BUDDIES

Tuesday, April 5, 2011

BUDAK MATI DIBUNUH GURU PAS

Salam 1 Malaysia, 




Entri kali ini, TL nak tujukan kepada mahasiswa yang mengambil jurusan perguruan secara khususnya dan mahasiswa lain secara amnya. Usually, jurusan perguruan akan end up jadi guru, dan mahasiswa lain, ada juga yang apply jadi guru. Jadi ingin berbicara mengenai guru la ....


Kasihan kepada keluarga seorang murid Darjah 1 yang meninggal akibat dipukul oleh warden atau guru di sekolah agama rakyat di Perlis. TL sebagai manusia yang menghargai nyawa dan jiwa seorang manusia sangat sedih atas perkara yang berlaku ini. telah banyak kali kes guru dera murid ini berlaku, tetapi, masih ada lagi yang sanggup berbuat demikian. Adakah peranan guru untuk mendidik anak murid perlu dilakukan dengan mendera seteruk-teruknya ? Adakah itu saja cara paling berkesan untuk mendidik ???


Buat malu je, sekolah agama, tapi gurunya tidak tahu untuk mendidik cara yang berhikmah. Cara berhikmah tidak sampai membunuh orang itu ! Budak yang melakukan kesalahan, adalah perkara normal dan sering berlaku. Tidak ada budak yang perfect hingga tidak pernah melakukan kesalahan. Jadi, guru perlu tangani dengan cara sewajarnya untuk menghukum dan mendidik budak itu. tapi dengan cara membelasahnya, ianya tidak mendatangkan kebaikan malahan keburukan. Ini kes hingga mati, Ada juga kes fobia, trauma dan sebagainya. Rugi generasi akan datang iaitu budak2 itu kerana emosi mereka sudah digugat sedari kecik oleh guru yang mengikut emosi dan nafsu. 


Kemudian, mudah sahaja pihak PAS untuk meminta maaf. Kenapa PAS ? Kerana Sekolah Agama Rakyat adalah dibangunkan oleh parti PAS , tetapi sayang, sekolah agama ini sudah tercemar nilai agamanya hingga telah membunuh seorang budak yang masih perlu dididik dan dibimbing. 


Budak ini yang dipukul guru hingga mati


Selami lah perasaan keluarga itu yang TERPAKSA menerima kenyataan anak mereka telah meninggal hanya kerana dipukul oleh seorang yang bernama GURU!!! Bayangkan sekiranya adik kita yang dibelasah guru itu, adakah kita sanggup berdiam diri ? Sekiranya kita merasai kesedihan itu, ambil la pengajaran daripada kes ini. 


Pihak PAS tidak boleh sekadar memohon maaf tanpa melakukan apa2 tindakan disiplin ke atas guru terbabit. Hanya kerana itu adalah guru dalam institusi PAS, dia tidak boleh terlepas. PAS, jangan menghapuskan dosa pengikut mu sesuka hati tetapi membiarkan orang lain merana. Kelak, ramai lagi pengikut PAS akan melakukan  perkara yang sama malahan lebih teruk lagi jika PAS menjadi HERO nak membela mereka. PAS, andai tahu hukum Allah, jangan buta hukum mengenai orang yang ibarat telah membunuh seorang budak. 



No comments: