BUDDIES

Tuesday, November 30, 2010

Anak Sufi: IFF DAN DS ROSMAH ADA KAITAN YANG JELAS KATA HARAK...

Anak Sufi: IFF DAN DS ROSMAH ADA KAITAN YANG JELAS KATA HARAK...: "ISU IFF NI MEMANG DAH LAMA BERLALU NAMUN KEHANGATAN ISU INI MASIH TERUS MEMBARA DAN TERUS DIJADIKAN BAHAN MENGKAFIRKAN UMNO KHUSUSNYA DATI..."

TANGGUNGJAWAB PADA DIRI SENDIRI

Salam semua,


Etika berpakaian menurut Islam telah di ajar semenjak kecil lagi. kalau tidak daripada ibu bapa, guru-guru pun ada. perkara ini telah dididik kepada anak-anak muda yang menginjak dewasa. apatah lagi sekarang ini, sudah ramai kanak-kanak comel dengan gaya tudung yang dipakai ibu dan bapa mereka. 


TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DITONJOLKAN - GAMBAR HIASN


namun begitu, zaman remaja yang terdorong dengan pelbagai cabaran dan dugaan telah mendatangkan sesuatu yang di luar jangkaan. maksudnya, didikan ibu bapa dan guru sewaktu dahulu telah dilupakan. kerana apa ? kerana adanya anasir-anasir dan pengaruh rakan sebaya mahupun media.


etika berpakaian ini dititk beratkan kepada golongan mahasiswa/wi negara. garis panduan berpakaian dinyatakan di semua universiti kerajaan ataupun swasta. hal ini telah sedia maklum oleh semua mahasiswa/wi.


Menurut Harakah Daily :


PERBETULKAN PERSEPSI PAKAIAN MAHASISWA



Sistem sekular yang megabaikan dan tidak memperkemaskan ajaran Islam kepada pelajar- pelajar sekolah. Jika di lihat di kampus- kampus juga, sistem undang- undang pakaian tidak ketat dalam perlaksanaan sahsiah rupa diri mengikut acuan Islam.
Sahsiah rupa diri yang di keluarkan seolah- olah membenarkan pakaian yang mendedahkan aurat. Tidak ada saman atau denda kepada pelajar- pelajar yang tidak menutup aurat.
Mahasiswa perlu menyedari bahawa pihak pentadbiran tidak menitik beratkan hal Islam. Maka dilepaskan begitu saja. Sebagai mahasiswa, marilah sama- sama kita sedar dan perbetulkan permasalahan ini.
Kita sebagai mahasiswa perlu menggerakkan program- program bagi menerangkan semula bentuk dan ciri- cirri pakaian muslimah serta akhlak yang di tuntut Islam."


Tatatertib pakaian mahasiswa/wi memang telah wujud. program sebenarnya banyak dilaksanakan berkaitan hukum dan etika berpakaian ini. tidak salah untuk memperbanyakkan lagi program seperti ini. memang di alu2kan..
Melahirkan golongan cerdik pandai sangat diperlukan oleh negara bagi menjamin kualiti negara ini. perlu diketahui, undang2 pemakaian bukan sahaja melibatkan dalam kampus malahan turut ingin berterusan hingga di luar kampus. 
namun, setakat mana kemampuan pihak universiti ingin menjaga beribu2 pelajar di universiti ??? hmm....
Etika pemakaian ini hanya dilakukan pelajar sekitar dalam kampus sahaja seperti apa yang berlaku pada salah satu universiti yang mengetatkan hukum berpakaian menutup aurat. walaupun pelajar diwajibkan berpakaian menutup aurat, tetapi, di luar kampus sebaliknya berlaku. 
adakah universiti yang dipersalahkan dalam hal ini??
adalah pentadbiran sekular bak kata harakah disalahkan ???
mengapa tidak menyalahkan mahasiswa/wi itu sendiri???
mengapa tidak salahkan anasir2 lain yang mempengaruhi mereka ???
adakah pelajar luar negara memberikan contoh pakaian islam yang baik???
pergi jengah ke universiti yang mewajibkan menutup aurat kerana ada pelajar islam luar negara yang jauh lebih bahaya etika pakaian nya daripada mahasiswa kita ini.
adakah pentadbiran itu sekular hanya kerana etika pemakaian pelajar longgar ???
di manakah peranan ibu bapa sebagai tonggak kepada keberadaban sesebuah keluarga itu ??
kesimpulannya, pihak universiti menyediakan garis panduan berpakaian yang sesuai, dan ada dendaan yang diberikan, walaupun bukan sepanjang masa. fahami "campus life" dan jiwa pelajar sebelum ingin mereka berubah. jangan berubah kerana undang2 dunia, tetapi biarlah berubah kerana Allah S.W.T.

wallahualam...

IFF - ROSMAH MANGSA, HARAKAH PENIPU

Salam menimba ilmu kepada golongan cendekiawan, 


DATO REZA SEBAGAI PENGANJUR IFF


walaupun isu ini agak luput, tapi itu yang masih bersarang bisa pada pemikiran tertutup parti PR mengenai IFF yang telah mencemarkan Islam.


ya, memang betul ianya mencemarkan Islam, tetapi, menuduh orang yang bukan dalang di sebalik pertunjukkan fesyen IFF itu, ape pula DOSANYA ???? 


ROSMAH DENGAN ISU IFF



HARAKAH DAILY


Kini,  Najib dan Rosmah Mansor lebih terbuka fikiran mereka.  Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show Islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah.  Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program diberi nama “ Islamic Fashion Show ”.
Sangat menarik dan sangat hebat.  Rupa- rupanya,  program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah Mansor.  Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka. "

Inilah tuduhan akhbar yang memperjuangkan ISLAM kepada orang lain. sedangkan, tidak tahu apa perkara sebenar yang berlaku. Rosmah sebagai penaung kepada IFF iaitu menggunakan ketokohan Rosmah untuk menjalankan IFF ini di peringkat antarabangsa. 
akan tetapi, Rosmah pula menanggung akibatnya. dan JELAS ternyata, penyokong PAS ini yang sakit hati dengan Rosmah, tetapi tidak hentam pula pada pengelola IFF ini iaitu Datuk Reza. 
Kerana apa ?? sbb PAS ini tidak sakit hati dengan Reza, kerana itu, nama Reza senyap dan terus-terusan menuduh Rosmah.
Dasar ISLAM ke kalau tuduhan tidak berasas dilemparkan ??? tidak tahukah hukum tentang membuat tuduhan ini ??? atau sengaja buat2 lupa wahai PAS.
dan ini apa yang sebenarnya terjadi :
BERITA HARIAN
Mengulas mengenai kegagalan Mehdi untuk menepati konsep IFF, Raja Rezza berkata, beliau tidak kecewa meskipun sudah memberi penerangan mengenai IFF kepada setiap pereka terbabit, sebaliknya berharap pereka fesyen sedang meningkat naik itu belajar daripada pemerhatiannya pada malam gala itu.

“Ini pertama kali beliau terbabit dalam IFF. Namun, memandangkan matlamat IFF ialah mendidik pereka mengenai fesyen Islam dan menterjemahkannya dalam budaya masing-masing, kita harap Mehdi akan lebih peka pada masa depan. Proses pembelajaran itu sendiri tidak berlaku sekelip mata, apatah pula pereka yang tidak pernah menghasilkan rekaan untuk busana Muslimah. Kita harap sedikit demi sedikit mereka dapat memahami sepenuhnya apa itu fesyen Islam.

“Saya pernah bertemu dengan seorang Imam, namanya Imam Faisal di New York yang tertarik dengan IFF. Dalam perbualan kami dia menghargai apa yang kami lakukan ini, walaupun padanya ia sesuatu menuntut masa dan tenaga. Namun, saya katakan kepadanya, saya suka dengan apa yang dilakukan ini dan dia berkata, jika itulah minat saya, maka Tuhan akan merestui dan membantu setiap apa yang saya lakukan,” katanya."

Daripada akhbar ini, Malaysia sebagai penganjur telah menetapkan garis panduan kepada pereka dalam mengenengahkan fesyen Islam. akan tetapi, perkara luar jangkaan ini yang berlaku.

hal ini adalah di luar jangkaan penganjur dato Reza sendiri kerana beliau telah memberitahu garis panduan yg perlu di ikuti. akan tetapi, pereka fesyen yang pertama kali menyertai itu telah tersasar drpd garis panduan.

jadi, dakwaan HARAKAH mengatakan itu adalah fesyen yang menepati cita rasa Rosmah sangatlah PENIPU BESAR.  

Malaysia masih lagi dalam track yang mengagungkan ISLAM dan tidak sesekali mencemarkan ISLAM.
tanggungjawab kita memberitahu garis panduan telah dinyatakan , tetapi mereka tidak memahami.

hal ini menjadikan IFF akan datang lebih berhati2 atas janji dato Reza. ketegasan Dato Reza menjadikan bangsa lain kagum dan respect pada pendirian ISLAM.


gunakan akal untuk berfikir, jangan gunakan emosi.

Thursday, November 25, 2010

PR CEROBOH UNIVERSITI

SALAM 1 MALAYSIA

Ada yg menyatakan, BN telah menggunakan kampus - kampus untuk memberikan ceramah politik kepada pelajar-pelajar untuk meraih undi. kenyataan ini sering di ucapkan oleh PR yang cuba untuk menampakkan kejahatan BN kepada rakyat.


walhal, PR juga telah menghasut pelajar - pelajar uiversiti dengan memasuki kampus untuk memberikan ceramah parti mereka. (sumber perlu dirahsiakan). 

PELAJAR - PELAJAR INI TELAH DI INDOKTRIN MEMBENCI KERAJAAN OLEH PR.- GAMBAR HIASAN -   




Datang cerita ini terus kepada saya yang menyatakan anak mereka telah hadir pada satu perhimpunan di dewan. Katanya program untuk pelajar junior la. alih-alih, program PR yang menghasut mereka membenci kerajaan. Pelik pelajar-pelajar ini kerana mereka diceramahkan mengenai hal-hal politik yang bagi mereka, masih mentah untuk memahami. 


akan tetapi, tahap pelajar mentah  ini lah yg mbuatkan PR menanggung risiko ntk masuk ke kampus dengan memberi ceramah hasutan membenci kerajaan. mereka melakukan secara senyap. 


persoalannya :


di manakah suara - suara pelajar universiti yang membenci politik masuk ke kampus mereka ???

dimanakah kewibawaan pemimpin PR dengan memberi ceramah politik kepada pelajar ???tidakkah mereka ini mementingkan diri sendiri untuk meraih undi ????

mengapakah hal ini tidak diketahui awam ???

PR menafikan hak pelajar untuk menimba ilmu ???


kesimpulannya :
PR sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih undi kerana mereka berada di tahap yang sangat membimbangkan berikutan ramai ahli mula keluar dari PR.


PTPTN : IJAZAH KELAS PERTAMA

salam 1 MALAYSIA, salam mahasiwa dan mahasiswi...


 " PELAJAR IJAZAH KELAS PERTAMA MENDAPAT PELEPASAN DARIPADA MEMBAYAR BALIK PINJAMAN "

RAKYAT DIBERIKAN KESENANGAN UNTUK MENIMBA ILMU.KERAJAAN PRIHATIN TERHADAP MASA DEPAN RAKYAT.
































  


kenyataan di atas sudah cukup menggambarkan kegembiraan pelajar universiti kelas pertama kerana mereka tidak perlu membayar semula pinjaman PTPTN. ianya ibarat satu hadiah kerajaan kepada mereka yang cemerlang dalam pendidikan di kampus masing-masing.




Pelajar berkenaan kenalah datang sendiri ke PTPTN untuk beurusan dengan lebih lanjut. ianya bukan secara automatik dilaksanakan tetapi pelajar perlu untuk update status dengan pihak PTPTN.


menurut ulasan daripada Menteri Pengajian Tinggi :


" Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melibatkan pembiayaan berjumlah RM59.7 juta. Ia juga sebagai satu penghargaan daripada pihak PTPTN dan Kementerian Pengajian Tinggi terhadap mereka yang telah belajar bersungguh-sungguh dan berdedikasi sepanjang tempoh pengajian masing-masing,"
 
keprihatinan kerajaan kepada pelajar - pelajar Universiti memang terbukti dengan pemansuhan pembayaran semula pinjaman bagi ijazah kelas pertama. sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelajar terbabit sekaligus menjadikannya satu motivasi untuk pelajar mencapai gred kelas pertama.

sila ke :  
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1024&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2009

KEPRIHATINAN NAJIB TUN RAZAK DAN KHALED NORDIN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI.    


RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN