BUDDIES

Wednesday, October 13, 2010

KREATIF TAK BERTEMPAT

SALAM MAHASISWA CERDIK PANDAI....


molek kiranya kita memberi salam dan terus mendoakan kerana tiap apa yang keluar dari mulut kita itu adalah satu doa...


tetapi, mendoakan yang terbaik pun, kadang2, akan berlaku yang tidak baik. mungkin ulasan ini sudah pun lapuk kerana maklum la, sebagai seorang mahasiswa di salah sebuah universiti tempatan, kekangan masa sangatlah sukar untuk update blog ini... tapi,  isu ini tetap berlegar di ruang fikiran. maka, terlerai lah apa yang ingin disampaikan ini...


pada 10 Oct 2010, dalam Mingguan Malaysia, ada satu isu yang menerkam hati saya untuk membacanya...


GAMBAR YANG DISIARKAN DALAM RUANGAN SALAM PERANTAUAN


ianya berkaitan isu "KREATIVITI MENIPU, TRONOH JADI TORONTO".  artikel ini mengenai terdapat pelajar yang daripada sebuah universiti di Tronoh telah menghantar gambar di ruangan 'salam perantauan'. tetapi, gmbar itu yang asalnya dari tronoh dikatakan belajar di toronto kanada. penipuan ini telah dikenalpasti dan byk la komen2 mengenai nya. ada yang menyokong dan ada yang membangkang.


setiap orang ada pendapat masing2 dan saya juga. pendapat saya adalah, sekiranya anda seorang mahasiswa,  perlakukan cara anda bagai orang bijak pandai. bukan berkreativiti dengan hasil menipu. ITU MENIPU NAMANYA. Tiada matlamat yang menghalalkan cara. kesal dengan sikap pelajar ini yang BERJAYA MENIPU DAN MENJADI KEBANGGAAN SESETENGAH ORANG KERANA PERBUATANNYA. 


Menyalahkan akhbar itu yang dikatakan boleh menyiarkan maklumat palsu adalah tidak patut. kerana, suratkhabar itu adalah wadah untuk menyalurkan info untuk kita berfikir ape yang disampaikan. samada nk percaya atau tidak, itu hak individu, jadi mengapa persoal suratkhabar itu yang bersalah.... dan terus judgemental bahawa suratkhabar yang menyampaikan maklumat palsu oleh kerajaan ini memang suka menyalurkan maklumat palsu...
  


perlu sedar, orang ramai 
mengganggap mahasiswa adalah orang yang jujur dan tinggi akhlaqnya selaras tinggi ilmunya. maka, soal mahasiswa manghantar gmbar di ruangan ini tidak menimbulkan keraguan editor akhbar kerana mahasiswa tidak akan menipu !!! tapi apa yang berlaku sebaliknya....


kalu ya pun hendak menyokong apa yang pelajar ini telah lakukan, fikirkan dahulu impaknya terhadap mahasiswa lain yang lama kelamaan akan dipandang sama rendah dengan orang yang tidak belajar hingga peringkat universiti. biar pun kecil perbuatan, tpi impak yang besar. biarpun kecil gambarnya, tpi moral MENIPU itu subur di kalangan wartawan akhbar. 




FIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK


oleh itu, jadikan teladan kepada sesiapa yang ingin menonjolkan kreativiti anda. salurkan kreativiti itu ke jalan yang sepatutnya, bukan untuk test power. 


sekian...

No comments: