harapan mak bapa setinggi gunung untuk melihat anak2 mereka belajar ke peringkat tinggi. Pelbagai cabang ilmu yang boleh diperolehi bersandarkan kepada kelayakan dan minat. Ada yang minat jadi doktor, tapi Sains Tulen tidak layak untuk jadi doktor, jadi, ada banyak tawaran lain yang melayakkan kita mendapat pendidikan yang di ingini. Ada yang lebih suka praktikal seperti Institusi yang menawarkan latihan praktikal. Jadi, Kementerian Pengajian Tinggi memberi banyak RUANG dan PELUANG untuk anak2 muda mendapat pendidikan yang sempurna.
Bagi mereka yang kurang kelayakkan, ada banyak tempat untuk mereka mendapatkan pendidikan yang lebih memberikan mereka peluang pekerjaan nanti. Seperti IKM, Kolej Komuniti dan lain2 lagi. , Jadi, siapa kata, KERAJAAN INI ZALIM ?? Kerajaan menyediakan banyak tempat untuk menampung BUMIPUTERA mendapat pendidikan yang baik bagi menjamin masa depan keluarga dan masyarakat umumnya.
Adalah lebih baik merebut peluang ini, jangan JADI SEPERTI PENCACAI PR YANG MENYALAK KE SANA KE MARI MEMINTA ITU DAN INI TETAPI TIDAK MEMANFAATKAN APA SAHAJA PELUANG YANG ADA YANG SUDAH CUKUP BAIK UNTUK DIREBUT.
Usah dipersoal kemudahan itu untuk mereka yang kurang cerdik. Sebab, Allah menjadikan kita ini unik dan ada keistimewaan tersendiri. Mungkin ada yang kurang dari segi akademik, tapi CEKAP dari segi praktikal dan latihannya. Jadi, manfaatkan peluang ini. Tunjukkan bakat dan kebolehan anda dengan kemudahan yang diberikan KERAJAAN.
JANGAN CANANG KE SANA KE MARI, MARAHKAN KERAJAAN KERANA TIDAK BERI PELUANG MASUK UNIVERSITI, SEDANGKAN, KERAJAAN MEMBERI PELUANG UNTUK MEREKA SUPAYA LEBIH MAHIR DAN KOMPETENCE KEPADA PELUANG PEKERJAAN SEKARANG.
Percayalah, graduan daripada Universiti, tidak semua terus dapat kerja dengan mudah, tetapi, percayalah, ada antara mereka yang tidak masuk Universiti tapi masuk IKM, lebih mendapat peluang kerja kerana majikan inginkan mereka yang mahir dari segi praktikalnya bukan hanya bersandarkan kepada teori.
BERITA BAIK UNTUK MEREKA :
MARA tambah tempat belajar untuk Bumiputera
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan lebih banyak tempat kepada kaum Bumiputera dalam usaha kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada masa akan datang.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata untuk itu, MARA menawarkan 27,347 tempat untuk pelajar melanjutkan pelajaran meliputi peringkat sijil, diploma, ijazah pertama serta sarjana bagi sesi pengambilan Julai ini.
"Program yang ditawarkan juga meliputi bidang akademik, profesional dan juga kemahiran yang menekankan kepada kemahiran teknikal," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Mara Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hassan Malek dan Ketua Pengarah MARA, Ibrahim Ahmad.
Bertemakan "Wadah Impian dan Kejayaan", karnival kali ke-12 itu yang menghimpunkan 680 pameran meliputi agensi di bawah MARA, pihak majikan serta peserta luar negara, diadakan serentak di lapan lokasi di seluruh negara bermula semalam dan berakhir pada 10 April.
Shafie berkata, daripada jumlah tempat yang ditawarkan itu, Kolej Profesional MARA menyediakan sejumlah 1,803, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (1,004), German Malaysian Institute (576) dan Universiti Kuala Lumpur (4,509).
"Di GiatMara, sebanyak 14,000 tempat disediakan untuk pelajar yang ingin mendapatkan kemahiran dalam pelbagai bidang," katanya.
Menurutnya, MARA juga melahirkan 95,911 graduan melalui pendidikan tinggi manakala pendidikan menengah (111,516 orang), pendidikan latihan dan kemahiran (116,780 orang) serta GiatMara (241,953 orang).
"Selain itu, seramai 312,434 pelajar tajaan MARA telah menamatkan pengajian mereka di dalam dan luar negara," katanya.
Shafie berkata, MARA juga turut membantu usahawan sama ada dalam bentuk latihan, kemudahan premis dan pembiayaan perniagaan.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau semua kursus yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Mara (IPMa) bagi memastikan kursus berkenaan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan bertepatan dengan keperluan industri semasa.
"Saya telah mengarahkan supaya kursus yang ditawarkan perlu dipantau dan disesuaikan mengikut arus perdana semasa negara seiring dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Pelan Transformasi Ekonomi," katanya.

- Bernama
No comments:
Post a Comment