BUDDIES

Thursday, June 2, 2011

3 MELAYU, 1 BUMIPUTERA, 71 CINA DAN 11 INDIA DAPAT BIASISWA

Salam 1 Malaysia kepada semua, 




Akhirnya, kerajaan mengambil keputusan untuk menawarkan biasiswa kepada 86 pelajar. Mereka akan ditempatkan di IPTS dalam negara. Berikut adalah petikan akhbar mengenai berita ini : 



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kos pengajian di luar negara bagi kesemua 86 pelajar itu adalah RM52.1 juta tetapi dengan meneruskan pengajian di IPTS tempatan, kosnya RM21.6 juta.
Katanya, pelajar terbait boleh mengikut bidang dan jurusan yang mereka pilih di IPTS antaranya Monash Universiti Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia Malaysia dan Universiti Perubatan Antarabangsa. Antara bidang dipilih pelajar itu adalah perubatan, pergigian. Kejuruteraan, sains dan farmasi.
Menurut Nazri, ikut pecahan kaum pelajar berkenaan, tiga adalah Melayu, seorang Bumiputera Sarawak, 71 Cina dan 11 India.
Nazri turut mengumumkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bersedia menawarkan sekurang-kurangnya 500 biasiswa di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan untuk pelajar mendapat 8A+ ke bawah.
Sementara itu, Nazri berkata, pejabat Peguam Negara telah diarah bertindak terhadap bekas pelajar tajaan JPA yang sehingga kini gagal melunaskan hutang pendidikan mereka, selain tidak kembali ke tanah air.
"Kita telah banyak menghabiskan wang untuk mereka dan memandangkan mereka enggan kembali ke tanah air, kita perlu mengemukakan saman tersebut.
"Walaupun Pejabat Peguam Negara telah diarah menyaman mereka bagi menuntut semula wang berkenaan, namun itu bukan apa yang kita mahu, kita hanya minta mereka pulang," katanya.
---------------------------------------
Lihatlah, betapa kerajaan berusaha mencari alternatif untuk memuaskan hati pelajar kita untuk mendapatkan biasiswa menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang tertinggi. 
Dan lihatlah, tiada kuota bangsa pun di selitkan di situ kerana terbukti, majoritinya adalah kaum Cina diikuti India dan Melayu kemudian Bumiputera. 
Ini jelas menunjukkan, konsep 1 Malaysia di amalkan dalam negara ini. Apa lagi yang ingin dibangkang ??? sudah jelas, kerajaan peka terhadap permintaan masyarakat di luar sana.
Adakah ini bukti kerajaan zalim terhadap rakyat ??? Cuba fikirkan, kerajaan menanggung perbelanjaan pengajian mereka kesemuanya. Mereka dapat belajar dengan senang hati tanpa memerlukan kewangan yang banyak. Ini adalah penghargaan kerajaan kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM.
Tahniah kepada mereka yang menerima biasiswa ini.

9 comments:

hangkedee said...

Orang Melayu semakin hari semakin BODOH dek kerna Parti Politaik jual segala gala kepada kafir Harbi.!!!!

Anonymous said...

Below are govt released statistics for PILN/PIDN result 2011 :-

No of applicants =16,990 ( all races)

No of eligible applicants = ( 2559 bumi) + (6298 non-bumi) Total 8857

---------------------------------------------------------------------------
PILN offered to bumi = 726 ( Malay) + 77( Sabah bumi) + 79 ( Sarawak bumi) Total 882

PIDN offered to bumi = 1247 ( Malay) + 16 ( Sabah bumi) + 38 ( Sarawak bumi) Total 1301

Total no of bumi offered PILN/PIDN = 2183 out of 2559 eligible bumi applicants ( success rate 85%)

-------------------------------------------------------------------------------
PILN offered to non-bumi = 466 ( Chinese) + 137 (Indian) + 15 (others) Total 618

PIDN offered to non-bumi = 1086( Chinese) + 108 (indian) + 5 (others) Total 1199

Total no of non-bumi offered PILN/PIDN = 1817 out of 6298 eligible non-bumi applicants ( success rate = 28%) Source: JPA

Sapa kata 3 orang bumiputera dapat biasiswa luar negara? Ini kes rayuan la.

Anonymous said...

kalu dilihat MCA dan Gerakan , mereka adalah sebenar2nyer petualang jahanamkan melayu secara senyap2.... bertopengkan bn....

Tangga Langit said...

Hangkedee,
mahu berjaya atau tidak, bergantung pada diri sendiri. kalau dah asyik nak bertelagah, itulah jadinya. tulah jadinya mahasiswa yg asyik berdemo ikut politik kotor.

Anon 3:42,
memang la ini kes rayuan. bersyukurlah, walaupun rayuan, kaum cina majoriti. perlu tahu, walaupun mereka sedikit, tapi kalau di ikut berdasarkan minoriti mereka dalam negara, mereka masih byk di kalangan masyarakat mereka. syukur lah kerajaan terima rayuan biasiswa mereka.

Anon 5:19,
ada pro and cons. ada ketika, mereka memang nmpk petualang jahanamkan melayu, tapi ada ketika, mereka pembela bangsa mereka dalam BN untk kembalikan keyakinan cina terhdap mereka. apapun, DS Najib sentiasa peka kepada perubahan yang tidak elok berlaku dalam BN.

Anonymous said...

satu melayu je ... tak fair lansung , at least dlm 10-30 melayu ..

Tangga Langit said...

Anon 9:02,

ada 3 melayu, 1 bptera. memang nmpk tak fair walaupun kes rayuan, tapi ini lah petunjuk, kerajaan tak zalim dan melayu perlu bangkit.

Anonymous said...

86 pelajar tu bukannya tak dapat biasiswa, jangan salah faham, dari awal lagi mereka ditawarkan biasiswa tapi ke IPTA dalam negara dan mereka tak puas hati terutamanya yang bil majoriti tu. Lepas rayuan kerajaan putuskan untuk taja ke IPTS. Juara putar belit banyak tipu kononnya mereka tak dapat biasiswa sedangkan mereka memandang rendah IPTA.

Wake UP! said...

Padan muka Melayu bodoh. Cina lagi dapat untung.

Anonymous said...

Kenapakah dalam setiap borang permohonan kerja , pada ruang bangsa hanya ada melayu , cina , India ..? satu ruang dibawah hanya ditulis bangsa 'lain-lain' ?

seolah2 di Malaysia ini hanya ada 3bangsa , bagaimana dengan bangsa dari sabah dan sarawak ? kadazan , Iban , murut , melanau , kayan , Bajau , dan belasan bangsa/suku lain ?

lebih mengiktiraf bangsa mendatang seperti cina dan india berbanding bangsa pribumi/asal ?