BUDDIES

Monday, February 14, 2011

VALENTINE VS MAULIDUR RASUL

Salam 1 Malaysia, 




Tarikh 14 February sinonim dengan hari kekasih. Masa inilah, banyak bunga dihadiahkan kepada si gadis dan ada juga si gadis yang membalas bunga itu dengan maruahnya. Walaupun saban tahun diperjelaskan mengenai Valentine's Day ini adalah tidak patut untuk kita raikan , tetapi, masih ramai yang meneruskannya. Walau bagaimanapun, Ops 'Valentine' dijalankan untuk mencegah berlakunya gejala yang tidak elok yang melibatkan remaja kita hari ini.


Apa rasionalnya menyambut Valentine ini ?? Buat apa kita sebagai umat Islam mengikut rentak budaya orang kafir ?? Walau hanya untuk suka2, tetapi, secara tidak sedar, anda telah meraikannya bersama2 orang kafir. valentine's Day ini tidak akan disambut di Malaysia, melainkan kepada orang kafir sahaja. 


Dalam wikipedia, ada dinyatakan yang terbaru iaitu :


Conflict with Islamic countries and political parties

 (valentine's day)

Saudi Arabia

In Saudi Arabia, in 2002 and 2008, religious police banned the sale of all Valentine's Day items, telling shop workers to remove any red items, as the day is considered a Christian holiday.[69][70] In 2008 this ban created a black market of roses and wrapping paper.[70]

Pakistan

The Jamaat-e-Islami political party has called for the banning of the holiday.[64] Despite this, the celebration is increasingly popular[64] and the florists expect to sell great amount of flowers, especially red roses.[71]

Iran

In the 21st century, the celebration of Valentine's Day in Iran has been harshly criticized by conservatives who see the celebrations as opposed to Islamic culture. In 2011, the Iranian printing works owners' union issued a directive banning the printing and distribution of any goods promoting the holiday, including cards, gifts and teddy bears. "Printing and producing any goods related to this day including posters, boxes and cards emblazoned with hearts or half-hearts, red roses and any activities promoting this day are banned... Outlets that violate this will be legally dealt with," the union warned.[72][73]

Malaysia

Islamic officials in Malaysia warned Muslims against celebrating Valentine's Day, linking it with vice activities. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said the celebration of romantic love was "not suitable" for Muslims. Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, head of the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), which oversees the country's Islamic policies said a fatwa (ruling) issued by the country's top clerics in 2005 noted the day 'is associated with elements of Christianity,' and 'we just cannot get involved with other religion's worshipping rituals.' Jakim officials plan to carry out a nationwide campaign called "Awas Jerat Valentine's Day"("Mind the Valentine's Day Trap"), aimed at preventing Muslims from celebrating the day on 14 February 2011. Activities include conducting raids in hotels to stop young couples from having unlawful sex and distributing leaflets to Muslim University students warning them against the day.[74][75]

Walau apapun, kerajaan Malaysia akan membasmi gejala tidak sihat ini yang merosakkan remaja. Disamping pihak kerajaan yang bertungkus lumus dalam hal ini, DIMINTA para IBUBAPA bersama2 menangani hal ini dengan mengambil tahu ke mana anak-anak mereka dan di mana mereka berada. Jalankan tangunggjawab sebagai ibu dan bapa yang bertangunggjawab. Kalau kita bersama2 mengambil berat hal ini, ini akan dapat membantu masalah keruntuhan akhlaq remaja hari ini. Sebelah pihak sahaja, tidak akan berhasil dan memerlukan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa. 


Remaja kini hanya gemarkan hiburan semata-mata. Esok,kita akan menyambut Maulidur Rasul dengan tema, 1 Malaysia, 1 Ummah. Sebagai muslimin dan muslimat, hayati lah maksud dan cerita di sebalik sambutan Maulidur Rasul yang dapat menjadikan benteng dalam kehidupan kita yang lebih barakah. Dilihat, media juga turut menjuruskan kepada Maulidur Rasul  dengan intisari rancangan yang berilmu, berbanding pada hari ini. Ini sesuatu yang sangat bagus dalam perkembangan Islam di negara kita.


1 MALAYSIA, 1 UMMAH. Apa yang saya faham, kita hidup di bumi Malaysia yang berbilang kaum, dan kita adalah rakyat Malaysia, akan tetapi, sesama Islam, kita adalah bersaudara dan 1 Ummah. kita ini adalah umat Nabi Muhammad S.A.W. dan kita bersatu atas tiang agama. Walau kita berpegang pada fahaman politik yang berbeza, ianya tidak memutuskan hubungan sesama islam kita, dan ini yang perlu diperkukuhkan untuk menbuktikan, kuasa umat Muhammad ini sangat bersatu dan POWERFUL.
 Juga, walaupun kita bersaudara sesama Islam, tetapi kita tidak mengenepikan rakyat Malaysia yang lain kerana kita duduk sebumbung. Walaupun berlainan agama, tetapi, kita menikmati hasil bumi ini bersama. Agenda ini yang lebih utama untuk dihayati berbanding Valentine's Day yang sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang hanya mencipta kenangan menerima bunga, tetapi Maulidur Rasul mencipta KESAN keatas tingkah laku dan pegangan kita hingga akhirnya. Cinta kepada Allah dan  Rasul lebih hakiki dan mendapat syafaat hingga ke akhirnya daripada cinta sesama manusia yang tidak tentu penghujungnya.

Berhijrah lah kepada sesuatu yang lebih baik. Berhijrah lah untuk penyatuan Ummah Muhammad. Berhijrah lah kerana Allah. Berhijrah lah untuk menegakkan tiang agama Islam yang sebenar. Selamat Menyambut Maulidur Rasul,  1 Malaysia, 1 Ummah.

No comments: