BUDDIES

Thursday, March 17, 2011

SIAPAKAH SI MULUT LANCANG ???

Salam 1 Malaysia


Waspada dalam berkata-kata
Dalam menjalani kehidupan sehari-hari pernahkah kita terfikir untuk berhati-hati ketika meluahkan setiap perkataan daripada mulut kita?

Sememangnya boleh dikatakan semua orang memahami betapa pentingnya apabila mahu berkata-kata kerana jika tersilap langkah mereka boleh terjerumus ke dalam dosa.
Kita hanya sekadar menguar-uarkan pepatah kerana mulut badan binasa tetapi ramai yang tidak mematuhinya.
Pada dasarnya, ucapan mahupun perkataan merupakan cerminan jiwa. Maka itu, Nabi Muhammad SAW berpesan pilihlah kata-kata yang baik.

Dalam hal ini, baginda merupakan teladan terbaik. Setiap saat, Rasulullah senantiasa menggunakan kata yang baik dan lembut untuk umatnya.
Baginda menjauhkan kata-kata yang buruk, kasar, dan keji. Bahkan, Rasulullah sangat membenci jika ada kalimat yang digunakan tidak pada tempatnya yang sesuai. Misalnya, ada perkataan yang baik dan bermakna mulia namun diucapkan kepada orang atau sesuatu yang sebenarnya tidak berhak menyandang ucapan itu.
Begitulah juga sebaliknya, jika ada kalimah buruk dan bermaksud menghina tetapi ditujukan untuk orang atau sesuatu yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian memanggil orang munafik dengan panggilan tuan kerana jika dia memang seorang tuan, maka dengan panggilan itu kalian telah membuat Tuhan kalian murka".
Selain itu, umat Islam diminta menjaga ucapan yang mengandungi syirik. Seperti ucapan, "Aku meminta pertolongan kepada Allah dan kepadamu".

Sesuai tuntutan Rasulullah, mereka yang mengucapkan kalimat-kalimat seperti itu bererti telah menyekutukan atau sepadan bagi Allah SWT.
Dalam buku Berakhlak dan Beradab Mulia, Contoh-contoh dari Rasulullah, Saleh Ahmad asy-Syaami menambahkan, kalimat bernada mencela juga sebaik-baiknya dihindari. Peringatan itu juga disampaikan oleh Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan Bukhari, Muslim dan Muttafaaq alaih.

Rasulullah mengatakan: "Allah SWT berfirman, Anak keturunan Adam menyakiti-Ku, kerana mereka mencela masa, padahal Aku adalah Zat yang menciptakan dan menguasai masa. Aku yang menggantikan malam dan siang". Asy-Syaami menyatakan, perkataan yang mencela melahirkan kesalahan besar.
Menurut beliau, celaan yang diucapkan itu sebenarnya akan mengenai diri mereka sendiri. "Mereka telah berkata hal-hal yang tak patut," katanya.

Asy-Syaami menegaskan, ucapan-ucapan yang tak baik sama sekali tidak mendatangkan manfaat apa pun, sebaliknya, menjerumuskan seseorang ke jalan kebatilan. Ucapan yang buruk juga mendatangkan perpecahan dan pertikaian antara sesama manusia.
Termasuk yang perlu dijauhi adalah berkata bohong. Islam tidak memberikan keringanan bagi umatnya yang berbohong.

Ibn Qayyim dalam kitab al-Fawa'id mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap pembohongan. Sebab, kebohongan akan merosakkan cara pandang umat terhadap fakta yang sebenarnya.
Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim mengatakan, pembohongan akan mengiring pelakunya kepada kejahatan dan kejahatan akan menjerumuskan ke dalam neraka.
-----------------

Apa yang dapat TL komen, perkara yang mudah jer. Islam adalah agama yang indah, cantik, sempurna dan mudah. Memang agama yang mudah. Islam tidak ekstrem dan Islam memberikan kesederhaan yang mudah untuk kita mendapatkan hasil maksimum.

Jaga tutur kata juga adalah tuntutan. Sebaik mana kita pun, solat tak tinggal, tambah lagi solat sunat, berpuasa selalu, bersedekah, menutup aurat, TETAPI, kalau mulut tu lancang dan menyakiti hati sesama manusia dengan kata2nya, RUGI lah seseorang itu. Kelak boleh muflis kerana kata2nya itu.

Oleh itu, jangan rasa diri itu hebat sebab melakukan semua perkara yang dituntut dan meninggalkan semua larangannya TETAPI dalam aspek berbicara, telah melakukan kesalahan kepada orang lain. Kene ingat, hubungan yang kene jaga adalah hubungan dengan ALLAH dan juga hubungan sesama manusia. Kalau hubungan dengan Allah dijaga rapi, tidak bermakna akan masuk syurga terus sedangkan hubungan sesama manusia disakiti. Itu tidak menyeluruh tu. Mengejar akhirat tapi meninggalkan tanggungjawab dunia adalah RUGI.


Yang selalu nampak tutur kata yang menyakiti adalah PENCACAI PAS. Mereka lebih lantang mengatakan UMNO itu kafir daripada DAP gara2 terikut2 kata Nik Aziz. Inilah didikan kurang ajar daripada PAS. Nama je islam, tapi tutur kata macam SYAITAN DAP LAKNATULLAH.  Dalam FB, dapat kita kaji, pencacai PAS ini memang suka ayat makian dan hinaan, fakta tak ada pun, kosong !!!


 Kalau tgk geng UMNO BN, akan mengutuk juga kesilapan kerajaan dan pada masa yang sama bergandung bahu untuk menabur bakti kepada rakyat. Ayat cacian itu, jarang sekali kelihatan kerana PEMIMPIN pun tak guna bahasa kesat. Inilah contoh pemimpin yang tidak kasar, bukan macam PAS, nampak baik, tapi kasar Ya Rabbi.

Akhir kata, jagalah tutur kata kita. Kalau marah sekalipun, gunakan perkataan yg tidak menyakitkan hati. Wallahualam...

No comments: