BUDDIES

Monday, December 20, 2010

IZZAH INDOKTRIN PELAJAR UNIVERSITI

Salam Menara Gading, 




Keadaan terdesak menyebabkan Pakatan Rakyat mula merancang untuk menaikkan Universiti Felda. Ianya dijadikan Agenda UTAMA PAKATAN .


Diketahui umum, FELDA diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.  Kerajaan memberi bermacam bantuan kepada peneroka Felda untuk meneroka tanah. Jasa Tun Abdul Razak sangat besar kepada peneroka. Peneroka yang dulunya ada rumah kecil, kini rumah peneroka kian melebar dan luas untuk memberi keselesaan kepada anak dan cucu mereka di rumah itu. Tun Abdul Razak telah memberikan sebuah tempat yang sangat kaya dengan hasil bumi kepada peneroka untuk mencari hasil bumi. Peneroka MELAYU sudah menarik nafas lega apabila hasil jerit perih selama ini makin kelihatan di mata mereka dengan kesenangan yang mereka terima dan perolehi.


Akan tetapi, segala usaha yang dibangun dan di ilhamkan oleh BN, hendak dirampas PR yang terlalu teruja untuk memerintah. Hingga sanggup menggadai jati diri dan agama. - Matlamat tidak menghalalkan cara. 


Nurul Izzah pula ingin mensasarkan Universiti Felda sebagai salah satu agenda PR. Ya, kebiadaban ANAK terhadap BAPAK membuatkan Izzah ingin menjadikan Universiti Felda sebagai Universiti  PR, yang membolehkan, kebiadaban ANAK akan kekal menjadi lebih biadap terhadap BAPAK. 


Mencontohi Barisan Nasional, menubuhkan UITM adalah untuk kesenangan anak-anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran mereka, tanpa mengklasifikasi itu adalah universiti agenda BN. BN tidak menubuhkan Universiti kerana politik, tetapi memikirkan masa depan rakyat generasi akan datang. 


BN sentiasa mahukan kemudahan untuk rakyatnya maka UITM ditubuhkan selain daripada Universiti lain di Malaysia ini.


Akan tetapi, Izzah mensasarkan Universiti Felda sebagai agenda UTAMA PR. Apabila utama, PR memberi fokus utama kepada Universiti berkenaan yang dihuni berjuta-juta pelajar yakni orang muda. Apa PR lupa kepada agenda Utama rakyat yang lain yang lebih memerlukan ???


DS Najib tidak mengenepikan lapisan masyarakatnya kerana itu, beliau melancarkan 1 Malaysia kerana kita semua hidup sebumbung dan berkongsi apa sahaja hasil bumi yang ada di Malaysia ini dengan aman. Daripada generasi muda hingga lah tua, DS Najib menjadikan kesemua itu sebagai agenda utama !!!


1 MALAYSIA
menghimpunkan segenap lapisan masyarakat, agama, budaya dan kaum.


Kerana itu, DS Najib mahu semua jentera BN turun padang berjumpa rakyat - RAKYAT yakni kesemua lapisan masyarakat, bukan sekadar Orang Muda yang dilafazkan Izzah menjadi agenda utama.


Lihat, BN tidak meminggirkan mana-mana lapisan masyarakatnya, malah memberi tumpuan penuh kepada mereka. TETAPI, PR menumpukan kepada orang muda sahaja, hingga mereka lupa dan alpa kepada orang lain.


Inikah pemimpin yang diperlukan untuk rakyat ?? Pemimpin yang mahukan rakyat untuk menyokongnya dan sampai satu ketika, dibuang kerana sudah tidak berguna. habis madu sepah dibuang.


BN di bawah pimpinan DS Najib menghargai setiap rakyatnya kerana itu adalah tanggungjawabnya. Dan beliau menggalasnya dengan rasa tangunggjawab apabila turun hingga ke peringkat akar umbi.

1 comment:

Laksamana Bentan said...

Memang jelas Gerombolan Pakatan Pembangkang ni sudah kehabisan modal dan mula merapu-rapu mencari idea untuk mempertahankan sokongan yang semakin mengecil.

Berbagai-bagai janji yang bersifat bombastik dilontarkan untuk memesong perhatian generasi muda.

Nurul Izzah lupa bahawa semua dasar2 kerajaan di bawah UMNO-BN telah berjaya membina sebuah negara bangsa yang maju dan saksama. Rakyat begitu selesa dipimpin oleh kerajaan yang ada sekarang dan semakin meluat dengan perangai beruk Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Rakyat tidak mudah termakan gula-gula beracun yang mereka taburkan kerana anak-anak generasi muda kita telah matang dan boleh membuat perbandingan yang jelas di depan mata mereka.

Nurul Izzah janganlah berselindung di sebalik ingin membela rakyat sedangkan semua orang tahu dia adalah kuda tunggangan Nuar Berahim melalui parti keluarganya PKR. Sebab itu telah ramai pemimpin dan penyokongnya meninggalkan parti karut yang tidak bermaruah yang dipimpin oleh bekas banduan yang kini menghadapi perbicaraan kerana dituduh meliwat lagi.