BUDDIES

Wednesday, May 25, 2011

BIASISWA KEPADA YANG CEMERLANG. BUKTI KERAJAAN ZALIM ?

salam 1 Mahasiswa, 1 Malaysia...



PELAJAR BARU MENDAFTAR MENDAPAT BIASISWA
-GAMBAR HIASAN-



JPA sedia RM1.44 bilion tawar 4,000 biasiswa

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan 4,000 biasiswa kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang memperoleh minimum 9A- bagi sesi pengajian 
tinggi 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,500 biasiswa diperuntukkan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) manakala 2,500 biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Beliau memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.44 bilion bagi menampung jumlah biasiswa tersebut iaitu RM1.08 bilion bagi biasiswa PILN dan RM0.36 bilion bagi biasiswa PIDN.

"Daripada 1,500 biasiswa PILN itu pula, 882 daripadanya diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 618 biasiswa kepada pelajar bukan bumiputera.

"Bagi PIDN pula, seramai 1,301 pelajar bumiputera ditawarkan biasiswa itu manakala selebihnya iaitu 1,199 kepada pelajar bukan bumiputera.

"Secara keseluruhan pula, sebanyak 2,183 tempat atau 55 peratus biasiswa diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 1,817 atau 45 peratus kepada pelajar bukan bumiputera," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Mohamed Nazri menambah, daripada 1,500 biasiswa di bawah PILN pula, hanya 300 diberikan berdasarkan merit kepada pelajar yang mendapat 9A+.

Bakinya kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Januari 2009.

Kategori itu tambahnya, adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (20 peratus), populasi kaum (60 peratus), bumiputera Sabah dan Sarawak (masing-masing lima peratus) dan orang kurang upaya (OKU) sebanyak 10 peratus.

"Keutamaan biasiswa kepada PILN ini ialah dalam bidang-bidang yang difikirkan kritikal dan profesional oleh JPA seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, seni bina dan beberapa bidang lain," katanya.

Jelas beliau, sebanyak 16,900 permohonan biasiswa diterima dengan 8,857 permohonan adalah dari kalangan calon yang melepasi syarat minimum yang ditetapkan mengikut bidang pengajian.


--------------------

Tahniah kepada bakal mahasiswa negara yang akan mendapat biasiswa untuk pengajian mereka nanti. Timbalah ilmu sedalamnya dan hargailah peluang keemasan ini.

Lihatlah, dimanakan orang bukan bumiputera mengatakan mereka dipinggirkan ??? 45% biasiswa diberikan kepada mereka dan ini adalah jumlah yang besar. bersyukurlah kerana mereka tidak dipinggirkan badan kerajaan yang prihatin terhadap keperluan pelajar.

Jangan pula jadi seperti orang yang tak tahu bersyukur dan jangan lupa pada jasa mereka yang berusaha untuk memberikan biasiswa ini kepada anda semua, bakal mahasiswa negara.

MAHASISWA MENUNJUKKAN ISYARAT 1 MALAYSIA

Jangan pula ada yg kata kerajaan ini zalim lagi yer... :)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Cuba kira (Pelajar luar negara): 1500 pelajar = 1.08 Billion. Kalau sorang = 720,000.00. Kalau belajar 6 tahun = RM 10,000 sebulan.

Fikir-fikir kanlah.

Terima kasih kerajaan kerana anakku antara yang terpilih.
(dari bapa yang sangat bersyukur dan berterima kasih ; Hamidi Kluang)