BUDDIES

Monday, January 10, 2011

PTPTN : Anak muda mesti sokong PR ek ???

Salam Mahasiswa.

FIKIR DAN GUNAKAN AKAL FAKTA ITU

Biar gelaran selari dengan akal fikiran. Mahasiswa bukan memandang pendekatan sempit, tetapi mengkaji pelbagai aspek dan segi untuk mengetahui kebenaran. Anda hanya melihat kepada aspek kiri tanpa melihat aspek kanan, itu bukan mahasiswa, itu MAWAS SISWA, kerana ada otak, tiada akal. Rugi nya mereka ini andai tergolong dalam golongan ini.


ISU pembayaran balik semula PTPTN sentiasa menjadi ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing. Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak.

Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang. Jika peminjam meminjam sebanyak RM19,000, maka ditambah kos pentadbiran 3% sebanyak RM3,800, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23,000. (Secara purata).

------------------------------
Penulis artikel ini mungkin kurang periksa mengenai polisi PTPTN. Sudahkan penulis artikel ini berhubung sendiri dengan PTPTN berkenaan bayaran balik pinjaman ??? sepertinya, penulis artikel ini tidak update otak dan akalnya. Maklum la, mugkin berkurung dalam ruang litup yang sempit yg dibawa fahaman politiknya sahaja. Maka, ini lah hasilnya kot....
 
DAPATKAN DAHULU PEKERJAAN, BARU BAYAR. PTPTN OK JER.
Isu bayaran balik tidak menjadi masalah kepada peminjam kerana, andai peminjam tidak lagi mendapatkan pekerjaan, maka, dikecualikan membayar pinjaman sehingga peminjam telah mendapatkan pekerjaan. Ini boleh dilakukan si peminjam dengan menyatakan kepada pihak PTPTN bahawa anda tidak lagi memperoleh pekerjaan. Maka pihak PTPTN akan sedia maklum hal itu. Sebaliknya yg terjadi apabila, ada peminjam yang sudah mendapat kerja tetapi LIAT untuk membayar semula pinjaman. Ini yang dikatakan, peminjam itu yg bermasalah, walhal polisi PTPTN tiada masalah pun. Inilah hantu peminjam yang setelah selesai menggenggam segulung ijazah, mahu lari daripada membayar pinjaman. Peminjam ni tak tahu hukum agama ker???? 
 
Penulis artikel ini juga memang terbukti berada di bawah tempurung apabila mengatakan charge servis 3% dicampur dengan Ujrah 1% pula  !!!! hahahahahahah..... Weh brother, mana letak akal haa???? Main terjah jer, baca tak habis, lepas tu nak salahkan kerajaan balik , kemudian nak pengaruhi orang lain sokong PR... pirahhhhhh....... kenyataan kamu tu memang aku boleh sangkal.
 
Mana tidak nya, sekarang ini, peminjam hanya membayar 1% sahaja sebagai servis charge kepada PTPTN yang mengendalikan dan menguruskan hal2 peminjam. Mana2 pun, kene bayar servis charge, dan ini kira murah sbb ada restoran segera yang menawarkan servis charge hingga 5%. Fikir sendiri lah, da la peminjam hantar borang kepada PTPTN untuk PTPTN uruskan dan seterusnya PTPTN uruskan dengan bank dan sebagainya untuk memberi kita duit belanja, lepas tu, tak nak bayar pulak servis perkhidmatan mereka. Ingat, mereka itu robot ke ??? Keringat dibayar tau, bukan diberi percuma kerana ini adalah perkhidmatan kepakaran mereka. 
 
Maka, sekarang ini, kita boleh menikmati hanya 1% sahaja servis charge kepada PTPTN. Segeralah menukarkan kepada sistem Ujrah. Peminjam perlu update kepada sistem ujrah samada melalui online, atau ke kaunter mereka di Ibu Negara. Bayangkan, daripada 3%, kerajaan menurunkan kepada 1% sahaja.


Tambahan pula, peminjam tidak perlu membayar pinjaman JIKA peminjam berjaya memperoleh ijazah kelas pertama !!!!! Ianya adalah satu hadiah kepada peminjam. Sekaligus, sebagai satu motivasi dan pendorong kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran sekaligus berasa lega kerana tidak perlu membayar semula pinjaman. Lihat, INI BUKTI KERAJAAN PRIHATIN KEPADA ANAK MUDA  !!! Siapa kata kerajaan kejam dan zalim ???? Ini bermakna, peminjam ada potensi untuk tidak membayar pinjaman mereka dan pinjaman mereka akan SETTLE atas tangunggan kerajaan. 
 
Apa akan jadi kalau semua nya FREE ??? Semua anak muda dapat belajar secara FREE di mana2 IPTA/S !!! Yang akan terjadi adalah, pembaziran duit kerajaan kerana gagal melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam akademik. Mana tidaknya, mahasiswa tidak akan khuatir kalau gagal pelajaran kerana mereka tidak perlu bayar pinjaman kerana PR nak bagi FREE tuhhhh..... tidak mustahil, mahasiswa di Malaysia paling corot mengalahkan mahasiswa dunia ketiga!!!! Ini semua propa pembangkang yang mahukan sokongan anak muda tanpa memikirkan masa depan anak muda sebagai generasi pelapis negara !!!
 
Tentang pengecualian pinjaman ini , kenapa PENULIS ARTIKEL TIDAK NYATAKAN???? INI KERANA, PENULIS ITU INGIN MERACUNI ANAK MUDA TANPA MEMBERITAHU FAKTA SEBENAR, DAN AKHIRNYA, PENULIS INI AKAN MENGIGIT JARI KERANA BERBOHONG KEPADA PEMBACA ARTIKEL ITU.
 
Sebenarnya, apa yg telah ditulis dalam BUKU JINGGA itu, kerajaan sekarang telah lakukan lebih awal. Dan ini menunjukkan, kerajaan terlebih dahulu prihatin kepada golongan muda, dan menunjukkan, kerajaan lebih mempunyai akal untuk mengatasi masalah dan dilema anak muda. 
 
penulis artikel juga menulis : 
Selain itu juga usaha mendapatkan pendidikan tinggi kepada rakyat pada kadar yang paling minima juga wajar diperhatikan disini:

“Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.”

Disamping mengusahakan setiap rakyat mendapat biasiswa dalam pendidikan bagi mereka yang layak dan menghentikan budaya ‘bisnes’ di dalam pendidikan wajar juga disokong:

“Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.”
 
--------------------
Kerajaan telah memberi jaminan bahawa, rakyat Malaysia layak mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar maksimum. Baca sini : SEMUA MAMPU BELAJAR TINGGI

Penulis sendiri ada menulis perkataan LAYAK untuk mendapatkan biasiswa kan ??? Kerajaan sudah sekian lama mengaplikasikan polisi ini dan terbaru, pengecualian kepada ijazah kelas pertama . Itu kerana, mereka LAYAK untuk menerima HADIAH daripada kecemerlangan pengajian mereka. Jadi, dimana realistiknya agenda PR daripada agenda BN yang sudah dijalankan sekarang ???? Bukankah agenda PR itu sama seperti yang telah dilaksana BN hari ini ???? Sama kan..kan...kan... 

Oleh yang demikian, daripada mahasiswa sokong PR yang tiada idea untuk tawan hati anak muda, bergantunglah kepada KERAJAAN BN yang stabil dan terbukti pelaksanaan nya. Buat apa menaruh harapan pada kerajaan yang belum pasti kehendak anak muda dapat ditunaikan. Janji boleh ditulis berjela-jela, tetapi, janji yang ditepati, belum tentu berjela seperti yang telah dijanjikan. 
 
Sedarlah mahasiswa, mengapa mahu mencampakkan diri kepada kebinasaan, sedangkan , apa yang telah ada ini, sudah cukup memuaskan. Ramai mahasiswa menyambut baik sistem ujrah dan ijazah kelas pertama. Mengapa mahu ubah sedangkan yang sudah ada lebih baik !!!
 
Fikirkan dengan waras dan lihat dari pelbagai aspek yang mana kerajaan telah banyak membantu. Bukan sekadar melihat satu perspektif hingga lupa jasa yang lebih banyak kerajaan telah salurkan. 
  
 
Anak muda sekarang ini, akan sokong Kerajaan BN yang jauh lebih stabil dan memuaskan mahasiswa semua !!!
 
ANAK MUDA SOKONG DS NAJIB TUN RAZAK
 
 

4 comments:

Kuku Kakiku said...

mahasiswa tak sedar di untung betul la... terutama mahasiswa yg sokong PR. krajaan dah tolong banyak adik beradik dorg, sedara mara dorg, lepas tu, lupa jasa !!!! memang dorg ni adalah manusia yang tak reti nk bersyukur !!!!!!! PR akan binasa kerana Allah tak restu mereka !!! kerana PR perbodohkan melyu islam !!!

anak sufi said...

syabas tangga langit. memang apa yang diutarakan oleh tangga langit adalah sewajarnya diketahui oleh seluruh mahasiswa negara. memang kelompok penyokong pakatan haram ini sengaja mencari isu dan membawa isu yang mereka sendiri tidak faham. tapi kerana taksub pada parti mereka butakan mata dan tulikan telinga untuk melihat kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Bersyukurlah kamu anak muda! jangan kamu kufur nikmat yang Allah berikan kepada kamu! jadilah pemuda pemudi yang bijak bukan umpama lembu yang dicucuk hidung oleh DAP dan sekutunya!

norhidayu said...

baru baca post tentang janji PR tu..
teruk kan?janji manisss...
tapi buat nya nth bila..
mereka takut bayang2 sendiri nih..PTPTN dah guna,bayar lah..klu keluarga dia tak mau guna,xpe..sila blah and jgn mohon PTPTN..adik2 org lain nak guna..

paling menyampah bab guna agama..aiyoo..ade ke kafirkan org laen..
i wonder mazhab mana dia pakai..i guna al-Quran..rasanya takde rules pun dlm al-Quran yg benarkan kita utk cop org lain kafir..

Tangga Langit said...

salam norhidayu,

PTPTN yang sudah sekian lama dinikmati berjuta bekas pelajar, baru sekarang ini nak memberontak kerana ada yg menghasutnya iaitu PR.

sudah dapat kerja bagus, hdup mula senang, tpi lupa kepada orang yang membantu medapat ijazah. mereka tidak tahu hukum ker untuk melangsaikan hutang ??? dan xtahu ke mereka itu BERHUTANG ??? Inilah kesedaran yang tidak lagi ada dalam mahasiswa PR skng ini.

memang xda mengkafirkan orang lain, tpi kerana mereka merasakan mereka itu sgt warak dan alim, mudah mgatakan org lain itu kafir. kata org lain munafik, tpi mereka itu juga munafik. wallahualam..