BUDDIES

Tuesday, November 30, 2010

IFF - ROSMAH MANGSA, HARAKAH PENIPU

Salam menimba ilmu kepada golongan cendekiawan, 


DATO REZA SEBAGAI PENGANJUR IFF


walaupun isu ini agak luput, tapi itu yang masih bersarang bisa pada pemikiran tertutup parti PR mengenai IFF yang telah mencemarkan Islam.


ya, memang betul ianya mencemarkan Islam, tetapi, menuduh orang yang bukan dalang di sebalik pertunjukkan fesyen IFF itu, ape pula DOSANYA ???? 


ROSMAH DENGAN ISU IFF



HARAKAH DAILY


Kini,  Najib dan Rosmah Mansor lebih terbuka fikiran mereka.  Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show Islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah.  Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program diberi nama “ Islamic Fashion Show ”.
Sangat menarik dan sangat hebat.  Rupa- rupanya,  program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah Mansor.  Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka. "

Inilah tuduhan akhbar yang memperjuangkan ISLAM kepada orang lain. sedangkan, tidak tahu apa perkara sebenar yang berlaku. Rosmah sebagai penaung kepada IFF iaitu menggunakan ketokohan Rosmah untuk menjalankan IFF ini di peringkat antarabangsa. 
akan tetapi, Rosmah pula menanggung akibatnya. dan JELAS ternyata, penyokong PAS ini yang sakit hati dengan Rosmah, tetapi tidak hentam pula pada pengelola IFF ini iaitu Datuk Reza. 
Kerana apa ?? sbb PAS ini tidak sakit hati dengan Reza, kerana itu, nama Reza senyap dan terus-terusan menuduh Rosmah.
Dasar ISLAM ke kalau tuduhan tidak berasas dilemparkan ??? tidak tahukah hukum tentang membuat tuduhan ini ??? atau sengaja buat2 lupa wahai PAS.
dan ini apa yang sebenarnya terjadi :
BERITA HARIAN
Mengulas mengenai kegagalan Mehdi untuk menepati konsep IFF, Raja Rezza berkata, beliau tidak kecewa meskipun sudah memberi penerangan mengenai IFF kepada setiap pereka terbabit, sebaliknya berharap pereka fesyen sedang meningkat naik itu belajar daripada pemerhatiannya pada malam gala itu.

“Ini pertama kali beliau terbabit dalam IFF. Namun, memandangkan matlamat IFF ialah mendidik pereka mengenai fesyen Islam dan menterjemahkannya dalam budaya masing-masing, kita harap Mehdi akan lebih peka pada masa depan. Proses pembelajaran itu sendiri tidak berlaku sekelip mata, apatah pula pereka yang tidak pernah menghasilkan rekaan untuk busana Muslimah. Kita harap sedikit demi sedikit mereka dapat memahami sepenuhnya apa itu fesyen Islam.

“Saya pernah bertemu dengan seorang Imam, namanya Imam Faisal di New York yang tertarik dengan IFF. Dalam perbualan kami dia menghargai apa yang kami lakukan ini, walaupun padanya ia sesuatu menuntut masa dan tenaga. Namun, saya katakan kepadanya, saya suka dengan apa yang dilakukan ini dan dia berkata, jika itulah minat saya, maka Tuhan akan merestui dan membantu setiap apa yang saya lakukan,” katanya."

Daripada akhbar ini, Malaysia sebagai penganjur telah menetapkan garis panduan kepada pereka dalam mengenengahkan fesyen Islam. akan tetapi, perkara luar jangkaan ini yang berlaku.

hal ini adalah di luar jangkaan penganjur dato Reza sendiri kerana beliau telah memberitahu garis panduan yg perlu di ikuti. akan tetapi, pereka fesyen yang pertama kali menyertai itu telah tersasar drpd garis panduan.

jadi, dakwaan HARAKAH mengatakan itu adalah fesyen yang menepati cita rasa Rosmah sangatlah PENIPU BESAR.  

Malaysia masih lagi dalam track yang mengagungkan ISLAM dan tidak sesekali mencemarkan ISLAM.
tanggungjawab kita memberitahu garis panduan telah dinyatakan , tetapi mereka tidak memahami.

hal ini menjadikan IFF akan datang lebih berhati2 atas janji dato Reza. ketegasan Dato Reza menjadikan bangsa lain kagum dan respect pada pendirian ISLAM.


gunakan akal untuk berfikir, jangan gunakan emosi.

1 comment:

anak sufi said...

lebih baik kita berdakwah dulu dengan fesyen islam daripada terus berdakwah membenarkan kafir laknat menggunakan ayat quran dan menterjemahkannya sesuka hati. ITU LAGI BAHAYA! ISU INI BOLEH MENGELIRUKAN UMAT ISLAM DAN PELANGGARAN AQIDAH!