BUDDIES

Tuesday, April 26, 2011

BIASISWA PERUBATAN & PIDATO BUKAN MELAYU 1 MALAYSIA

Salam 1 Malaysia,



TEMERLOH 26 April – Kementerian Kesihatan mengeluarkan biasiswa kepada 800 doktor untuk melanjutkan pelajaran dan melatih mereka menjadi doktor pakar dalam pelbagai disiplin mulai tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, biasiswa itu bertujuan melahirkan seberapa 
ramai doktor pakar berikutan kekurangan yang berlaku di hospital daerah di seluruh negara.




Negara sangat menghargai pelajar Malaysia yang berkecimpung didalam bidang perubatan hinggakan KKM memberi biasiswa kepada 800 doktor untuk meneruskan pelajaran mereka. Negara amat memerlukan kepakaran mereka dan kerajaan tidak lokek untuk memberikan bantuan pelajaran kepada mereka. 


Ini adalah peluang yang baik kepada doktor2 untuk mendapatkan biasiswa ini. Selain meningkatkan tahap pendidikan, juga dapat menjalankan servis kedoktoran dengan lebih baik lagi. 




Lain pula di Perlis, mengadakan Pidato Bukan Melayu. Pidato ini disambut baik oleh mereka yang bukan berbangsa Melayu tetapi sangat fasih berbahasa Melayu. Ini adalah satu wadah yang berkesan untuk meningkatkan tahap berbahasa dalam bahasa Melayu di samping menyampaikan gagasan 1 Malaysia. 


Mereka adalah peserta bukan Melayu yang berpidato menggunakan bahasa Melayu ! ini sekaligus melengkapkan misi 1 Malaysia yakni, semua rakyat Malaysia menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dengan begitu fasih sekali.


Gagasan 1 Malaysia sudah menular ke semua peringkat dan mudah diterima rakyat. Rakyat menerima 1 Malaysia kerana misinya adalah memakmurkan negara dan rakyat hidup harmoni. Rakyat menolak anasir perkauman yang sengaja di apikan untuk memecahbelahkan kaum di negara ini.


berikut adalah petikan akhbar mengenainya :


KANGAR 26 April — Pidato 1Malaysia Bukan Melayu 2011 peringkat negeri Perlis yang berlangsung hari ini menyerlahkan semangat 1Malaysia apabila para pesertanya
meletakkan gagasan itu dalam intipati pidato mereka.

Sebanyak sembilan peserta berbilang kaum menyertai pidato anjuran Jabatan Penerangan Perlis itu dan mereka begitu yakin semangat 1Malaysia akan menyuburkan nilai keharmonian di negara ini.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Kapitol itu menyaksikan S. Shangkari, 19, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis muncul juara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr. Por Choo Chor dalam ucapannya berkata, beliau yakin program seumpama ini mampu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan bukan Melayu malah yang lebih penting ialah mengukuhkan gagasan 1Malaysia.

Katanya, pertandingan Pidato 1Malaysia adalah sebagai salah satu kaedah bagi menyampaikan dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia kepada orang ramai.

Ia juga bertujuan untuk mencapai maklamat Gagasan 1Malaysia melalui pembudayaan Bahasa Kebangsaan yang membabitkan semua kaum, katanya.

No comments: