BUDDIES

Thursday, June 23, 2011

BURUKNYA PERANGAI SI ...

Salam 1 Malaysia mahasiswa semua, 




Tangga Langit mahu kita semua jauhi penyakit hati yang merosakkan jiwa. Bila jiwa rosak, perkara dan tindakan yang dilakukan pun akan rosak sama. 




Kenapa mahu rosakkan hati dan akal yang sedia cantik dan indah Allah kurniakan. Alangkah bagus sekiranya cantiknya ciptaan itu secantik tingkahlaku kita juga.


Bukan apa, TL terbaca mengenai ini :


Serah diri: Bekas pelajar ditahan hina gambar Agong


KUALA TERENGGANU 22 Jun - Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Baharu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan dalam laman sosial baru-baru ini.

Lelaki berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 8 malam dua hari lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut merampas sebuah komputer riba yang dibawa oleh lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.

"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terlibat dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.


Cuba la fikir tindakan pemuda ini yang rosak dan kacau jiwanya. Buat apa susah-susahkan diri menghina gambar Agong ? Apa yang dapat hina gambar itu ? Puas ke berbuat demikian ? Kalau ada yang kata puas, puas itu hanya bersifat sementara kerana SYAITAN suka apabila manusia melakukan kejahatan even kecil mana pun perbuatan itu. 

Malu la sikit, seorang pelajar, tetapi perbuatan tak seperti pelajar. Apa kurang ke didikan yang diberikan ? Atau terlebih beri didikan ?

Manusia ini dilahirkan BAIK dan FITRAH, tetapi, manusia itu sendiri yang merosakkan SEKIRANYA dia memilih untuk rosakkannya. Kerana manusia dikurniakan akal untuk memilih samada berbuat baik atau tidak.

Walau apapun, tindakan akan dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah. Undang-undang tetap  undang-undang. Ianya mendidik kita juga untuk bersikap sopan dan hormat orang lain.

Kalau tiada hukuman diberikan kepada si pesalah, nanti pesalah tidak akan gentar untuk mengulanginya. Maka, wajarlah adanya hukuman.


p/s : kerajaan serambi mekah (PAS:parti ISLAM semalaysia) ajar hina gambar orang ker ? Cer ajar adab dan tingkah laku sopan sikit. 


Friday, June 17, 2011

JANGAN KATA KERAJAAN ZALIM TAU !

Salam 1 Malaysia, 1 Mahasiswa, 




Disarankan, graduan yang masih lagi tercari kerja di luar sana, boleh la sertai Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). 


Ini kerana,banyak syarikat GLC menawarkan tempat kepada graduan sesuai dengan kelayakkan yang ada pada graduan ini. 


Apa lagi, rebutlah peluang ini. Jangan pula bila tak dapat kerja, salahkan kerajaan tak beri insiatif !!! Ini dah ada inisiatif, rembat cepat. 


Usaha tangga kejayaan. Rezeki tak datang bergolek. Usaha lah untuk dapat apa yang dihajati.


Untuk keterangan lanjut, mahasiswa semua boleh layari web ini : www.epu.gov.my/sl1m.



Thursday, June 2, 2011

3 MELAYU, 1 BUMIPUTERA, 71 CINA DAN 11 INDIA DAPAT BIASISWA

Salam 1 Malaysia kepada semua, 




Akhirnya, kerajaan mengambil keputusan untuk menawarkan biasiswa kepada 86 pelajar. Mereka akan ditempatkan di IPTS dalam negara. Berikut adalah petikan akhbar mengenai berita ini : 



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kos pengajian di luar negara bagi kesemua 86 pelajar itu adalah RM52.1 juta tetapi dengan meneruskan pengajian di IPTS tempatan, kosnya RM21.6 juta.
Katanya, pelajar terbait boleh mengikut bidang dan jurusan yang mereka pilih di IPTS antaranya Monash Universiti Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia Malaysia dan Universiti Perubatan Antarabangsa. Antara bidang dipilih pelajar itu adalah perubatan, pergigian. Kejuruteraan, sains dan farmasi.
Menurut Nazri, ikut pecahan kaum pelajar berkenaan, tiga adalah Melayu, seorang Bumiputera Sarawak, 71 Cina dan 11 India.
Nazri turut mengumumkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bersedia menawarkan sekurang-kurangnya 500 biasiswa di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan untuk pelajar mendapat 8A+ ke bawah.
Sementara itu, Nazri berkata, pejabat Peguam Negara telah diarah bertindak terhadap bekas pelajar tajaan JPA yang sehingga kini gagal melunaskan hutang pendidikan mereka, selain tidak kembali ke tanah air.
"Kita telah banyak menghabiskan wang untuk mereka dan memandangkan mereka enggan kembali ke tanah air, kita perlu mengemukakan saman tersebut.
"Walaupun Pejabat Peguam Negara telah diarah menyaman mereka bagi menuntut semula wang berkenaan, namun itu bukan apa yang kita mahu, kita hanya minta mereka pulang," katanya.
---------------------------------------
Lihatlah, betapa kerajaan berusaha mencari alternatif untuk memuaskan hati pelajar kita untuk mendapatkan biasiswa menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang tertinggi. 
Dan lihatlah, tiada kuota bangsa pun di selitkan di situ kerana terbukti, majoritinya adalah kaum Cina diikuti India dan Melayu kemudian Bumiputera. 
Ini jelas menunjukkan, konsep 1 Malaysia di amalkan dalam negara ini. Apa lagi yang ingin dibangkang ??? sudah jelas, kerajaan peka terhadap permintaan masyarakat di luar sana.
Adakah ini bukti kerajaan zalim terhadap rakyat ??? Cuba fikirkan, kerajaan menanggung perbelanjaan pengajian mereka kesemuanya. Mereka dapat belajar dengan senang hati tanpa memerlukan kewangan yang banyak. Ini adalah penghargaan kerajaan kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM.
Tahniah kepada mereka yang menerima biasiswa ini.

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA BUKTI BELIA DIHARGAI

Salam 1 Malaysia, 1 Mahasiswa




Sering kali kita mengeluh mengenai masalah pengangguran yang berlaku di dalam negara. pelbagai faktor menyebabkan berlakunya masalah begini dan di antaranya ialah mengenai kehendak pasaran terhadap kos yang di ambil semasa di Universiti dulu.


Ada kos atau fakulti yang memang HOT di pasaran terutama bidang perubatan kerana negara kekurangan kepakaran dalam bidang ni. Namun, ada kos atau fakulti yang susah untuk jual di pasaran dan memerlukan tenaga pelajar sendiri untuk mencari inisiatif bagi mendapatkan pekerjaan.


Sering kali juga dilihat, mereka yg sukar mendapatkan kerja kerap memohon untuk menjadi guru atas sebab, mudah mendapat kerja dan juga pencen. Ini lah yang merosakkan anak bangsa apabila ada cikgu yang mengambil jurusan perguruan tetapi NO HEART untuk menjadi guru. 


Inilah jalan mudah yang mudah di ambil pelajar. Tapi nak buat macam mana, dah tak dapat kerja lain. Mana kan tidak, pelajar sendiri tidak perform dalam akademik, pulak tu, demand kerja tempat selesa. Hmm...mungkin ini adalah mentaliti orang kita yg apabila kluar U jer, sure dapat kerja walhal usaha mendapatkan kerja bukan datang bergolek jer...


namun begitu, atas suara belia yg didengari DS Najib, PM Malaysia yang lembut jiwanya, mengumunkan Skim Latihan 1 Malaysia. Skim ini akan menyediakan latihan praktikal kepada pelajar secara berperingkat sebelum mereka diterima masuk bekerja dalam syarikat GLC.


Ini adalah langkah yang diambil kerajaan untuk membantu pelajar mendapatkan kerja setelah tamat belajar. Dan untuk fasa pertama ini, seramai 3000 siswazah akan di ambil mengikuti skim ini.


namun diharapkan, janganlah dengan adanya skim ini, siswazah dan pelajar terlalu bergantung kepada usaha kerajaan ini. Ini adalah satu alternatif , tetapi, jangan jadikan ianya tempat bergantung dan membuat sambil lewa semasa belajar.


Hidup ini perlu usaha kalau nak dapat apa yang di impikan. Kalau tiada usaha, bagaimana mahu mencapai impian. Kerana itu dikatakan, USAHA TANGGA KEJAYAAN. 


DS Najib adalah pemimpin yang berjiwa baik hati. Mana-mana golongan yang menyuarakan hasrat mereka, akan dicuba sedaya upaya oleh DS NAJIB untuk membantu. Daripada golongan miskin yang sukar mendapatkan ujian kesihatan dengan baik, maka ditubuhkan Klinik 1 Malaysia yg bermodalkan hanya rm1 sahaja. 




Kini, golongan belia pula mendapat sesuatu ganjaran untuk dinikmati sempena Perhimpunan Sejuta Belia baru-baru ini. 


wahai belia di luar sana, apakah DS Najib pemimpin yang kejam ??? Tidak sama sekali kerana beliau ini tidak sombong mendengar nasihat dan pandangan bernas daripada rakyatnya. dan terbukti, segenap rakyat mendapat banyak manfaat sepanjang DS Najib menjadi PM Malaysia.


Berikut sedutan kata-kata DS Najib di dalam akhbar Utusan :


Dalam ucapannya, Najib yakin golongan belia pada masa ini akan memilih kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka selari dengan proses demokrasi yang diamalkan kerajaan.


"Saya mempunyai keyakinan ke atas belia Malaysia dan kerana itulah saya mengambil inisiatif untuk melaburkan masa saya serta kerajaan bagi memastikan kita terus berhubung rapat dengan golongan muda negara," katanya.



Friday, May 27, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA BERMULA HARI INI !

Salam 1 Malaysia, 




Bagi menghargai belia yang menyambut Hari Belia, satu HIMPUNAN SEJUTA BELIA diadakan di Putrajaya bermula 27 - 28 Mei 2011 ini. 


pelbagai acara menarik dirancang untuk para belia seperti Paint Ball, Jamboree, Memancing dan macam - macam lagi.



TENTATIVE PROGRAM HARI BELIA


Ayuh belia di luar sana, segeralah bersama rakan2 belia anda untuk hadir ke Putrajaya bagi meraikan hari belia anda !!!


Kongsikan pengalaman anda ke sana di sini yer !!!

Wednesday, May 25, 2011

BIASISWA KEPADA YANG CEMERLANG. BUKTI KERAJAAN ZALIM ?

salam 1 Mahasiswa, 1 Malaysia...



PELAJAR BARU MENDAFTAR MENDAPAT BIASISWA
-GAMBAR HIASAN-



JPA sedia RM1.44 bilion tawar 4,000 biasiswa

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan 4,000 biasiswa kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang memperoleh minimum 9A- bagi sesi pengajian 
tinggi 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,500 biasiswa diperuntukkan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) manakala 2,500 biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Beliau memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.44 bilion bagi menampung jumlah biasiswa tersebut iaitu RM1.08 bilion bagi biasiswa PILN dan RM0.36 bilion bagi biasiswa PIDN.

"Daripada 1,500 biasiswa PILN itu pula, 882 daripadanya diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 618 biasiswa kepada pelajar bukan bumiputera.

"Bagi PIDN pula, seramai 1,301 pelajar bumiputera ditawarkan biasiswa itu manakala selebihnya iaitu 1,199 kepada pelajar bukan bumiputera.

"Secara keseluruhan pula, sebanyak 2,183 tempat atau 55 peratus biasiswa diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 1,817 atau 45 peratus kepada pelajar bukan bumiputera," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Mohamed Nazri menambah, daripada 1,500 biasiswa di bawah PILN pula, hanya 300 diberikan berdasarkan merit kepada pelajar yang mendapat 9A+.

Bakinya kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Januari 2009.

Kategori itu tambahnya, adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (20 peratus), populasi kaum (60 peratus), bumiputera Sabah dan Sarawak (masing-masing lima peratus) dan orang kurang upaya (OKU) sebanyak 10 peratus.

"Keutamaan biasiswa kepada PILN ini ialah dalam bidang-bidang yang difikirkan kritikal dan profesional oleh JPA seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, seni bina dan beberapa bidang lain," katanya.

Jelas beliau, sebanyak 16,900 permohonan biasiswa diterima dengan 8,857 permohonan adalah dari kalangan calon yang melepasi syarat minimum yang ditetapkan mengikut bidang pengajian.


--------------------

Tahniah kepada bakal mahasiswa negara yang akan mendapat biasiswa untuk pengajian mereka nanti. Timbalah ilmu sedalamnya dan hargailah peluang keemasan ini.

Lihatlah, dimanakan orang bukan bumiputera mengatakan mereka dipinggirkan ??? 45% biasiswa diberikan kepada mereka dan ini adalah jumlah yang besar. bersyukurlah kerana mereka tidak dipinggirkan badan kerajaan yang prihatin terhadap keperluan pelajar.

Jangan pula jadi seperti orang yang tak tahu bersyukur dan jangan lupa pada jasa mereka yang berusaha untuk memberikan biasiswa ini kepada anda semua, bakal mahasiswa negara.

MAHASISWA MENUNJUKKAN ISYARAT 1 MALAYSIA

Jangan pula ada yg kata kerajaan ini zalim lagi yer... :)

Monday, May 23, 2011

MAHFOZ BEAN MAHU BUDAK DAN PELAJAR HANYA LEPAS SRP/SPM JER !!!

Salam 1 Malaysia, 1 Mahasiswa bersatu,




Sudah lama TL tak update story dalam blog ni. TL agak busy sedikit membuat kerja2 kebajikan. sambil tu, TL terjumpa la, satu artikel dalam Harakah ni mengatakan, PAS tidak kisah pelajar terlibat politik.


Hmmm.... TL tak hairan dengan kenyataan ini. Memang inilah kerja PAS. mengindoktrin budak2, pelajar2, dan mahasiswa2 untuk menyokong PAS dan membenci kerajaan. saban hari itulah sajian mereka iaitu, Kerajaan ni zalim lah, murtad lah, kafir lah. 


Ada pelajar yang semakin dewasa memahami, siapa yg zalim, dan siapa yang mengabaikan islam sejati untuk dimartabatkan. UMNO  tidak pula ternampak mengotori Islam dengan adakan demo hari jumaat lah, adakah upacara membawa kafir ke masjid negara la, bersenam aerobik dalam kawasan masjid campur laki perempuanlah.... Seburuk umno pun, UMNO tak kotorkan imej Islam seteruk PAS lakukan...




Mahfoz Omar mengatakan, ada sekolah yang tidak mahu mengambil wakil daripada penyokong PKR untuk merasmikan mesyuarat PIBG. kalau benar ada, silalah buat laporan. jangan main tulis dan kata jer, tapi laporan nya tiada. Kalau camtu, sesiapa pun boleh canangkan perkara yang sama !


Mahfoz Bean ni kata lagi, budak sekarang sudah cerdik, tak macam dulu. cerdik mcm mana tu Mahfoz oii ??? Kalau cerdik hanya taksub sokong satu parti secara totok tanpa dapat menganalisa, itu bukan cerdik, itu kurang cerdik. orang cerdik akan buat analisa dan perbandingan.


Juga, Mahfoz Bean in yang lepasan SPM je, tidak tahu, perkembangan otak dan minda budak, walaupun cerdik, tapi perkembangan nya tidak sampai tahap membuat perbandingan secara serius. Cerdik dan pandai adalah berbeza Mahfoz ! belajarlah Children development dulu sebelum nak cakap budak sekarang itu cerdik hingga tahu hal politik. Agak2 la mahfoz Bean.


Kalau cerdik, masakan masih ada kategori bawah umur ?? Kenapa taknak perjuangkan , had umur bawah umur hanya sekitar 6 tahun ???? Maklum lah, mahfuz kata budak sekarang dah cerdik tahu tentang politik ??!!! 


Apa yang TL nampak, PAS menggunakan budak dan pelajar untuk di indoktrinkan agar menyokong PAS dan membenci kerajaan. kerana itu mereka tidak menghalang pelajar terlibat politik kerana itu lah senjata kotor PAS untuk merosakkan pemikiran anak muda. 


Tambahan pula, pemikiran anak muda yang rosak itu adalah bangsa Melayu rata2nya, dan bangsa Melayu yang akan ketinggalan nanti untuk menguasai ekonomi dan pelbagai sektor lain. Lihat sahaja,mereka yang terlibat dalam demo menentang kerajaan adalah pelajar Melayu. 


Mana pelajar cina dan india ??? Ooo..mereka dibiarkan PAS untuk diberikan didikan pendidikan sempurna untuk mengecapi kejayaan dalam bidang yang diceburi dan anak melayu bakal cemerlang dalam pusat serenti ??? itulah harapan PAS yang tidak memikirkan masa depan anak melayu !!!


Mahasiswa sekalian, 
UMNO BN berusaha meningkatkan kualiti anak muda untuk berjaya dalam pelajaran dan berusaha mendapatkan tempat yang baik di dalam mahupun luar negara. Akan tetapi, PAS mensia2kan akal yang unik ini hanya demi kepentingan politik mereka sahaja. 


Maka, buat apa sokong pemusnah generasi. Bebaliklah kita kepada parti politik yang lebih menjamin masa depan generasi muda agar tidak songsang pemikirannya.

Tuesday, May 10, 2011

INIKAH MAHASISWA PARTI ISLAM MALAYSIA ???

Salam 1 Malaysia, 


UTUSAN TIDAK KISAH
MAHASISWA YANG MENTAL NANTI


TL rasa, mahasiswa atau sesiapa sahaja ada tengok cerita Labu dan Labi. Alah, cerita P.Ramlee tu... Teringat sedutan Labu dan Labi mengambil kertas untuk dijadikan kepala bapak masing2 untuk dipijak2 lawan. Kepala bapak Labi di pijak Labu dan sebaliknya. 


Nampak mcm kelakar, tapi di situ, terselit moral yang tidak baik kerana perbuatan sebegitu mengundang rasa marah, hasad dengki, dan juga dendam. Inilah hasilnya apabila perbuatan itu dibiarkan sahaja tanpa teguran daripada sesiapa. 


Serupa juga dengan tinkahlaku segelintir mahasiswa taksub seperti Gamis dan Mahasiswa Persatuan Islam, tetapi perbuatan tiada serupa Islam itu. Bertudung labuh menutup dada, tapi di dadanya kotor dan penuh daki2 dendam. 




Mereka telah mengoyak dan memijak akhbar Utusan Malaysia atas sebab akhbar Utusan Malaysia ini akhbar paling teruk pada pandangan mereka. Ini katanya :


"Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog yang bersifat pandangan peribadi penulis"

Itulah, orang2 tua ada kata, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Cuba kita baca harakahdaily, ada banyak kolum yang bersifat pandangan peribadi. Banyaakkkkkk sangat. Langsung tiada tapisan. Ingat lagi dulu, seorang pelajar Mesir yang tidak tahu berterimakasih kepada kerajaan kerana menyelamatkan mereka daripada pergolakan di Mesir. Heh, ini pun bersifat peribadi dan mencabar kredibilit kerajaan pula. Seolah-olah segala usaha itu, kerajaan tidak lakukan. Itu kah akhbar yang tiada permit mampu buat  ??? Hanya mengambil artikel yang menyokong mereka sahaja ??

Soalnya kini. bukan TL membela Utusan Malaysia, tetapi, mahu mahasiswa berfikir, seburuk Utusan pun, apa yang mampu Harakah sebarkan ??? Harakah juga tiada fitnah dan hasutan ??? Bohonglah kalau tiada. Harakah juga mempamerkan cerita bergenre fitnah kerana tiada bukti, tapi cakap hentam keromo jer. Hanya menuduh kerajaan, siapa2 pun boleh buat. cakap jer, bukti hampeh. MMm....harakah pun sama malah lagi teruk pun ada.

jadi kepada mahasiswa yang bertindak demikian, kalian hanyalah mengundang rasa dendam di jiwa sahaja. Tiada solusi yang dapat dilakukan mereka dengan hanya sekadar memijak. Walaupun sekadar contoh, tapi contoh itu juga akan dijadikan ikutan yang tidak berfaedah.

Mahasiswa yang masih waras di luar sana, bertindak bijak lah untuk melakukan sesuatu perkara. Bertindak ikut akal, bukan emosi.

Friday, May 6, 2011

UUM : AZIZAN CAKAP PUTAR BELIT

salam 1 Malaysia, 




TL dulu pernah dengar, Mb Kedah kata, UUM tidak mohon untuk lanjutkan rebat cukai UUM. tetapi, Naib Canselor nya memberitahu, sudah 2 kali ditolak mengenai rebat cukai tu. Hmm...


Pemerintahan PAS di Kedah semakin kekurangan dana. Dah la tak cukup dana, pulak tu, mencantas keistimewaan yang sepatutnya diperolehi oleh individu atau badan kerajaan dan bukan kerajaan. Ada ke patut ??


Mahasisa UUM mungkin tidak mengendahkan hal ini, tetapi, sebagai Mahasiswa, tidakkah terasa seolah-oleh UUM ini tidak diterima kerajaan KEDAH ??? dahlah di anaktirikan soal air, ini pulak, tak beri kemudahan kepada UUM.


Azizan seolah-olah melayan UUM itu sebagai pembangkang, kerana itu tak di endahkan permintaan UUM. Kedah kata akan rugi kalau beri rebat. Itu adalah kelemahan pemerintahan negeri Kedah la. Masa BN memerintah dulu, boleh je kasi rebat. Tak ada masalah pun. Pernah juga Kedah rugi, tapi tetap diberi rebat. Jadi, kenapa nak sekat rebat UUM ??? Macam tak masuk akal, Sebab tu lah TL cakap, Azizan ni layan UUM kerana politik dan kerana UUM itu adalah pembangkang baginya.


Tak perlu usul IPT lain, kerana sedari dulu, UUM menikmati rebat dan sekarang ini tidak ada pulak semenjak PAS memerintah. Azizan mahu ambil kesempatan ke atas keuntungan yang diperolehi UUM. Patut ker seorang MB buat mcm tu ??? Itu namanya amik kesempatan MB. Tak baik buat mcm tu. 


Bayangkan kalau keluarga MB membayar sewa murah sebab tuan tanah kasi murah, tapi, bila tukar tuan tanah, dia naikkan sewa rumah. MB takkan tak marah kot ?? Walaupun MB dah kaya skit, tapi kenaikan sewa umah tu memberi kesan kepada keluarga MB kan ?? Inilah analoginya...




Mohon MB Kedah jawab permohonan yang telah ditolak 2 kali ini. Pandai kata, media kerajaan putar belit, tapi siapa yg putar belit ni...


p/s : pelik ngan Azizan ni, hari tu kata kalu nak rebat, mintak kat depa, tapi bila da mintak kali kedua pun, habuk tarak. mcm mana tu ??? cakap tak serupa bikin.

UUM kesal permohonan sambung rebat cukai tanah ditolak




ALOR SETAR 5 Mei – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak kesal dengan keputusan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah yang menolak permohonan untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akur dengan keputusan itu dan akan menjelaskan jumlah bayaran yang ditetapkan, namun akan mengadakan perbincangan untuk membayarnya secara ansuran.
"UUM tidak ada pilihan melainkan terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.

"Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kerajaaan negeri sepatutnya menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.


Thursday, May 5, 2011

MAHASISWA DISERU SERTAI HARI KEMARAHAN RAKYAT ESOK ?

salam 1 malaysia, 




mahasiswa diseru untuk menjadi tauladan kepada generasi akan datang dengan ilmu akal dan ilmu sahsiahnya. Tetapi, TL pelik sangat dengan sekumpulan mahasiswa ini yang terlalu taksub kepada politik di Malaysia hingga melanggar budaya mahasiswa yang sebenar. 


Apakah mahasiswa tidak rasa malu kerana mencemarkan nama mereka untuk turut serta politik pembangkang untuk adakah tunjuk perasaan ???? Kerap kali TL dengar dan baca, mahasiswa yang melakukan perbuatan begini adalah mahasiswa pembangkang. Kenapa yer ??? TL pelik, adakah mahasiswa pembangkang sudah terlebih tarbiyyah hingga melimpah ruah dengan melakukan perbuatan tidak berfaedah ???


Mahasiswa perlu tahu isu semasa samada ekonomi, moral, sosial mahupun politik. Tapi, mahasiswa ada batasnya dalam melontarkan pendapat mereka. bukan dengan menyertai politik pembangkang yang gila kuasa . Pelik sungguh pada mereka ini.


kerana perangai dan ideologi mahasiswa sebegini yang merosakkan mahasiswa lain. Merosakkan minda generasi muda akan datang., Merosakkan nama baik institusi. Merosakkan peranan mahasiswa dan universiti sebagai GEDUNG ILMU !!!


Mahasiswa diluar sana disarankan untuk tidak turut serta kerana ianya merugikan anda semua. Habuan yang anda dapat adalah dengan melempiaskan nafsu dendam dan amarah, bukan melempiaskan ilmu untuk dilontarkan kepada umum. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara yang kotor. Fikirkan... 




HARI KEMARAHAN RAKYAT MENYERU MAHASISWA ?

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara esok bagi menyatakan anak muda menolak politik fitnah dan jijik.
Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata seluruh mahasiswa wajar untuk turut sertai perhimpunan itu, bagi menyatakan pendirian sebagai anak muda yang menolak sama sekali politik fitnah dan jijik yang kian parah serta menjadi permainan dalam pentas politik negara sekarang ini.
“Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada kerajaan dan juga masyarakat bahawa mahasiswa dan anak muda tegas menolak budaya politik kotor dan inginkan kembalinya nilai-nilai kebaikan dalam berpolitik iaitu kembali kepada politik Islam.
“Oleh itu, saya selaku Ketua Penerangan Gamis menggesa dan menyeru mahasiswa dan anak muda sekitar Lembah Klang terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan pendirian kita,” tegasnya.
Menurutnya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.
"Kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini,” tegas beliau.
‘Hari Kemarahan Rakyat’ anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf), Angkatan Muda Keadilan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Masjid Negara, esok.
Program tersebut akan bermula jam 12 tengah hari dengan mengumpulkan kesemua NGO dan demonstrasi akan bermula selesai solat Jumaat.

Tuesday, April 26, 2011

BIASISWA PERUBATAN & PIDATO BUKAN MELAYU 1 MALAYSIA

Salam 1 Malaysia,



TEMERLOH 26 April – Kementerian Kesihatan mengeluarkan biasiswa kepada 800 doktor untuk melanjutkan pelajaran dan melatih mereka menjadi doktor pakar dalam pelbagai disiplin mulai tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, biasiswa itu bertujuan melahirkan seberapa 
ramai doktor pakar berikutan kekurangan yang berlaku di hospital daerah di seluruh negara.




Negara sangat menghargai pelajar Malaysia yang berkecimpung didalam bidang perubatan hinggakan KKM memberi biasiswa kepada 800 doktor untuk meneruskan pelajaran mereka. Negara amat memerlukan kepakaran mereka dan kerajaan tidak lokek untuk memberikan bantuan pelajaran kepada mereka. 


Ini adalah peluang yang baik kepada doktor2 untuk mendapatkan biasiswa ini. Selain meningkatkan tahap pendidikan, juga dapat menjalankan servis kedoktoran dengan lebih baik lagi. 




Lain pula di Perlis, mengadakan Pidato Bukan Melayu. Pidato ini disambut baik oleh mereka yang bukan berbangsa Melayu tetapi sangat fasih berbahasa Melayu. Ini adalah satu wadah yang berkesan untuk meningkatkan tahap berbahasa dalam bahasa Melayu di samping menyampaikan gagasan 1 Malaysia. 


Mereka adalah peserta bukan Melayu yang berpidato menggunakan bahasa Melayu ! ini sekaligus melengkapkan misi 1 Malaysia yakni, semua rakyat Malaysia menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dengan begitu fasih sekali.


Gagasan 1 Malaysia sudah menular ke semua peringkat dan mudah diterima rakyat. Rakyat menerima 1 Malaysia kerana misinya adalah memakmurkan negara dan rakyat hidup harmoni. Rakyat menolak anasir perkauman yang sengaja di apikan untuk memecahbelahkan kaum di negara ini.


berikut adalah petikan akhbar mengenainya :


KANGAR 26 April — Pidato 1Malaysia Bukan Melayu 2011 peringkat negeri Perlis yang berlangsung hari ini menyerlahkan semangat 1Malaysia apabila para pesertanya
meletakkan gagasan itu dalam intipati pidato mereka.

Sebanyak sembilan peserta berbilang kaum menyertai pidato anjuran Jabatan Penerangan Perlis itu dan mereka begitu yakin semangat 1Malaysia akan menyuburkan nilai keharmonian di negara ini.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Kapitol itu menyaksikan S. Shangkari, 19, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis muncul juara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr. Por Choo Chor dalam ucapannya berkata, beliau yakin program seumpama ini mampu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan bukan Melayu malah yang lebih penting ialah mengukuhkan gagasan 1Malaysia.

Katanya, pertandingan Pidato 1Malaysia adalah sebagai salah satu kaedah bagi menyampaikan dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia kepada orang ramai.

Ia juga bertujuan untuk mencapai maklamat Gagasan 1Malaysia melalui pembudayaan Bahasa Kebangsaan yang membabitkan semua kaum, katanya.

Monday, April 25, 2011

MB KEDAH TAK KISAH SAKIT MATI PELAJAR UUM !

Salam 1 Malaysia, 


Mahasiswa sekalian. Ada berbagai bentuk pendapat yang dilempar. Ini semua adalah kerana faktor pembacaan kita. Kalau kita condong membaca hal dunia artis, kita suka bercakap mengenai artis, kalau kita suka membaca bab agama, maka, kita mudah bercakap mengenai agama melalui apa yg dibaca.





Dalam isu cukai tanah dan air di UUM. ada yg terus-terusan menyalahkan kerajaan BN kononnya, kerana UUM itu terletak di kawasan Jajahan PAS, maka kononnya, BN nak jadikan itu sebagai isu.




Mengenai air itu, SADA adalah dibawah kerajaan negeri. Jadi, ini adalah tertakluk kepada budi bicara kerajaan negeri untuk membantu mengatasi masalah air yang melanda. tetapi di ibaratkan, MB kedah lepas tangan soal ini. MB kedah seolah-olah tidak mahu bekerjasama atas sebab, UUM ini adalah hak KPT iaitu dibawah kerajaan Pusat. Nampak seperti mana-mana agensi kerajaan pusat telah di anaktirikan oleh Jajahan PAS di Kedah. Inikah pimpinan yang telus dan islamik oleh PAS ??? hanya membantu mereka yang berkepentingan dan hanya membantu mereka yang menyokong PAS ?? atau PR ???


Hal ini ada benarnya. Bantuan banjir yang disalurkan hanyalah setakat mereka yang menyokong pas ataupun  berada di zon PAS sahaja. Tanyalah penduduk yang duduknya di kawasan BN, mereka akan mengeluh kerana tiada indah yang tiba. yang datang sekadar menutup mulut tetapi yang indah belaka, semuanya di pihak sana.


Maka, isu air ini, MB kedah tidak boleh lepas tangan kerana ini juga adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Nampaknya, kerajaan negeri begitu sombong dan angkuh untuk memberikan kerjasama. Nak tunggu UUM itu jadi milik PAS, baru bantuan akan diberikan kot...


Isu cukai tanah. Memang betul, rate base dia adalah sama dulu dan sekarang. Tetapi, semasa pemerintahan BN dahulu, kerajaan memberikan rebet kepada UUM maka kos membayarnya adalah kurang. Tetapi kini, pemerintahan PAS ISLAM ini telah menekan dan menindas UUM ini untuk membayar lebih kerana rebet sudah dipotong dan dikatakan perlu memohon semula. 


MB Kedah, kenapa nak mohon, laksanakanlah sepertimana dahulu. teruskan saja lah dengan rebet tu. Kalau ikhlas nak memberi, tak perlu mohon. Tapi beri sahaja. Bantuan kepada sekolah cina dan india boleh sampai brpuluh ribu, tapi ini kepada UUM, satu institusi pendidikan yang melahirkan ramai graduan, takkan tak boleh nak beri kot...


lihat video ini, dan nilai sendiri. MB kedah ibarat mahu beri bantuan kepada UUM sekiranya UUM itu dapat ke tangan PAS. itulah dalang disebalik rebet yang dipotong dan isu air yang tidak dibantu.

petikan ini dipetik daripada blog :ANAK SUFI

ADUH! SOMBONGNYA DIA! KESIAN PELAJAR UUM DI KEDAH. MENTERI BESAR KEDAH TAK AMBIL KISAH PUN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YANG BELAJAR DI UUM. LANGSUNG TIDAK MAHU MEMBANTU. REBAT CUKAI TANAH PUN TIDAK MAHU DITERUSKAN.


MALAHAN MENTERI BESAR KEDAH ORANG PAS NI, ANGKUH MENGATAKAN KALAU TAK ADA DUIT BAGI KEPADA MEREKA (PAS). KENAPA? NAK JADIKAN PELAJAR UUM SEMUA AHLI PAS KE?

NAMPAKNYA STRATEGI PEMBANGKANG NI SEMUA SAMA. KALAU NAK IMBUHAN ATAU PERTOLONGAN DARIPADA MEREKA KENALAH ISI BORANG AHLI! BILA KITA DENGAR PUAK-PUAK PAS NI BERCAKAP UMPAMANYA MEREKA INILAH AHLI SYURGA HAKIKI! MASUK UNIVERSITI MULA MERACUN PEMIKIRAN ANAK-ANAK MUDA. ANAK MUDA PELAJAR DI UUM PUN TAK TERLEPAS GAK DENGAN PENGARUH PEMBANGKANG NI!

TAPI BILA SUSAH, NAK JUGA MINTA TOLONG DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA! CACI MAKI KERAJAAN TAPI SUSAH CARI KERAJAAN! KENAPA LAH KERAJAAN NEGERI KEDAH TAK BOLEH BERTOLAK ANSUR DENGAN UUM? 

Tuesday, April 5, 2011

BUDAK MATI DIBUNUH GURU PAS

Salam 1 Malaysia, 




Entri kali ini, TL nak tujukan kepada mahasiswa yang mengambil jurusan perguruan secara khususnya dan mahasiswa lain secara amnya. Usually, jurusan perguruan akan end up jadi guru, dan mahasiswa lain, ada juga yang apply jadi guru. Jadi ingin berbicara mengenai guru la ....


Kasihan kepada keluarga seorang murid Darjah 1 yang meninggal akibat dipukul oleh warden atau guru di sekolah agama rakyat di Perlis. TL sebagai manusia yang menghargai nyawa dan jiwa seorang manusia sangat sedih atas perkara yang berlaku ini. telah banyak kali kes guru dera murid ini berlaku, tetapi, masih ada lagi yang sanggup berbuat demikian. Adakah peranan guru untuk mendidik anak murid perlu dilakukan dengan mendera seteruk-teruknya ? Adakah itu saja cara paling berkesan untuk mendidik ???


Buat malu je, sekolah agama, tapi gurunya tidak tahu untuk mendidik cara yang berhikmah. Cara berhikmah tidak sampai membunuh orang itu ! Budak yang melakukan kesalahan, adalah perkara normal dan sering berlaku. Tidak ada budak yang perfect hingga tidak pernah melakukan kesalahan. Jadi, guru perlu tangani dengan cara sewajarnya untuk menghukum dan mendidik budak itu. tapi dengan cara membelasahnya, ianya tidak mendatangkan kebaikan malahan keburukan. Ini kes hingga mati, Ada juga kes fobia, trauma dan sebagainya. Rugi generasi akan datang iaitu budak2 itu kerana emosi mereka sudah digugat sedari kecik oleh guru yang mengikut emosi dan nafsu. 


Kemudian, mudah sahaja pihak PAS untuk meminta maaf. Kenapa PAS ? Kerana Sekolah Agama Rakyat adalah dibangunkan oleh parti PAS , tetapi sayang, sekolah agama ini sudah tercemar nilai agamanya hingga telah membunuh seorang budak yang masih perlu dididik dan dibimbing. 


Budak ini yang dipukul guru hingga mati


Selami lah perasaan keluarga itu yang TERPAKSA menerima kenyataan anak mereka telah meninggal hanya kerana dipukul oleh seorang yang bernama GURU!!! Bayangkan sekiranya adik kita yang dibelasah guru itu, adakah kita sanggup berdiam diri ? Sekiranya kita merasai kesedihan itu, ambil la pengajaran daripada kes ini. 


Pihak PAS tidak boleh sekadar memohon maaf tanpa melakukan apa2 tindakan disiplin ke atas guru terbabit. Hanya kerana itu adalah guru dalam institusi PAS, dia tidak boleh terlepas. PAS, jangan menghapuskan dosa pengikut mu sesuka hati tetapi membiarkan orang lain merana. Kelak, ramai lagi pengikut PAS akan melakukan  perkara yang sama malahan lebih teruk lagi jika PAS menjadi HERO nak membela mereka. PAS, andai tahu hukum Allah, jangan buta hukum mengenai orang yang ibarat telah membunuh seorang budak.