BUDDIES

Tuesday, November 30, 2010

TANGGUNGJAWAB PADA DIRI SENDIRI

Salam semua,


Etika berpakaian menurut Islam telah di ajar semenjak kecil lagi. kalau tidak daripada ibu bapa, guru-guru pun ada. perkara ini telah dididik kepada anak-anak muda yang menginjak dewasa. apatah lagi sekarang ini, sudah ramai kanak-kanak comel dengan gaya tudung yang dipakai ibu dan bapa mereka. 


TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DITONJOLKAN - GAMBAR HIASN


namun begitu, zaman remaja yang terdorong dengan pelbagai cabaran dan dugaan telah mendatangkan sesuatu yang di luar jangkaan. maksudnya, didikan ibu bapa dan guru sewaktu dahulu telah dilupakan. kerana apa ? kerana adanya anasir-anasir dan pengaruh rakan sebaya mahupun media.


etika berpakaian ini dititk beratkan kepada golongan mahasiswa/wi negara. garis panduan berpakaian dinyatakan di semua universiti kerajaan ataupun swasta. hal ini telah sedia maklum oleh semua mahasiswa/wi.


Menurut Harakah Daily :


PERBETULKAN PERSEPSI PAKAIAN MAHASISWA



Sistem sekular yang megabaikan dan tidak memperkemaskan ajaran Islam kepada pelajar- pelajar sekolah. Jika di lihat di kampus- kampus juga, sistem undang- undang pakaian tidak ketat dalam perlaksanaan sahsiah rupa diri mengikut acuan Islam.
Sahsiah rupa diri yang di keluarkan seolah- olah membenarkan pakaian yang mendedahkan aurat. Tidak ada saman atau denda kepada pelajar- pelajar yang tidak menutup aurat.
Mahasiswa perlu menyedari bahawa pihak pentadbiran tidak menitik beratkan hal Islam. Maka dilepaskan begitu saja. Sebagai mahasiswa, marilah sama- sama kita sedar dan perbetulkan permasalahan ini.
Kita sebagai mahasiswa perlu menggerakkan program- program bagi menerangkan semula bentuk dan ciri- cirri pakaian muslimah serta akhlak yang di tuntut Islam."


Tatatertib pakaian mahasiswa/wi memang telah wujud. program sebenarnya banyak dilaksanakan berkaitan hukum dan etika berpakaian ini. tidak salah untuk memperbanyakkan lagi program seperti ini. memang di alu2kan..
Melahirkan golongan cerdik pandai sangat diperlukan oleh negara bagi menjamin kualiti negara ini. perlu diketahui, undang2 pemakaian bukan sahaja melibatkan dalam kampus malahan turut ingin berterusan hingga di luar kampus. 
namun, setakat mana kemampuan pihak universiti ingin menjaga beribu2 pelajar di universiti ??? hmm....
Etika pemakaian ini hanya dilakukan pelajar sekitar dalam kampus sahaja seperti apa yang berlaku pada salah satu universiti yang mengetatkan hukum berpakaian menutup aurat. walaupun pelajar diwajibkan berpakaian menutup aurat, tetapi, di luar kampus sebaliknya berlaku. 
adakah universiti yang dipersalahkan dalam hal ini??
adalah pentadbiran sekular bak kata harakah disalahkan ???
mengapa tidak menyalahkan mahasiswa/wi itu sendiri???
mengapa tidak salahkan anasir2 lain yang mempengaruhi mereka ???
adakah pelajar luar negara memberikan contoh pakaian islam yang baik???
pergi jengah ke universiti yang mewajibkan menutup aurat kerana ada pelajar islam luar negara yang jauh lebih bahaya etika pakaian nya daripada mahasiswa kita ini.
adakah pentadbiran itu sekular hanya kerana etika pemakaian pelajar longgar ???
di manakah peranan ibu bapa sebagai tonggak kepada keberadaban sesebuah keluarga itu ??
kesimpulannya, pihak universiti menyediakan garis panduan berpakaian yang sesuai, dan ada dendaan yang diberikan, walaupun bukan sepanjang masa. fahami "campus life" dan jiwa pelajar sebelum ingin mereka berubah. jangan berubah kerana undang2 dunia, tetapi biarlah berubah kerana Allah S.W.T.

wallahualam...

1 comment:

a s a m said...

salam seMelayu..

mohon untuk di'link'kan bersama dalam blog list sesama kita..

http://wadahkelanajaya.blogspot.com

- a s a m -