BUDDIES

Friday, December 10, 2010

PR 'TIKAM' MAHASISWA


SALAM BAHAGIA DAN SALAM PEMIKIR...


POSTER BANTAHAN YANG MELAMPAU
DAN TAK MASUK AKAL

Tindakan mahasiswa yang turut serta membuat bantahan kepada kerajaan berkaitan isu harga barang naik dan harga petrol naik ini adalah sangat tidak wajar. Kerap kali bantahan yang didalangi pembangkang diadakan pada Hari Jumaat yang mulia.

Kelak, hari Jumaat bukan lagi hari yang mulia dengan adanya Khutbah Jumaat dan sebagainya, tetapi, Hari Jumaat akan merubah tanggapan dan persepsi rakyat dan masyarakat kepada satu tanggapan yang baru iaitu - HARI BERDEMONSTRASI.

Ini adalah satu kesalahan dari aspek sosial dan akhlaq. Adakah kerajaan disalahkan dalam hal ini ??? 

Mahasiswa kini dengan berani untuk melakukan sesuatu yang di luar undang-undang. Ternyata, kaedah ini bukan kaedah golongan Mahasiswa, tapi kaedah pembangkang.

Mahasiswa telah berjaya di indoktrin pembangkang untuk melakukan serangan murahan seperti ini. kenyataan Mahasiswa yang mengatakan mereka tiada tempat mengadu kerana kerajaan telah mencatas aduan mereka itu adalah tidak benar sama sekali.

Ini adalah kerana, kerajaan cukup prihatin kepada permasalahan mahasiswa sekiranya tidak melibatkan aspek politik. 

Isu kenaikan harga barang menjadi agenda utama mahasiswa hingga mengatakan mereka terpaksa makan mee segera setiap hari. tidakkah ini satu kenyataan melampau yang tidak akan berlaku pada mahasiswa ???

MEE SEGERA MAKANAN KECEMASAN MAHASISWA
BUKAN MAKANAN RUJI WALAU EKONOMI MELESET

Senario biasa mahasiswa ,memang akan akan mee segera, itu pun waktu malam sebab lapar. Bukan dek kerana harga barang naik. Tiada kes mahasiswa mati kebuluran atau mati tercekik sebab makan mee segera gara-gara makanan lain yang dijual mahal. Mee segera pun mahal. Kalu beli nasi dan ayam seketul, baru mencecah harga RM2.00. 
MAKANAN INI JAUH LEBIH MURAH BERBANDING MEE SEGERA

Juga, mahasiswa diberi pinjaman atau biasiswa oleh kerajaan. Jika dikaji, pinjaman itu cukup untuk belanja makan dan juga yuran pengajian. Tetapi, apa yg berlaku, mahasiswa sendiri yang tidak pandai menguruskan wang, tetapi menyalahkan kerajaan. Mahasiswa sendiri yang boros dengan membeli perkara tidak perlu untuk keperluan peribadi seperti gajet terbaru, fesyen terbaru dan lain lain.

Mahasiswa begini memang tidak tahu malu. Mengambil pemberian orang, kemudian di ludah kepada si pemberi. Akhlaq yang disanjungkah begini ??

Juga, makanan yang dijual dalam kawasan kampus sebenarnya adalah, jauh lebih murah berbanding luar kampus. Pihak universiti akan memantau senarai harga makanan dan jika pelajar tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tinggi, pelajar punya hak untuk melaporkan pada pihak universiti. Ini tidak menjadi persoalan kepada pelajar..

TETAPI, mengapa mahasiswa ini berterusan mahu membuat bantahan kenaikan harga barang sedangkan mereka cukup untuk makan dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa di kampus. Tidak kah kita nampak bahawa, ada dalang disebalik politik mahasiswa yang turut serta dalam demonstrasi itu ???? siapakah dalangnya ??? Tepuk dada tanya selera. 

Isu ini bukan isu besar kepada Mahasiswa, tetapi dek kerana hasutan pembangkang, mahasiswa yang rupa-rupanya cetek pemikirannya, termakan hasutan lalu menerima bantahan ini dengan gembiranya.

Inilah yang dikatakan, mahasiswa pengkhianat bilamana, kerajaan menjaga mereka dengan memberikan pinjaman dan biasiswa atau tempat pengajian yang hebat, dibalas pula dengan tuba dan racun berbisa. Tatkala mahasiswa inginkan bantuan, kerajaan menyalurkan bantuan hingga dikurangkan kadar bayaran PTPTN kepada 1% dengan sistem Ujrah.

Mahasiswa, tanya kepada pembangkang, apakah yang mereka telah berikan kepada anda semua ?? Adakah mereka menyediakan sejumlah wang pengajian ?? adakah mereka menawarkan anda belajar hingga ke menara gading ??? 

Mahasiswa mudah untuk membangkang kerajaan, tetapi mahasiswa sendiri tidak tahu apakah sumbangan pembangkang kepada mereka. Mahasiswa mungkin gagap apabila disoal tentang ini.

Akhir kata, perhalusi tiap langkah dan tindakan agar tidak tempang dipandang orang sebagai golongan mahasiswa yang terbilang.



8 comments:

Wake UP! said...

Mahasiswa perlu cermin diri dan berhemah dalam berbelanja.

Jangan menghabiskan duit biasiswa/pinjaman untuk perkara yang bukan-bukan.

Utamakan pelajaran dan benda yang lebih penting untuk pengajian.

Tangga Langit said...

dakyah pembangkang telah menyerap masuk dalam universiti hingga mahasiswa mula membenci kerajaan yg selama ini membantu mereka menerima ijazah.

Daulah-alWatan said...

Hanya mahasiswa yang telah dihasut dan dicabul pemikiran mereka oleh PAS DAP dan PKR sahaja yang rosak mental mereka.

Majoriti mahasiswa yang lain yang lebih ramai, tetap memahami dan bersyukur dengan dasar-dasar kerajaan memajukan rakyat semenjak merdeka lagi.

Golongan muda hari ini bukan semuanya boleh diperbodohkan dengan begitu mudah oleh anasir-anasir anti nasional yang diketuai oleh Nuar Berahim, Nik Aziz dan Lim Kit Siang. Anak-anak muda kita juga mampu berfikir secara rasional.

Percayalah, semua anaasir-anasir jahat ini akhirnya akan tumpas di tangan anak-anak muda ini. Kerana kepalsuan itu akhirnya akan kecundang dan kebenaran jua yang kekal abadi.

Yakinlah, ditangan anak-anak muda kita inilah nanti negara ini akan menjadi lebih cemerlang. Mereka akan meneruskan pencapaian sekarang dengan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang terbukti menjamin kesejahteraan hidup orang-orang china, india dan bumiputera di negara ini.

Ali Abdullah said...

salam,

hati-hati dengan jerat PR yang sering menggunakan taktik ceramah motivasinya. Di Kuching, terdapat segolongan puak yang cuba memujuk pelajar UNIMAS untuk direkrut sebagai anggota pergerakan mahasiswa PR. Sila laporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terbukti PR cuba mengheret pelajar secara terang-terangan untuk menjadi ahli mereka.

Blog sedara sudah saya linkkan ke dalam ruang blog khas. Terima kasih kerana mengunjungi laman kami.

http://rajahmas.blogspot.com/

blogenstarz said...

Adusssss
Maggi....
Hahhhh dapat PTPTN tak ingat dunia.seminggu duit habis dijoli.Lepas tu nak marahkan orang lain !
Pirahhhhh.
Kencing bercabang !

Linkkan me bro !

Azizan Yaakob said...
This comment has been removed by the author.
Azizan Yaakob said...

maaf.Blog saudara telah dipautkan ke http://suaramajlis.blogspot.com ) muka artikel Melayurayadaily). Jika sdr tidak keberatan dan ada ruang mohon dipautkan kelaman sdr. Selamat berjuang.

Anonymous said...

mahasiswa yang mana2 talam dua muka, yang x reti bersyukur pada kerajaan seharusnya ditarik balik pinjaman PTPTN dan JPA mereka. Mereka boleh mintak tolong sama PR untuk pembiayaan pendidikan..Jangan jadi kufur nikmat..dan kerajaan kena pastikan mana2 mahasiswa yang menentang kerajaan secara terang-terangan hendaklah diblacklistkan dari menjawat jawatan di dalam sektor awam...mereka boleh mintak kerja dengan PKR...