BUDDIES

Thursday, February 24, 2011

MAHASISWA UPM MENGAMUK ???

Salam 1 Malaysia, 


Pilihanraya kampus telah dijalankan dan Pro-M menang besar di beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti UKM, UM, UPSI, UIA, dll.... Syabas la kepada mereka kerana berjaya menjadi MPP kepada universiti masing-masing. Itu bermakna, pelajar lain percaya kepada janji dan manifesto yang dibawa oleh Pro-M.  Pro  Aspirasi hanya menang di beberapa tempat seperti di USM dan UPM. 


Bercakap mengenai UPM, semalam bertarikh 23 februari 2011, HEP UPM ditawan oleh kumpulan Pro-M yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pembatalan calon mereka yang telah menang. Mereka berhimpun beramai2 hingga ada yang tercedera termasuk juga melakukan kerosakkan pada pintu bangunan tersebut.




HINGGA ADA YANG BERDARAH

PINTU KACA YANG TEBAL PUN, MUSNAH KERANA BERDEMO


SERPIHAN KACA YANG DIPECAHKAN 


KEMUSNAHAN YANG MERUGIKAN KERANA BERDEMO


Mahasiswa sekalian, adakah ini yang perlu ditunjukkan untuk memprotes sesuatu hingga merosakkan harta benda dan melukakan orang lain ??? Bagaimana orang nak percaya pada mereka jika membawa sentimen yang merosakkan maruah seorang pelajar itu. kalau ya pun tak berpuas hati, mengapa hingga memecahkan pintu bangunan pentadbiran ini?? Siapa yang nak bayar ganti rugi ?? Pro-M ker? Sure tak punya.


Inilah hasilnya bila Anwar Ibrahim yang membawa ajaran berdemo ini hingga mahasiswa terikut-ikut sama. Berdemo adalah untuk membantah, tetapi bukan dengan cara yang keji serta tak ada otak seperti ini !!! Ini adalah ektremist yang membahayakan. Inilah hasil ajaran Pakatan Rakyat kepada mahasiswa negara. Ini yang nak dijadikan pemimpin masa depan ???? Merusuh hingga mencederakan orang dan benda ???? jangan haraplah mereka ini mempunyai tempat kerana kebiadapan mereka itu tidak boleh diterima pakai.


Mahasiswa sekalian, ini adalah contoh dan bukti, betapa inginkan demokrasi hingga melangkaui batas sebagai mahasiswa. Dari mana ajaran ini ?? Siapakah yang kerap anjurkan DEMO ??? tentulah Pakatan rakyat iaitu Anwar Ibrahim. 


Mahasiswa, fikirkan bersama atas insiden yang berlaku ini. Kerosakkan yang dilakukan oleh pelajar, bukan pelajar yang akan menanggungnya tetapi pihak Universiti itu. Kalau marah, bukan berbuat kasar. inikah Islam yang ingin dibawa??? Bukankah ada cara lain seperti berdiskusi dahulu ?? Cuba untuk bertindak baik, bukan dengan menyerang dan berdemo. 

12 comments:

Hang Nadim said...

lebih jer mangkuk-mangkuk ni..

Tangga Langit said...

hang nadim,

dorg nk tunjuk bhawa, HEP ni jahat, walhal dorg lagi jahat sbb buat kacau dan merosakkan harta benda. ape tu ??? mahasiswa ke mawas siswa??? hehehe

aku said...

orang Melayu lagi...masa depan tak tentu lagi ni..

Tangga Langit said...

aku,
org melayu, hanya tahu mengikut jer. di suruh demo, demo, disruh membenci benci. mcm tak ada hala tuju. bngsa lain buat sesuAatu bersebab... org melayu,, cari penyebab.

Anonymous said...

KOnon konon nak jadi Hero..hero taik minyak..spenda pun Kerajaan beli kan..jgn bagi muka lagi Students yg tak sedar diri mcm ni..Buang ! buang ! mudah sgt terpengaruh dgn puak puak tuu..panggil mak bapak depa ni sekali.

Tangga Langit said...

anonymous 12.54pm,
bukan hero ni,tpi bagero spero !!! tak sedar, dorg hanya politik kampus jer. duit makan balaja pun, kerajaan yg tanggung. tpi hancurkan maruah kerana perkara kecik. otak letak kat kepala lutut !!!

Anonymous said...

BODOH...itu je jawapan yang layak untuk mereka.

namaki aishah said...

maaf..saya tidak memihak kepada sesiapa..tpdemonstrasi mmg telah wujud sejak zaman awal sebelum malaysia ditubuhkan lagi..dan seperkara lagi janga sesekali menuduh sesuatu tanpa usul periksa..kadangkala jika terlalu percaya dengan sebelah pihak menyebabkan kita tidak mendengar sebelah pihak yang satu lagi.lagi satu mengikut mengikut sumber yang saya dengar..tentang hal pintu yang dipecahkan, salah seorang wakil dari kumpulan tersebut berjanji utk menggantikan semula..moral disini jangan menuduh seseorang secara melulu..

Tangga Langit said...

Anonymous 5.13pm,
mungkin mereka terlebih emosi.


namaki aishah,
baik, trima kasih kerana sudi sinngah beri komen. ok, kalu yg nak ganti, tak apalah, perbuatan yang seperti itu hingga merosakkan dan memecahkannya. itu yg menjadi titik utama. andai tiada perbuatan itu,maka, pintu itu tidak akan pecah.

Tangga Langit said...

Anonymous 5.13pm,
mungkin mereka terlebih emosi.


namaki aishah,
baik, trima kasih kerana sudi sinngah beri komen. ok, kalu yg nak ganti, tak apalah, perbuatan yang seperti itu hingga merosakkan dan memecahkannya. itu yg menjadi titik utama. andai tiada perbuatan itu,maka, pintu itu tidak akan pecah.

cokelat said...

bodohnye..name pon study kat university..tp otak xde..good for the future,..ckupla ngn pilhanraye yg berlaku di luar sane jgn sampai nk merosakkn hrta bnda di tmpt kita mnimba ilmu..

Tangga Langit said...

cokelat,

betul tu, cukuplah PRK dalam Universiti, usah bawa budaya poltik luar kedalam institusi pengajian TINGGI. rugi je otak letak kat tmpat tinggi tpi rupanya di lutut.