu ini, adalah perkara pertama yang disuruh dalam islam. Tapi, PAS/PKR gagal menjadikan ilmu jambatan kehidupan dunia akhirat.


Ada akal, gunakan sebaik mungkin untuk menganalisa mana yang baik, mana yang salah. Jangan bias terhadap analisa itu dan bersyukurlah andai analisa itu adalah yang terbaik dan jangan dianfikan.

Thursday, February 17, 2011

MAHASISWA PAS MACAM ZOMBI ???

Salam 1 Malaysia,


Fuhhh, keadaan semakin tegang bilamana, pada pertengahan semester lah, pelbagai benda nak buat, assingment tetiba, presentation dan mid sem exam. Memang beruban rambut sebab belajar jer... tapi , nasib baik masih muda. hehehehe....


Saya mendapat satu cerita yang berlaku dalam kampus, di salah sebuah Universiti tempatan di area bangi sana. Kawan saya, bernama, Fozi ada hot story beb !!! Kat U tu, ada sekumpulan pelajar yang membawa seramai mungkin pelajar lain untuk menyokong pembangkang !!!!! Biasanya, geng Pembangkang ini akan rekrut geng pembangkang di kalangan pelajar junior. yelah, pelajar junior ni kan masih mentah. Kurang ajar betul geng pembangkang ni !!!!


MAHASISWA EKTREMIS PAS


Maka, kawan Fozi ni pun join la pembangkang. Ada jugak pergi berdemo, pergi berkempen dari rumah ke rumah atas tiket PELAJAR !!! Yelah, pelajar ni kan disanjung tinggi oleh orang kampung. Orang bijak pandai. Jadi, orang kampung mudah percaya kata dorang kot. Memang kawan Fozi ni ada buat "amal kebajikan" la tuuuu.... Tuihhh  


Nak dijadikan cerita, lama-kelamaan, kawan Fozi ni rasa macam something wrong somewhere dengan apa yang telah dilakukan ini. Kawan Fozi ni mendapat celik akal bahawa apa yang diperkatakan PAS ini, tidak betul dan sengaja di api-apikan utk menyeru rakyat benci kepada kerajaan. So, kawan Fozi ni pun berhasrat undur diri la..... Pa tunggu lagi beb !!!


So, geng pembangkang ini, ape lagi la... siap ugut kawan Fozi lagi tu. geng pembangkang ni kata " kalau kau keluar daripada geng ini, kitaorang akan pulaukan kau !!!". Tapi, kawan Fozi ni dah bulatkan hati utk tidak sertai mereka. So, kawan Fozi ni pun resign la. Dan mereka pun pulaukan kawan Fozi ni.


Kawan Fozi ni, tak terasa kecik hati pun sbb dia tahu mana benar mana salah. Yelah, bila dah join pembangkang, orang yg ada otak jer mampu berfikir logik tentang apa yg dikatakan pembangkang. PAS ini mengajak orang untuk taksub kepada parti dan taat kepada nik aziz. Nik Aziz pula siap kata, UMNO ni kuburnya sempit !!! Kita boleh lakukan apa sahaja untuk menentang UMNO. Marah ar kawan Fozi ni, sebab, takkan sampai tahap bunuh pun dibolehkan ??? Nak gi kenduri orang umno pun tak boleh !!!! Sanggup nik aziz ni memtuskan ukhwah sesama islam !! Ini cukup bertentangan dengan value kawan si Fozi ni.


Mahasiswa sekalian,
fikirlah, natijahnya menyokong PAS ni. Kerana parti, mereka sanggup memutuskan ikatan saudara islam !!!! Apa hukumnya memutuskan tali persaudaraan ???? Adakah PAS tidak selitkan hukum ini dalam ceramahnya sedangkan hal ini antara yang paling utama ??? Bukan kah ukhawah sesama Islam itu sangat dituntut dalam Islam ?? Kita diseru untuk menjalinkan ukhwah sesama islam, menjalinkan persaudaraan, berbaik-baik,menghormati jiran dan banyak lagi mengenai aspek sosial sesama islam dan sesama orang lain. Bukankah ada hukum apabila tidak bertegur sapa selama 3 hari berturut-turut ??? Mana pergi ceramah agama PAS ??? PAS hanya beri ceramah politik, tapi, bukan ceramah Islam. Inilah yang silapnya PAS ini.


Kerana PAS menjadikan Sekolah Agama itu markas membenci PAS, tidak salah kerajaan campur tangan untuk menggantikannya yang lebih baik dan bukan bersifat indoktrin. PAS lah perosak akal fikiran kanak-kanak. PAS tidak bertangunggjawab terhadap masa depan anak melayu islam yang hanya di ajar membenci kerajaan. Kenapa mereka mendapat deraan sedemikian ?? Bukankah sebagai orang dewasa, perlu memberikan didikan sempurna mengenal dunia dan akhirat, bukan mendengar hal politik. Tidak berasa berdosakah apabila menafikan hak kanak2 itu untuk mendapat pendidikan sempurna ??? Itu tangungjawab mak bapak dan guru terhadap pelajar itu. Salah ajar, maka, tanggung lah akibatnya. Kelak, akan disoal di hari kemudian kerana tidak amanah terhadap apa yang sepatutnya pelajar itu pelajari.


Mahasiswa sekalian, kenapa mahu rosakkan iman dan amal kerana PAS yang semakin bingung dan keliru dengan perjuangan mereka ??? perjuangan mereka makin sesat kerana Manderam DAP. Berusahalah untuk kita menyedarkan mahasiswa PAS agar tidak leka dan bersamalah membawa PAS keluar daripada anasir jahat DAP. Wallahualam...

Wednesday, February 16, 2011

JANGAN PANDANG-PANDANG...BOLEH PEGANG-PEGANG ?

Salam 1 Malaysia mahasiswa, 


MEMBACA BUDAYA BANGSA


Kita disaran untuk menimba ilmu, banyakkan membaca. Apabila membaca, kita tak mudah ditipu dan tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang tidak sihat. Bacalah selagi mana yang mampu dan janganlah mendengar bulat-bulat daripada apa yang orang perkatakan. Kita boleh menerima pandangan mereka, tapi nak pegang jadi prinsip kita itu, haruslah berhati-hati. janganlah tersilap langkah pula yer...


Isu hudud memang sudah sekian lama dibincangkan, tetapi, masih ramai mahasiswa atau mawas siswa yang tidak puas hati dengan jawapan hudud yang diberikan pro Kerajaan. Masih ramai yang menyalahkan kerajaan dalam aspek ini. Masih ramai yang telah tertipu AKIBAT daripada, kurang membaca dan menganalisis. 


Itulah kelemahan mahasiswa melayu islam yang mudah ditipu kerana malas membaca. Contohi lah orang cina, kecik-kecik lagi dah ajar anak mereka membaca. Di library, pusat buku seperti MPH, Kinokuniya dan sebagainya, banyak anak-anak cina memenuhi ruang. Tak kisahlah genre apa pun, tapi tanamkan minat membaca sedari kecil.


Kepada yang buta mengenai hudud yang telah pun diberi mandat di Kelantan, sila lah baca ini daripada PENDITA KAIN SINGKAT :HUDUD DI KELANTAN



Tuesday, February 15, 2011

MAULIDUR RASUL DIHAYATI

Salam 1 Malaysia, 



Salam Maulidur Rasul kepada umat Islam di Malaysia. Maulidur Rasul disambut adalah untuk memperingati, junjungan besar, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi terakhir yang diutuskan Allah. Bayangkan, kita semua ini adalah umat baginda dan merupakan umatnya yang terlebih dahulu masuk ke syurga (insyaAllah dan pertebalkanlah iman kita).


Kita seada upaya ingin mencontohi Rasulullah dari segi pekerti, tutur kata, akhlaq, dan bermacam-macam lagi. Rasulullah hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesalahan. Baginda juga ditegur kerana secara tidak sedar,telah menyakiti hati seseorang, dan baginda segera bertaubat. Taubat baginda bukan hanya melalui solat taubat dan niat, tetapi, dengan sesungguh hati untuk tidak mengulanginya semula.


Rasulullah juga bersenda gurau dengan orang lain mahupun dengan isteri-isteri baginda. Walaupun baginda itu merupakan Nabi, namun, ianya tidak membataskan pergaulannya dengan orang lain. Ianya satu contoh yang sangat terpuji. Kita merasakan sangat mudah untuk mengikuti perilaku baginda, tetapi, masih ada yang alpa. 


Dan, harapan agar, maulidur rasul yang disambut setiap tahun bukan untuk saja-saja, tapi untuk dihayati. Agar, kita sentiasa perbaiki diri untuk menjadi sebudi pekerti dan semulia akhlaq seperti Rasulullah.


PENERIMA ANUGERAH BERSAMA AGONG, PM, TPM DLL


Berikut merupakan penerima anugerah Maulidur Rasul 2011 :


Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1432H/2011M : 

Penerima : Bekas Professor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor.

Biodata : Berusia 64 tahun dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Aktif berdakwah menyampai syarahan agama, kuliah dan tazkirah di seluruh negara selain menjawab persoalan agama menerusi lamanweb rasminya. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam penulisan artikel dan majalah ilmiah. Antara hasil karya beliau adalah sebuah kitab tafsir al-Quran versi bahasa Melayu bertajuk ‘Tafsir Pedoman Muttaqin’ dan karya-karya lain seperti ‘Hadith 40 Al-Nawawi, Tafsir dan Ulasan’, ‘Hadis Maudhu - Sejarah dan Konsep’ dan ‘Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran’.
Hadiah : Wang tunai RM50,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang berharga RM3,000.


6 Orang Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M
Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.

1. Penerima : Wee Soon Yen.
Biodata : Berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Beliau dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang iaitu dengan memperolehi 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2010. Sangat mengagumkan juga apabila beliau merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Katanya untuk berjaya, walaupun tidak mempunyai tempat rujukan di rumah tetapi seluruh masa yang ada di sekolah dimanfaatkan denganbertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah.

2. Penerima : Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha.
Biodata : Berusia 60 tahun dan juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

3. Penerima : Profesor Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr. Ismawi Zen.
Biodata : Berusia 58 tahun dan pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Msjidil Haram, Mekah pada tahun 2008.

4. Penerima : Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Biodata : Berusia 79 tahun.

5. Penerima : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Hasmah Abdullah.
Biodata : Berusia 59 tahun.

6. Penerima : Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Robaayah Zambahari.
Biodata : Berusia 59 tahun.

Read More at : http://www.lovelyshafa.com/2011/02/senarai-penerima-anugerah-maulidur.html#ixzz1E2QoVsp6



SALAM MAULIDUR RASUL.

Monday, February 14, 2011

BELAJAR ERTI BIADAP DI MESIR !

Salam 1 Malaysia, 
BIADAP SINONIM DENGAN AJARAN SESAT PAS.
PAS UCAP TAHNIAH KEPADA MEREKA
 YANG  BIADAP PADA KERAJAAN


Our perception for those yang belajar di Mesir adalah, mereka ini tentunya pandai agama. Mereka inilah harapan bangsa dan negara sebagai tonggak kepada kemajuan negara masa hadapan. Kalau orang bukan islam berbangga belajar di negara Barat, orang Islam pula akan rasa bangga sesiapa sahaja yang belajar di Mesir, bumi barakah.


Namun, ada yang mempelajari ILMU BIADAP dan BONGKAK apabila di sana. Kemudian, di bawa ke sini pula ilmu biadapnya untuk dibaca dan dikritik orang ramai. Fulamak.... kagum betul dengan semangat biadap pelajar mesir ini. Manakan tidak, artikel ini ada segala butirannya :
  
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dengan ini saya  dan rakan-rakan adalah antara pelajar yang terlibat dalam proses pemindahan pelajar Mesir ke Malaysia ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada:
1. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
2. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
3. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
4. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
5. Pesawat Penerbangan AirAsia (Mesir-Jeddah)
6. Saudi Arabian Airlines (SV838) Jeddah-Riyadh-Singapura
7. Staff Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia, Jeddah, Arab Saudi
Serta semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam operasi ini. Sesungguhnya berkat doa dan usaha kalianlah yang mempermudahkan perjalanan kami. Hanya Allah sahaja yang layak melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian.
Akhir kata, bumi Mesir terlalu dekat di hati kami, doakan agar kami dapat meneruskan permusafiran ilmu di bumi barakah itu, kepada azhari/ah,doktor/ah, jadikan peluang ini untuk menabur khidmat kepada masyarakat kita atas nama Islam.
Semoga Malaysia akan menjadi negara yang menepati "baldatun tayyibaton, wa rabbun ghafur" amin.
Penuntut ilmu yang tidak tahu,
Arfah Mawaddah Amir Hamzah,
Gombak, Selangor.
Nama yang indah, tapi sayang, BUSUK DAN BURUK dalam dan luarannya. Satu pun tidak dinyatakan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berusaha membawa dan meminta bantuan mereka yang tersenarai di atas untuk misi menyelamat pelajar kita. Boleh dikatakan, pelajar ini tidak cerdik dan kurang ilmu dalam misi ini. PM, DS Najib membuat rundingan kepada kedutaan Mesir untuk pemindahan pelajar kita agar berjalan lancar. Juga, bekalan makanan dan memastikan segala keperluan dan keselamatan mereka dijaga. Manakah ucapan terima kasih kepada mereka ini ??? HARAM ada, sebabnya pelajar ini BIADAP. 
ANTARA PELAJAR PERTAMA YANG TIBA DI MALAYSIA
DARI MESIR YANG DIBAWA OLEH JURUTERBANG MAS

Pelajar ini tidak tahu, DS Najib membuat tindakan pantas menelefon negara India untuk membuka ruang udara mereka sebagai laluan kapal terbang kita ke sana. Andai tidak meminta izin, kelak terbakarlah kapal terbang itu kerana menceroboh. Langsung tiada ucapan terima kasih. Juga, hanya dinyatakan Air Asia (kapal terbang Malaysia) sahaja dalam senarai ucapan terima kasih, tetapi, mana pergi Malaysia Airlines ??? Mana pergi ucapan terima kasih kepada anggota tentera kita di sana yang digegaskan untuk membantu pelajar kita di sana ??? 
Alasan kerana tak cukup ruang untuk menulis ??? Deyyy, pokok pangkal yang membawa mereka itu siapa ??? Ada dalam senarai tak ??? Tak ada langsung kerana MEREKA INI DI AJAR BIAS. Biasalah, bapa kencing berdiri (PAS), anak kencing berlari. (Pelajar Mesir ini ). Bapa tak sokong kerajaan, anak hentam kerajaan dan buta mata dan hati. Tetapi, artikel ini tetap dilayarkan di Harakahdaily bertarikh 14 Februari 2011. PAS yang membenarkan artikel ini dikeluarkan kerana menyokong ucapan terima kasih yang bersifat berat sebelah ini. PAS mengajar anaknya BIADAP dan makan hasil pertolongan secara haram. PAS ini satu contoh yang baik kepada anak muda ??? HAMPAS la PAS ini kerana mengajar anak erti BIADAP dan menyokong KEBIADAPAN itu.
Kalau ya pun, janganlah sombong dan berat mulut untuk menyatakan terima kasih kepada pihak kerajaan yang membantu. Kalau tak suka dengan ideologi kerajaan, tetapi selitkan nilai murni dengan ucapan terima kasih kerana membantu. Itu pun susah ker? Mak bapak tak ajar ker ? Tak tahu untuk berbudi kepada orang yang membantu. ingatlah, WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK. Kalau tika ini, hal remeh seperti ucapan terima kasih ini tidak di endahkan, jangan salahkan orang lain andai perkara ini berlaku pada diri sendiri, kerana, KEMUSNAHAN YANG BERLAKU ADALAH KERANA TANGAN MANUSIA ITU SENDIRI. Tangan kamu wahai ARFAH MAWADDAH yang menulis artikel itu dengan tidak jujur dan berat sebelah.

VALENTINE VS MAULIDUR RASUL

Salam 1 Malaysia, 




Tarikh 14 February sinonim dengan hari kekasih. Masa inilah, banyak bunga dihadiahkan kepada si gadis dan ada juga si gadis yang membalas bunga itu dengan maruahnya. Walaupun saban tahun diperjelaskan mengenai Valentine's Day ini adalah tidak patut untuk kita raikan , tetapi, masih ramai yang meneruskannya. Walau bagaimanapun, Ops 'Valentine' dijalankan untuk mencegah berlakunya gejala yang tidak elok yang melibatkan remaja kita hari ini.


Apa rasionalnya menyambut Valentine ini ?? Buat apa kita sebagai umat Islam mengikut rentak budaya orang kafir ?? Walau hanya untuk suka2, tetapi, secara tidak sedar, anda telah meraikannya bersama2 orang kafir. valentine's Day ini tidak akan disambut di Malaysia, melainkan kepada orang kafir sahaja. 


Dalam wikipedia, ada dinyatakan yang terbaru iaitu :


Conflict with Islamic countries and political parties

 (valentine's day)

Saudi Arabia

In Saudi Arabia, in 2002 and 2008, religious police banned the sale of all Valentine's Day items, telling shop workers to remove any red items, as the day is considered a Christian holiday.[69][70] In 2008 this ban created a black market of roses and wrapping paper.[70]

Pakistan

The Jamaat-e-Islami political party has called for the banning of the holiday.[64] Despite this, the celebration is increasingly popular[64] and the florists expect to sell great amount of flowers, especially red roses.[71]

Iran

In the 21st century, the celebration of Valentine's Day in Iran has been harshly criticized by conservatives who see the celebrations as opposed to Islamic culture. In 2011, the Iranian printing works owners' union issued a directive banning the printing and distribution of any goods promoting the holiday, including cards, gifts and teddy bears. "Printing and producing any goods related to this day including posters, boxes and cards emblazoned with hearts or half-hearts, red roses and any activities promoting this day are banned... Outlets that violate this will be legally dealt with," the union warned.[72][73]

Malaysia

Islamic officials in Malaysia warned Muslims against celebrating Valentine's Day, linking it with vice activities. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said the celebration of romantic love was "not suitable" for Muslims. Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, head of the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), which oversees the country's Islamic policies said a fatwa (ruling) issued by the country's top clerics in 2005 noted the day 'is associated with elements of Christianity,' and 'we just cannot get involved with other religion's worshipping rituals.' Jakim officials plan to carry out a nationwide campaign called "Awas Jerat Valentine's Day"("Mind the Valentine's Day Trap"), aimed at preventing Muslims from celebrating the day on 14 February 2011. Activities include conducting raids in hotels to stop young couples from having unlawful sex and distributing leaflets to Muslim University students warning them against the day.[74][75]

Walau apapun, kerajaan Malaysia akan membasmi gejala tidak sihat ini yang merosakkan remaja. Disamping pihak kerajaan yang bertungkus lumus dalam hal ini, DIMINTA para IBUBAPA bersama2 menangani hal ini dengan mengambil tahu ke mana anak-anak mereka dan di mana mereka berada. Jalankan tangunggjawab sebagai ibu dan bapa yang bertangunggjawab. Kalau kita bersama2 mengambil berat hal ini, ini akan dapat membantu masalah keruntuhan akhlaq remaja hari ini. Sebelah pihak sahaja, tidak akan berhasil dan memerlukan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa. 


Remaja kini hanya gemarkan hiburan semata-mata. Esok,kita akan menyambut Maulidur Rasul dengan tema, 1 Malaysia, 1 Ummah. Sebagai muslimin dan muslimat, hayati lah maksud dan cerita di sebalik sambutan Maulidur Rasul yang dapat menjadikan benteng dalam kehidupan kita yang lebih barakah. Dilihat, media juga turut menjuruskan kepada Maulidur Rasul  dengan intisari rancangan yang berilmu, berbanding pada hari ini. Ini sesuatu yang sangat bagus dalam perkembangan Islam di negara kita.


1 MALAYSIA, 1 UMMAH. Apa yang saya faham, kita hidup di bumi Malaysia yang berbilang kaum, dan kita adalah rakyat Malaysia, akan tetapi, sesama Islam, kita adalah bersaudara dan 1 Ummah. kita ini adalah umat Nabi Muhammad S.A.W. dan kita bersatu atas tiang agama. Walau kita berpegang pada fahaman politik yang berbeza, ianya tidak memutuskan hubungan sesama islam kita, dan ini yang perlu diperkukuhkan untuk menbuktikan, kuasa umat Muhammad ini sangat bersatu dan POWERFUL.
 Juga, walaupun kita bersaudara sesama Islam, tetapi kita tidak mengenepikan rakyat Malaysia yang lain kerana kita duduk sebumbung. Walaupun berlainan agama, tetapi, kita menikmati hasil bumi ini bersama. Agenda ini yang lebih utama untuk dihayati berbanding Valentine's Day yang sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang hanya mencipta kenangan menerima bunga, tetapi Maulidur Rasul mencipta KESAN keatas tingkah laku dan pegangan kita hingga akhirnya. Cinta kepada Allah dan  Rasul lebih hakiki dan mendapat syafaat hingga ke akhirnya daripada cinta sesama manusia yang tidak tentu penghujungnya.

Berhijrah lah kepada sesuatu yang lebih baik. Berhijrah lah untuk penyatuan Ummah Muhammad. Berhijrah lah kerana Allah. Berhijrah lah untuk menegakkan tiang agama Islam yang sebenar. Selamat Menyambut Maulidur Rasul,  1 Malaysia, 1 Ummah.

Sunday, February 13, 2011

MESIR : DI SEBALIK TABIR PERGELUTAN YANG CEMAS.

Salam 1 Malaysia, 






Kumpulan terakhir 602 warga Malaysia yang masih lagi berada di Jeddah, Arab Saudi dijangka dibawa pulang ke tanah air esok. Ini adalah antara berita yang dilaporkan Utusan Malaysia ada hari ini. Alhamdulillah, dengan berkat doa serta solat hajat orang ramai, permasalahan yang dihadapi dapat ditangani dengan baik.


Ada ibu bapa yang anti kerajaan hanya menyindir usaha murni kerajaan ini. Ada antara mereka yang menempelak kononnya, kerajaan tidak membantu pelajar kita pulang ke tanah air sebab ada antara pelajar kita itu di bawa balik oleh keluarga masing2 yang kebetulan bercuti di luar negara dan juga di negara berkenaan. Ibu Bapa ini juga menempelak mengatakan, Saudi Air yang membawa pelajar malaysia ini, dan ibu bapa yang buta hati dan mata ini membuat andaian sendiri, tiket itu dibeli sendiri oleh pelajar. Hahaha, ape punya pemikiran lah ibu bapa ni. Memang lah ada bantuan Saudi Air, itu pun tak update story ker??? kalau benci Utusan pun, jangan abaikan butir penting. 








Di sini, saya sertakan orang yang berpengaruh yang menyampaikan DISEBALIK TABIR MEMBAWA PULANG PELAJAR KITA DI MESIR :

Dato Ir Nawawi Ahmad sesungguhnya pelajar2 yg balik sangat berterima kasih pada kerajaan terutama DS Najib.Duit habis rm50juta tak apa asalkan nyawa rakyat kita terjamin.Nasib baik lah tak ada 1 orang kita pun yg mati.Bila seorang pelajar memelok ayahnya di airport KL dengan menangis sambil terketar2 kata takut...baru kita insaf betapa harunya keadaan pelajar kita disana ketika itu
...mau ambil masa 6 bulan untuk hilang truma..kata doktor.




Dato Ir Nawawi Ahmad tadi saya sempat bersembang panjang dengan dato azeez ketua putra 1malaysia..bagaimana teroknya mereka bertungkus lumus di mesir.siang malam pastikan semua selamat dan ada makanan.Mereka menolong tidak kira pas atau umno,semua rakyat Malaysia.Dia sentiasa bagi lapuran pada PM.Katanya di atas kapalterbang yg disewa waktu nak pergi,laluan angkasa india tak dapat.Nasib baik PM bantu dlm masa 10 minit India lulus...kalau tidak maybe dianggap penceroboh dan boleh ditembak.

Kepada ibu bapa mahupun pelajar yang membuat spekulasi negatif mengenai usaha murni kerajaan ini, HENTIKANLAH. Pembangkang yang baik bukan sekadar embangkang, tetapi membina perkara2 yang baik yang diusulkan kerajaan. Sebalik tabir dan getir pahit yang dilalui , rakyat tidak tahu, tetapi hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Kerajaan tidak menghebahkan hal ini , tetapi, saya perlu hebahkannya demi menjelaskan perkara sebenar. 

Sebagai rakyat yang prihatin, kita seharusnya bersyukur dengan kejayaan Wisma Putra yang menyelamatkan pelajar kita tanpa melibatkan sebarang kehilangan jiwa.   janganlah bongkak untuk merasa syukur dengan tindakan ini. sesungguhnya, segala ini telah diaturkan Allah, kita sudah berusaha, dan alhamdulillah, berjaya. Syukur....




Tuesday, February 8, 2011

KRISIS MESIR : PELAJAR DAN RAKYAT BEREBUT PERHATIAN ?

Salam 1 Malaysia, 


SYUKUR DITURUTI LINANGAN AIRMATA.

Kerajaan sedang giat berusaha untuk membawa pulang pelajar malaysia demi menjamin keselamatan mereka.  Namun, kerajaan tidak mengabaikan tangunggjawab nya kepada rakyat di tanah air. Mangsa banjir juga mendapat bantuan RM20k dan juga pembaikan jalan yang rosak. 


ANTARA BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR


Kita sendiri boleh menilai, kerajaan begitu pesat membantu rakyat dan SANGAT sesuai dengan slogan, rakyat didahulukan. Di bawah ini, berita terkini mengenai krisis dan pergelutan yang berlaku di Mesir.



5,000 pelajar di Mesir selesai dihantar sebelum Ahad

08/02/2011 8:09pm

JEDDAH 8 Feb. - Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berusaha mengeluarkan lebih 5,000 pelajar dari Mesir yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini, sebelum Ahad ini.
Setiausaha MKN, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata, bagi menghargai jasa baik kerajaan Arab Saudi, pihak sekretariat yang bertanggungjawab membawa keluar para pelajar Malaysia dari Mesir cuba menamatkan misi ini lebih awal.
"Ini adalah kali pertama kerajaan Arab Saudi mengeluarkan visa pada hari ketibaan atas semangat hubungan baik Kuala Lumpur dengan Riyadh.
"Namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya mempergunakan kemudahan yang disediakan untuk melengahkan usaha membawa keluar rakyat kita di negara ini,” katanya ketika dihubungi di Jeddah hari ini. - Bernama


KRISIS MESIR: PELAJAR MALAYSIA DIBIAR KEBULUR ???

salam 1 Malaysia, 


BERSYUKUR SELAMAT TIBA.


Usaha kerajaan untuk membawa pulang pelajar Malaysia berjaya. Semestinya, para ibu bapa berlinangan air mata apabila anak mereka selamat pulang dan terhindar daripada kemelut Mesir ketika ini.


Balik kampung pada cuti semester tempoh hari, ada jiran ini yang tak henti-henti menangis bila melihat berita mengenai krisis mesir. Maklum la, hati Ibu, mudah tersentuh dan sensitif akan keselamatan anaknya. walaupun telah berulang kali dinyatakan mereka selamat, namun, selagi tidak menatap anaknya didepan mata, selama itu air mata ibunya keluar. 


Syukur Alhamdulillah, tangisan gembira pula menyambut anaknya yang selamat ke tanahair. betapa terharu melihat mereka. terima kasih kepada kerajaan yang membantu anak mereka pulang ke tanahair. Kegusaran ibu bapa ini mengenangkan keselamatan anak mereka telah lenyap.


PR = PEROSAK RAKYAT.
TAK NAK PAKATAN RAKYAT !!!


Tapi, PR ini memang dasar parti yang tidak mengutamakan rakyat !!! Ini kerana :


= PR merasakan, bantuan menghantar pulang pelajar kita adalah membazir duit rakyat. Giler PR ni. Apa pula membazir !!! Ini juga untuk rakyat !!!! Pelajar kita ada 11 ribu, dan kalau dibanding kan dengan ibu bapa pada setiap pelajar ini, tidakkah berganda emosi rakyat yang di ambil berat oleh kerajaan ??? Ini juga tanda, kerajaan mendahulukan rakyat. Bukan sekadar memberikan kesenangan kepada rakyat berbentuk fizikal, tetapi juga, berbentuk yang tidak boleh disentuh iaitu EMOSI ibu bapa yang risau anak mereka. Inilah rakyat didahulukan !!!!


= PR hanya tahu mempolitikkan untuk memburukkan kerajaan dan sebenarnya BANYAK MENDERA EMOSI RAKYAT DENGAN FITNAH MENGATAKAN SEBAHAGIAN PELAJAR SAHAJA YANG DISELAMATKAN !!!! Hakikatnya, KESEMUA PELAJAR MALAYSIA SELAMAT DAN TIDAK ADA YANG DITINGGALKAN. Mana bukti PR ini membela nasib rakyat ?????? Sedangan merekalah yang mendera rakyat dengan fitnah mereka yang tidak masuk akal !!!! PR ini takut rakyat nampak kerajaan ini membantu rakyat kerana PR tidak mampu  untuk bantu rakyat, PR ini hanya tahu melemparkan fitnah yang menyusahkan rakyat !!!! PR tidak akan membela rakyat kerana telah terbukti dari semasa ke semasa. Adakah PR ini yang ingin dijadikan kerajaan Malaysia ???? TIDAKKKKKK !!!!! PR HAMPEH!!!


PR ini tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan yang membantu pelajar kita di sana. Yang PR tahu hanya melemparkan fitnah. Jika tidak mahu berterima kasih, cukuplah sekadar mendiamkan diri dan menerima kenyataan ini dengan hati terbuka. fikirkan mengenai rakyat,  bukan kuasa politik sahaja, wahai PR hampeh oooiiiii....


apapun, tahniah dan terima kasih kerana misi ini berjaya.