BUDDIES

Tuesday, February 15, 2011

MAULIDUR RASUL DIHAYATI

Salam 1 Malaysia, 



Salam Maulidur Rasul kepada umat Islam di Malaysia. Maulidur Rasul disambut adalah untuk memperingati, junjungan besar, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi terakhir yang diutuskan Allah. Bayangkan, kita semua ini adalah umat baginda dan merupakan umatnya yang terlebih dahulu masuk ke syurga (insyaAllah dan pertebalkanlah iman kita).


Kita seada upaya ingin mencontohi Rasulullah dari segi pekerti, tutur kata, akhlaq, dan bermacam-macam lagi. Rasulullah hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesalahan. Baginda juga ditegur kerana secara tidak sedar,telah menyakiti hati seseorang, dan baginda segera bertaubat. Taubat baginda bukan hanya melalui solat taubat dan niat, tetapi, dengan sesungguh hati untuk tidak mengulanginya semula.


Rasulullah juga bersenda gurau dengan orang lain mahupun dengan isteri-isteri baginda. Walaupun baginda itu merupakan Nabi, namun, ianya tidak membataskan pergaulannya dengan orang lain. Ianya satu contoh yang sangat terpuji. Kita merasakan sangat mudah untuk mengikuti perilaku baginda, tetapi, masih ada yang alpa. 


Dan, harapan agar, maulidur rasul yang disambut setiap tahun bukan untuk saja-saja, tapi untuk dihayati. Agar, kita sentiasa perbaiki diri untuk menjadi sebudi pekerti dan semulia akhlaq seperti Rasulullah.


PENERIMA ANUGERAH BERSAMA AGONG, PM, TPM DLL


Berikut merupakan penerima anugerah Maulidur Rasul 2011 :


Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1432H/2011M : 

Penerima : Bekas Professor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor.

Biodata : Berusia 64 tahun dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Aktif berdakwah menyampai syarahan agama, kuliah dan tazkirah di seluruh negara selain menjawab persoalan agama menerusi lamanweb rasminya. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam penulisan artikel dan majalah ilmiah. Antara hasil karya beliau adalah sebuah kitab tafsir al-Quran versi bahasa Melayu bertajuk ‘Tafsir Pedoman Muttaqin’ dan karya-karya lain seperti ‘Hadith 40 Al-Nawawi, Tafsir dan Ulasan’, ‘Hadis Maudhu - Sejarah dan Konsep’ dan ‘Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran’.
Hadiah : Wang tunai RM50,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang berharga RM3,000.


6 Orang Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M
Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.

1. Penerima : Wee Soon Yen.
Biodata : Berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Beliau dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang iaitu dengan memperolehi 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2010. Sangat mengagumkan juga apabila beliau merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Katanya untuk berjaya, walaupun tidak mempunyai tempat rujukan di rumah tetapi seluruh masa yang ada di sekolah dimanfaatkan denganbertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah.

2. Penerima : Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha.
Biodata : Berusia 60 tahun dan juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

3. Penerima : Profesor Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr. Ismawi Zen.
Biodata : Berusia 58 tahun dan pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Msjidil Haram, Mekah pada tahun 2008.

4. Penerima : Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Biodata : Berusia 79 tahun.

5. Penerima : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Hasmah Abdullah.
Biodata : Berusia 59 tahun.

6. Penerima : Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Robaayah Zambahari.
Biodata : Berusia 59 tahun.

Read More at : http://www.lovelyshafa.com/2011/02/senarai-penerima-anugerah-maulidur.html#ixzz1E2QoVsp6



SALAM MAULIDUR RASUL.

No comments: