BUDDIES

Tuesday, February 22, 2011

FUYOO!!! MAHASISWA OTAK DI LUTUT ???

Salam 1 Malaysia, Salam Mahasiswa, 


MAHASISWA ADA OTAK KEPALA LUTUT ???


Saya ini, jarang juga hadiri seminar kerana bagi saya, saya lebih suka akrabkan hubungan dengan ahli keluarga. Duduk bersantai, masak bersama, keluar dengan famili membeli belah, ke pantai dan macam-macam lagi.




Cuma, pada beberapa hari yang sudah, saya hadiri Simposium Dilema Melayu di PWTC yang turut dihadiri pada sidang pertama iaitu, mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Wahh...teruja rasa sebab beliau adalah tokoh yang sangat saya kagumi. pemikirannya memang sangat bijak hinggakan, negara lain mahukan otak Tun M untuk jadikan otak mereka. heheheh....


Di sepanjang sidang berlangsung, maka, adalah soal jawab di hujung perbincangan. Memang mendapat sambutan hingga ada yang tidak berpeluang untuk berucap. Memang sambutan yang hangat dan kehadiran di dewan itu pun hampir penuh. Maka, ada wakil mahasiswa juga turut menyumbangkan beberapa soalan.


So, ada lah satu isu mengenai ekonomi orang melayu. Masing-masing dengan soalan masing-masing. Tapi, mahasiswa pakatan ni, atau PRO-Mahasiswa ini, soalan yang ditanya itu memang klise. Soalan yang tidak berubah dan sama and stereotype jer. Soalan yang berbaur politik yang mereka pegang. Soalan yang berbentuk untuk menukar kerajaan sedia ada yang umpama korup. Jika dibandingkan dengan soalan daripada mahasiswa yang menyokong kerajaan ini, soalan yang ditanya sangat bertepatan dengan peranan mahasiswa itu sendiri yang mahukan, apakah sumbangan yang boleh dilakukan mahasiswa untuk menjana ekonomi ??? 


Soalan begini yang betul kerana merujuk kepada ruanglitup sebagai seorang pelajar, bukan sebagai seorang pelajar upahan PAS/PKR untuk menghasut pelajar lain. Mahasiswa PAS/PKR ini memang kronik tahap personaliti mereka kerana mereka keliru dengan peranan sebenar mereka sebagai mahasiswa. Contoh soalan yang membina dan menunjukkan peranan Mahasiswa yang sebenar datangnya daripada mahasiswa yang sokong kerajaan. Baca butiran soalan yang disoal dalam Anak Sufi : PEMIKIRAN PRO KERAJAAN DAN PEMBANGKANG


Inilah hasilnya PAS/PKR dalam menegakkan islam dan anak bangsa. Anak bangsa sendiri dijadikan robot yakni, bertanya soalan yang berulang. Anak bangsa sendiri dijadikan bahan untuk politik DAP. sedangkan masa ini, anak cina dan india, bertungkus lumus belajar tinggi2 kerana mereka percaya, ilmu dapat menaikkan status mereka. Mereka lebih percayakan ilmu , sedangkan ilmu ini, adalah perkara pertama yang disuruh dalam islam. Tapi, PAS/PKR gagal menjadikan ilmu jambatan kehidupan dunia akhirat.


Ada akal, gunakan sebaik mungkin untuk menganalisa mana yang baik, mana yang salah. Jangan bias terhadap analisa itu dan bersyukurlah andai analisa itu adalah yang terbaik dan jangan dianfikan.

2 comments:

Hang Nadim said...

Salam tangga langit, sy sudah linkkan blog saudara.

Berkenaan dengan soal jawab tun M dengan mahasiswa. Saya ada melihatnya di youtube, Tun M memang power bila menjawab satu soalan dari wakil UNISEL kalau tak silap(pro-M). Selamba jer Tun M berkata, kalau dulu tak islam, sekarang kita pun tak islam lah. Memang bijak jawapan Tun M ni.

Tangga Langit said...

salam hang nadim.

ya, itu anda tgk di youtube, saya yg pergi sendiri di simposium tu, boleh tgk, mahasiswa yg hanya fikir poltik dan bkan ntk memajukan sesama mahasiwa demi masa depan negara.
aha,unisel tu Pro -M. Tun M memang bijak. Nasionalis dia pun, dia tak ekstrem dan islam pun lrang untk kita ektrem.

trima kasih link kan saya. nti follow la saya.