BUDDIES

Sunday, February 13, 2011

MESIR : DI SEBALIK TABIR PERGELUTAN YANG CEMAS.

Salam 1 Malaysia, 






Kumpulan terakhir 602 warga Malaysia yang masih lagi berada di Jeddah, Arab Saudi dijangka dibawa pulang ke tanah air esok. Ini adalah antara berita yang dilaporkan Utusan Malaysia ada hari ini. Alhamdulillah, dengan berkat doa serta solat hajat orang ramai, permasalahan yang dihadapi dapat ditangani dengan baik.


Ada ibu bapa yang anti kerajaan hanya menyindir usaha murni kerajaan ini. Ada antara mereka yang menempelak kononnya, kerajaan tidak membantu pelajar kita pulang ke tanah air sebab ada antara pelajar kita itu di bawa balik oleh keluarga masing2 yang kebetulan bercuti di luar negara dan juga di negara berkenaan. Ibu Bapa ini juga menempelak mengatakan, Saudi Air yang membawa pelajar malaysia ini, dan ibu bapa yang buta hati dan mata ini membuat andaian sendiri, tiket itu dibeli sendiri oleh pelajar. Hahaha, ape punya pemikiran lah ibu bapa ni. Memang lah ada bantuan Saudi Air, itu pun tak update story ker??? kalau benci Utusan pun, jangan abaikan butir penting. 








Di sini, saya sertakan orang yang berpengaruh yang menyampaikan DISEBALIK TABIR MEMBAWA PULANG PELAJAR KITA DI MESIR :

Dato Ir Nawawi Ahmad sesungguhnya pelajar2 yg balik sangat berterima kasih pada kerajaan terutama DS Najib.Duit habis rm50juta tak apa asalkan nyawa rakyat kita terjamin.Nasib baik lah tak ada 1 orang kita pun yg mati.Bila seorang pelajar memelok ayahnya di airport KL dengan menangis sambil terketar2 kata takut...baru kita insaf betapa harunya keadaan pelajar kita disana ketika itu
...mau ambil masa 6 bulan untuk hilang truma..kata doktor.




Dato Ir Nawawi Ahmad tadi saya sempat bersembang panjang dengan dato azeez ketua putra 1malaysia..bagaimana teroknya mereka bertungkus lumus di mesir.siang malam pastikan semua selamat dan ada makanan.Mereka menolong tidak kira pas atau umno,semua rakyat Malaysia.Dia sentiasa bagi lapuran pada PM.Katanya di atas kapalterbang yg disewa waktu nak pergi,laluan angkasa india tak dapat.Nasib baik PM bantu dlm masa 10 minit India lulus...kalau tidak maybe dianggap penceroboh dan boleh ditembak.

Kepada ibu bapa mahupun pelajar yang membuat spekulasi negatif mengenai usaha murni kerajaan ini, HENTIKANLAH. Pembangkang yang baik bukan sekadar embangkang, tetapi membina perkara2 yang baik yang diusulkan kerajaan. Sebalik tabir dan getir pahit yang dilalui , rakyat tidak tahu, tetapi hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Kerajaan tidak menghebahkan hal ini , tetapi, saya perlu hebahkannya demi menjelaskan perkara sebenar. 

Sebagai rakyat yang prihatin, kita seharusnya bersyukur dengan kejayaan Wisma Putra yang menyelamatkan pelajar kita tanpa melibatkan sebarang kehilangan jiwa.   janganlah bongkak untuk merasa syukur dengan tindakan ini. sesungguhnya, segala ini telah diaturkan Allah, kita sudah berusaha, dan alhamdulillah, berjaya. Syukur....




2 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

salam blog ini sudah dipaut

Tangga Langit said...

terima kasih azli shukri.